Iklan

Isnin, April 30, 2007

Bosan

Semalam Ayah merungut.
Kata beliau, akhbar-akhbar di Malaysia semakin bosan.
"Tiada isi," rungut beliau sambil membaling sebuah akhbar Berita Hairan (bukan nama sebenar) edisi hujung minggu ke lantai.
Saya menyampuk:
"Bukan ke dari dulu lagi Ayah cakap macam tu. Dah tu, beli kenapa?"
Ayah hanya diam. Terkesan barangkali dengan kata-kata saya tadi. Beliau lantas mencapai sisipan hiburan dan membelek-beleknya sepintas lalu. Pun begitu, tiada apa yang menarik minatnya. Beliau lantas berbaring di sofa. Tidur.
Saya sudah lama meninggalkan tabiat membeli akhbar-akhbar arus perdana ini. Membazir. Lagi pula, sumber berita akhbar-akhbar ini boleh saja didapati secara online.
Sehari dua ini, cerita yang paling sensasi dan memberahikan ialah berita kemenangan parti pemerintah dalam pilihanraya kecil di Ijok (pilihanraya yang meninggalkan 1001 kenangan kepada saya).
Lapor mereka, KeADILan sudah tiada harapan. Hanya menunggu masa untuk ditalqinkan.
Saya hanya tersenyum. Tak mengapa, esok masih ada.

Jumaat, April 27, 2007

Pencerahan

Saya terkesan selepas membaca komentar Fathi Aris Omar dalam entri Hadhari tentang tanggungjawab dan inisiatif peribadi dalam menemukan pencerahan.
Ya. Siapa makan cili, dia terasa pedas. Dan saya amat terkesan dengan teguran beliau. Di bawah saya titipkan petikan ulasan oleh saudara Fathi untuk pertimbangan dan renungan bersama.
Najwan,
Syeikhul Kant menulis begini:
Enlightenment is man's emergence from his self-imposed immaturity. Immaturity is the inability to use one's understanding without guidance from another.
This immaturity is self-imposed when its cause lies not in lack of understanding, but in lack of resolve and courage to use it without guidance from another.
Sapere Aude! [dare to know] "Have courage to use your own understanding!"--that is the motto of enlightenment.
Di atas tadi ayat-ayat dalam perenggan pertama "Apa itu Pencerahan?" yang dikarang oleh Immanuel Kant.
Orang yang mendukung Pencerahan tidak percaya pada "petunjuk" atau "garis panduan" orang lain tetapi mesti berfikir sendiri, berfikir independen (mandiri) untuk mencapai tingkat kefahaman masing-masing.
Ayat berikutnya Kant menyebut begini:
Laziness and cowardice are the reasons why so great a proportion of men, long after nature has released them from alien guidance (natura-liter maiorennes), nonetheless gladly remain in lifelong immaturity, and why it is so easy for others to establish themselves as their guardians.
Pak turut, "aku budak baru belajar, mana yang salah tolong tunjukkan", atau "aku mohon dicerahkan" tidak ada dalam kamus dan sikap manusia tercerahkan.Hanya si pemalas dan si bacul sahaja rela berada dalam kegelapan, keanak-anakan atau kementahan (immaturity).

Rabu, April 25, 2007

Hadhari

Maaf kerana entri kali ini agak berlainan dari yang dahulu. Entah kenapa saya tiba-tiba merasa rindu kepada watak hero zaman saya anak-anak dahulu---Ultraman.

Yang menariknya, mereka menari-nari riang, penuh dengan semangat kehadharian sambil diiringi lagu latar yang memukau.

Semoga terhibur !

Hadhari, Hadhari ! Ayuh, ayuh !

Hadhari, Hadhari ! Kita maju !

Isnin, April 16, 2007

Latihan

Bermula esok dan untuk tiga bulan berikutnya saya akan menjalani latihan industri (bahasa mudahnya: practical training) di salah sebuah anak syarikat milik UMW Group, Automotive Industries Sdn. Bhd. bertempat di Shah Alam, Selangor.
Jika tahun lalu saya bergelumang dengan buku selama tiga bulan di MPH Bookstores Sdn. Bhd., tahun ini saya bakal bertugas sebagai pelatih untuk menilai kualiti produk di Jabatan Kawalan Kualiti. Dan semestinya saya bakal bergelut dengan komputer, besi-besi dan mesin-mesin analsis yang menyesakkan!
Ah! Mustahil bagi seorang mahasiswa fakulti kejuruteraan memohon untuk praktikal di sebuah gedung buku.
Buat teman-teman sekuliah yang turut sama bakal menjalani latihan industri, selamat bertugas!

Ahad, April 01, 2007

Baru

Pagi tadi tidur saya direncat dengan SMS dari Pak Khalid. Kisah rombongan peminangan Puteri Felda Gunung Besout jadi entri terbaru blog beliau hari ini. Setelah lama blog beliau beku, hari ini ia kembali aktif. Barangkali musim spring telah bermula.
Saya tumpang gembira. Akhirnya Fathi Aris Omar bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang dara Felda. Kata Pak Khalid, orang Felda juga kini sudah punya citarasa selebriti. Insya-Allah, 7 Julai tahun ini Abang Fathi kita bakal melayari bahtera asmara. 070707--setanding tarikh 030303 Erra-Yusry.
Dan entah kenapa Faisal Tehrani juga mengirim SMS pagi tadi. Sebelum ini cukup sukar untuk beliau membalas SMS.
Wah, nampaknya pagi ini jadi pagi untuk mempromosikan blog agaknya. Faisal minta dimanfaatkan entri terbaru beliau berkenaan dengan pertemuan bekas Presiden Iran, Mohammed Khatami dengan Sheikh Mohammed Sayyed Tantawi, Imam Besar Masjid Al-Azhar beberapa hari lepas.
Kata Sheikh Tantawi, "Sunnah dan Syiah tidak berbeda dalam prinsip akidah, perbezaan antara keduanya hanya berkisar pada masalah furu' sebagaimana perbezaan antara mazhab Hanafi dan Hanbali."
Beliau turut mengecam jama'ah takfiriah, iaitu kelompok kecil Muslim yang ekstrim dan gemar mengkafirkan orang-orang Islam yang tak sefahaman dengan mereka.
Berat kepala saya merenung kenyataan Sheikh Tantawi ini. Dan secara kebetulan saya sedang mendengar lagu Tanya Sama Hud Hud sewaktu membacanya.
73 pintu, 73 jalan. Yang sampai hanya satu jalan!