Iklan

Rabu, Disember 26, 2007

UNITEN: Menjana Profesional atau Menjana Duit?

Jika semester lepas saya tersentak gara-gara kenaikan sewa kolej penginapan (yang dilaksanakan tanpa sebarang makluman), hari ini saya tersentak lagi selepas mendapat tahu mengenai kenaikan yuran subjek elektif, juga tanpa sebarang notis dan makluman dari pihak universiti.
Sebetulnya kenaikan yuran ini sudah pun berlaku lebih awal iaitu untuk subjek Projek (II), kursus khas yang diwajibkan kepada semua pelajar tahun akhir yang bakal tamat pengajian. Untuk mahasiswa yang mengambil kejuruteraan mekanikal, kursus ini disimbolkan dengan kod MPRB424. Saya mulai menyedari kenaikan yuran kursus ini pada 10 Disember yang lalu, selepas mengemaskinikan jadual kuliah melalui sesi "gugur tambah" subjek ketika semester baru di buka tempoh hari. Untuk rekod, sesi pendaftaran subjek untuk semester ini telah pun dijalankan pada 6 dan 7 Oktober yang lalu, iaitu sebelum peperiksaan akhir semester lepas.
Ketika mendaftar subjek pada 6 Oktober yang lalu, caj yuran yang dicatatkan dalam jadual kuliah saya untuk subjek Projek (II) ialah RM 1208 dan caj yuran untuk satu subjek elektif pula ialah RM 906. Pun begitu, pada 10 Disember, ketika menyemak jadual kuliah yang baru dikemaskini, saya terkejut kerana caj yuran untuk kursus Projek (II) telah berubah dan meningkat menjadi RM 1620, iaitu peningkatan sebanyak RM 412, tanpa sebarang makluman! Pun begitu, caj yuran untuk subjek elektif masih kekal sama.
Dan hari ini kenaikan caj yuran subjek berlaku lagi. Kali ini melibatkan yuran untuk subjek elektif pula. Pada 6 Oktober dan 10 Disember yang lalu, caj yuran untuk subjek elektif mencatatkan nilai RM 906, dan hari ini, tanpa sebarang notis dan makluman dari pihak universiti, caj yuran untuk subjek tersebut meningkat kepada RM 1215, peningkatan sebanyak RM 309. Maka jumlah keseluruhan kenaikan caj yuran yang terpaksa saya tanggung untuk semester ini berjumlah RM 712!
Mungkin nilai ini adalah kecil jika dibandingkan dengan jumlah yang terbeban ke atas para mahasiswa yang lain. Ada beberapa orang teman yang mengadu terpaksa menanggung beban kenaikan yuran sehingga lebih dari RM 1000! Apa yang dikesalkan ialah tiada sebarang notis dikeluarkan oleh pihak universiti berhubung dengan kenaikan ini. Dan yang paling malang sehingga kini, wang pinjaman PTPTN masih belum diterima oleh mahasiswa!
Kami mungkin tidak akan melatah dan hilang kewarasan jika sekiranya perkara ini dimaklumkan terlebih dahulu. Saya tegaskan, meskipun pihak universiti tidak punya alasan yang konkrit untuk melaksanakan kenaikan yuran ini, mahasiswa tetap tidak akan melatah dan mempertikaikannya jika sekiranya pihak universiti, setidak-tidaknya mengambil inisiatif memaklumkan kepada kami tentang perkara ini terlebih dahulu.
Mungkin ini ujian awal terhadap barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti yang baru menduduki kerusi kepimpinan beberapa bulan yang lalu. Saya secara peribadi mengharapkan suatu tindakan diambil oleh pihak MPP berhubung dengan kenaikan ini. Seandainya tiada apa-apa perubahan yang berlaku, tidak mustahil kami, mahasiswa biasa yang tidak punya apa-apa jawatan akan turun sendiri menuntut penjelasan dari pihak universiti berkenaan dengan pencabulan hak yang dilakukan secara senyap ini.
Jika dalam hal menghormati hak pelanggan pun Uniten masih belum mampu melakukannya, maka apakah mungkin misi untuk melahirkan mahasiswa profesional yang selama ini dilaung-laungkan melalui slogan "UNITEN Generates Professionals" (UNITEN Menjana Profesional) mampu direalisasikan?
Dengan tidak memaklumkan kepada para mahasiswa (yang merupakan pelanggan kepada perkhidmatan yang ditawarkan universiti) tentang kenaikan yuran kolej kediaman dan yuran kursus/subjek, jelas pihak pentadbiran Uniten tidak bersikap profesional. Apakah moto "UNITEN Menjana Profesional" itu masih sesuai digunakan lagi? Atau seharusnya ditukar menjadi: "UNITEN Menjana Duit" atau lebih glamour; "UNITEN Generates Income"!

23 ulasan:

faizal berkata...

Sangat keterlaluan... sepanjang berada di Uniten, mmg cukup2 terkilan dengan beberapa kenaikan yuran.

Jika dahulu, yuran penginapan menjadi isu, kini... yuran pengajian pula susulan kenaikannya...

rakan2 sekalian... buka lah mata, perkembangkan lah minda..

cukup lah dgn istilah mahasiswa tidur..

ayuh lakukan sesuatu...

Tanpa Nama berkata...

Jom²..Serang UNITEN..BERSIH @ Uniten..Korupsi duit semakin menjadi²..Jgn perlekehkan student yang mampu berfikir dengan waras!!

Tanpa Nama berkata...

tak payah serang anonymos..aku cadangkan kau cari di mana Putera UMNO, kau minta di mana borang masuk UMNO, lepas tu kau jumpa di mana al-Kairy..pastu kau dapat sagu hati duit raya dan harta rompakan bertimbun-timbun..untuk digunakan membayar semua kos Uniten ko..(hahha!)Ingat..kekayaan hanya melalui UMNO yang akan menjadi pembela kau..dan kau kena mentaati perintah Khairy...jutawan senyap yang dikagumi oleh kita semua! (hahahaha!)
-Kakiberuk

cakapbelakang berkata...

Ahh..mpp tido..mpp buta..mpp seperti tiada guna..

apaguna adanya majlis perwakilan pelajar jika hak2 pelajar tidak di perjuangkan..

tidak mustahil sekiranya perkara ini berterusan, para pelajar yang tidak berjawatan seperti kami ini akan turun padang untuk meminta penjelasan dalam masa yang terdekat ini~!

Aryf Izecson berkata...

memang keterlaluan. tanpa sebarang notis. at least kasi la notis..

jom kita hantar petisyen bantahan

Tanpa Nama berkata...

pukimak uniten, smpi bile kite nk terbeban dgn penambahan yuran yg dilakukan secara mendadak dan tanpa sebarang notis.ini bukan soal duit,ini soal hilang kepercayaan kepada pentadbiran kerana mereka mengambil kesempatan ke atas student yg tk mampu berbuat apa2.kalau ada sebarang bantahan buat dgn besar2an.kite tgk dan lihat reaksi pentadbiran bila protest dilakukan

Tanpa Nama berkata...

UNITEN can be describe with 1 word which is Lanciaupukimakmotherfuckersuckmyass....fuhhhhh..
Makin lama makin teruk..makin byk makan duit haram..nasib la ako dah nak habis..thank god..jom serang uniten hingga titisan darah yg terakhir kawan2..pastuh kita serang Putera UMNO plak..hahaha!


K|-|

Tanpa Nama berkata...

Kamu semua memang beruk sial! Berani mencerca institusi pendidikan, serta menuduh aku sebagai Ketua PEMUDA UMNO, PENGERUSI HALAL HUB dan jawatan-jawatan lain sebagai perompak negara!
Pelajar UNITEN yang guna anonymous, aku tahu siapa kamu, kamu akan dikenakan tindakan kerana menghina UNITEN.

-KHAIRY JAMALUDDIN

Tanpa Nama berkata...

Khairy Jamaluddin?? HAHA! Meh berdepan dengan aku! aku nak lihat setakat mana ko berpendekar nih! Tunjukkan skill berlawan ko! Kalu berani jangan guna PEKIDA nak tolong ko! Ko set masa jom kita berentap! BABI KO KHAIRY!

- Pemuda UMNO Rembau

Tanpa Nama berkata...

aik? biar betul KJ baca blog kau ni wan?

atau ada org saja pakai nama KJ...haha!

din merican berkata...

Najwan,

Ini semua kerana kos sudah meningkat. Inflasi mesti dikawal melalui disciplin fiscal. Salams, Pak Din

najwan halimi berkata...

Pak Din,

Benar, peningkatan kos mungkin salah satu sebab. Pun begitu penjelasan sewajarnya dikemukakan. Bukan dengan menaikkan terus secara senyap.

Saya tiada masalah jika sekiranya dimaklumkan lebih awal. Lebih mudah utk mahasiswa merancang pendaftaran subjek.

Najwan

paganpoetry berkata...

Najwan, you have to write one english entry for me, hehe.
- Charlene

Ibnu_Ismail berkata...

Salam.

Najwan, check info portal. Diorang ada post something psl tuition fee.

By the way, maybe ada minggu maklum balas MPP. Jom gi!

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Bro, dari pengalaman aku, menghentam pentadbiran berdasarkan isu-isu ini harus dilakukan dengan adil dan berhati-hati. Isu ekonomi adalah isu yang agak kompleks.

Aku setuju kau berhak dapat makluman awal berkaitan perkara tersebut, malah boleh dianjurkan agar penjelasan dibuat berserta sesi soal jawab.

Menghentam semberono memang nampak cool, tetapi jika salah hentam, lama-lama orang akan nampak kita tidak ada karakter.

So, good luck!

Aku sentiasa sokong apa-apa juga yang bagus diperjuangkan untuk generasi muda..tetapi ia mesti atas prinsip dan isu yang jelas.

Amin Ahmad

Tanpa Nama berkata...

Kamu semua boleh mencerca dan menghina perjuangan Parti UMNO! Kamu ingat, Sokongan terhadap ketua kamu tidak akan membantu kamu semua ke arah keadilan untuk semua yang selama ini di war-warkan oleh Anwar Ibrahim. Saya sebagai bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia ingin menyeru agar kamu semua insaf, hanya UMNO lah yang dapat memacu kekuatan Melayu Bumiputera ke arah wawasan yang teguh dan jitu!

-Khairy Jamaluddin
(Naib Ketua Pemuda Malaysia)

najwan halimi berkata...

Charlene,

I wish I can write it in Tagalog for you as well! =)

najwan halimi berkata...

Amin,

Terima kasih atas sokongan. Sebetulnya, entri yg ditulis mmg melalui proses penelitian yg sangat hati-hati. Universiti sudah respon dengan mula mengeluarkan notis. Pun begitu, ada unsur kekeliruan dalam notis tersebut.

yuzy berkata...

Semalam aku ada bincang dengan sahabat-sahabat lain pasal kenaikan kos dan isu program-program yang lambat diluluskan oleh pihak HEP dan tidak diluluskan terus kerana masalah kewangan dan karenah lainnya.

Sahabat-sahabat lainnya memberi respon positif untuk membuat memorandum dan diserahkan kepada pihak NC atau atasan sekiranya MPP gagal memainkan peranannya.Tuntutan seakan mendesak.

Persoalan saya adakah perkara ini wajar?Bukan apa,akhirnya bila politik di atas telah campur tangan takut-takut ada yang dicantas dan disenyapkan.Itu pendapat saya.

Jadi apa tindakan kita?

Salam.

najwan halimi berkata...

Sdr Yuzy,

Bantahan melalui petisyen atau memorandum mungkin salah satu alternatif. Pun begitu, peranan penggerak seharusnya dimainkan oleh MPP.

Pimpinan mahasiswa perlu bijak merencana strategi. Jika sistem yang dibentuk sendiri oleh pihak universiti pun dilanggar oleh mereka (pihak universiti sendiri!), maka apalah lagi yang boleh mahasiswa harapkan melalui sistem tersebut? Atau mungkin kita perlu lebih kreatif dalam mengetengahkan permasalah kita di luar sistem sedia ada?

Saya tegaskan sekali lagi, MPP seharusnya punya medium komunikasi. Aplikasi laman web dan laman blog sewajarnya mulai dipertimbangkan. Pimpinan seharusnya bijak mencari ruang.

Pengajaran dari kesilapan barisan MPP yang lalu harus diambil iktibar.

Tanpa Nama berkata...

Haha, bab protes ni tanya pada yg berpengalaman!hehe

1) Walaupun korang tak suka mpp ke camne, korang bleh bantu diorg utk gerakkan masses sbb diorg adalah pertubuhan pelajar terbesar di kampus. Bantu diorg buat petisyen dan dptkan tanda tangan pelajar. Make sure pelajar baca petisyen tu baru tanda tangan - utk kesedaran diorg dan juga tidak berlaku unsur kononnya 'kami ditipu'.

2) Protes senyap, minta pelajar pakai baju certain colour yg korang pilih sbg tanda protes.

3) Risalah bersiri. Tp kena ingat, jgn hentam berlebihan. Fokus dan reveal sebaiknya.

4) Utk aku, sbg pemimpin pelajar, provide solution yg membina.

5) Minta ada dialog juga adalah satu teknik yg matang.

Amin Ahmad

Tanpa Nama berkata...

Najwan..masuk UiTM selesai masalah:-)
-kakiberuk

yuzy berkata...

Terima kasih atas cadangan semua.Mungkin kita juga perlu buat sesuatu untuk memprotes secara senyap.Contohnya,pulaukan program-program anjuran MPP dan HEP.Tapi bila aku fikirkan kembali,pelajar majoriti tidak akan menyokong ini semua kerana:

1.Pelajar yang mendapat pinjaman YTN atau biasiswa YTN (Yayasan Tenaga NAsional) tidak akan terasa akan kenaikan ini.

2.Pelajat UNITEN sangat tidak peka dengan isu ini dan selagi benda ini tidak menganggu CGPA atau GPA masing-masing,mereka tidak peduli.Ikut saja.

3.MPP belum memainkan peranan semaksima mungkin.Mungkin sebab terhutang budi atas lantikan yang dibuat.

4.Kita tidak kuat dan bersatu.

Maka,dengan itu kita akan terus dipijak dan pihak atasan akan terus ketawa.

Tahun Baru,Azam Baru.