Isnin, Julai 23, 2007
Diskusi
Sabtu, Julai 14, 2007
0 - 5
Jumaat, Julai 13, 2007
Aktivis
Rabu, Julai 11, 2007
1 - 5
Sabtu, Julai 07, 2007
Durian
Rabu, Julai 04, 2007
Akhir
Jumaat ini hari terakhir saya di AISB, sebuah syarikat automotif khusus dalam pembuatan ekzos yang terletak di Shah Alam. Tempoh tiga bulan menjalani latihan industri terasa cukup cepat berlalu. Syukur, saya bakal menamatkan latihan dengan jaya. Sedikit sebanyak minat dan keyakinan saya dalam bidang kejuruteraan kembali hadir sepanjang tempoh tiga bulan ini.
Bermula minggu depan juga, saya bakal bergelar mahasiswa tahun akhir. Kesibukan itu pasti. Saya bakal tidak punya kelapangan seperti hari-hari sebelum ini. Barangkali buku-buku terlonggok, yang masih belum sempat saya baca di kamar bacaan juga bakal saya abaikan.
Buat teman-teman sekuliah, saya ucap selamat kembali. Tahun akhir. Tahun kita semua ghairah menanti pembebasan. Bebas dari kekangan pembodohan dan pembiusan intelektual.
Ingat teman-teman, kita masih lagi di Malaysia. Di sebuah universiti di Malaysia. Maka, jangan pernah terlintas untuk membanggakan apa-apa. Kerana kita umpama seekor lembu di ladang FAMA. Lembu itu meragut rumput semata-mata, seperti mana kita meragut ilmu. Selain dari itu, bisu.
Selamat kembali teman-teman. Kembali tidur lewat dan berebut bilik mandi!
(Gambar: Proses enlightenment seorang anak muda)
Ahad, Julai 01, 2007
Wacana?
