
Saya mohon maaf kerana entri terdahulu terpaksa saya lupuskan atas sebab-sebab keselamatan.
Saya terlupa yang saya berada di sebuah negara yang bernama Malaysia; negara yang menjunjung demokrasi sebagai asas pentadbirannya.
Saya terlupa yang negara ini membelenggu mahasiswanya dengan sebuah akta yang bernama AUKU; akta yang melarang mereka berbicara dan merayakan kebebasan bersuara.
Saya terlupa yang negara ini punya akta yang bisa menahan seseorang tanpa bicara.
Saya terlupa yang negara ini mengangkat perasuah dan penindas sebagai pemimpin paling agung.
Saya terlupa yang negara ini menganggap rakyatnya sekadar lembu-lembu bodoh yang bisa ditidurkan dengan berita-berita tentang Mawi dan Siti Nurhaliza.
Saya terlupa yang negara ini menjulang Islam secara hadhari yang mana ulama-ulama dimusuhi.
Saya terlupa barangkali, yang dahuluya pernah ada seorang
pejuang yang cuba mengubah dan membaiki negara ini tetapi akhirnya dia sendiri terhumban dikurung dan diaib dengan kejam sekali.
Saya terlupa yang saya berada di sebuah negara yang bernama Malaysia.
Ya..saya terlupa.
Label: Diari, Melayu, Politik, Sejarah, Semasa