Iklan

Rabu, Disember 12, 2007

Imej Bersih Pak Lah Musnah

Perkembangan di dalam negara sejak beberapa hari kebelakangan ini sememangnya membimbangkan saya. Perbincangan dengan teman-teman juga lebih menjurus kepada laporan akhbar-akhbar perdana yang kelihatan cuba menonjolkan bahawa negara ini sedang berada di dalam keadaan tidak stabil dan diancam ketegangan. Perdana Menteri Abdullah Badawi pula telah pun menyatakan kesediaannya untuk menggunakan akta zalim, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menangani sebarang keganasan dan kekacauan yang timbul demi memastikan keselamatan negara tidak digugat.
Bermula dengan perhimpunan aman BERSIH 10 November lalu diikuti dengan demonstrasi Hindraf, perarakan aman Majlis Peguam seterusnya perhimpunan BERSIH di hadapan bangunan Parlimen semalam, kesemuanya diberi liputan yang negatif oleh pihak media arus perdana. Aktivis BERSIH cuba digambarkan sebagai pembuat kacau, penyokong-penyokong Hindraf pula dilabel sebagai ekstremis perkauman manakala para peguam yang berarak sempena memperingati Hari Hak Asasi Manusia ditahan dan dikecam sebagai melanggar undang-undang negara.
Ini diikuti dengan penangkapan beberapa orang pimpinan pembangkang dan badan bukan kerajaan yang kononnya dianggap sebagai dalang pencetus kekacauan. Laporan media yang sememangnya berat sebelah sedikit sebanyak telah berjaya mempengaruhi pemikiran segelintir rakyat untuk terus berada dalam kepompong ketakutan dan seterusnya melupakan penyelewengan dan isu rasuah yang melanda kepimpinan negara.
Kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang kelmarin yang mendakwa negara ini sedang menuju menjadi sebuah negara polis sewajarnya dipandang serius. Masakan tidak, belum sampai sepenggal Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, keadaan negara ini persis situasi ketika Anwar Ibrahim dipecat hampir 10 tahun dahulu. Pergerakan aktivis diekori, perbualan telefon mereka dipantau, permit untuk berhimpun tidak pernah diluluskan dan setiap kali sesuatu perhimpunan dijalankan dengan aman, pihak polis bakal melakukan provokasi dan menimbulkan kekacauan seterusnya menahan para aktivis secara ganas dan keras. Laporan media pula akan menggambarkan bahawa para aktivis ini sebagai pencetus kekacauan dan perusuh yang sewajarnya dihukum dan dinafikan hak mereka.
Inilah realiti yang berlaku di Malaysia hari ini. Jika Mahathir mengambil masa lebih dari dua dekad untuk menonjolkan dirinya sebagai pencabul hak asasi dan kebebasan rakyat Malaysia, Abdullah hanya memerlukan tidak sampai lima tahun untuk memusnahkan imej warak dan bersihnya yang selama ini cukup dikagumi oleh semua. Jika perkara ini dibiarkan berterusan, insha-Allah, Abdullah bakal menyaksikan kejatuhannya sedikit masa lagi...

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saudara Najwan,

Mungkin hanya 100 000 rakyat berfikiran seperti anda, tetapi lagi 24 900 000 rakyat mahukan keamanan dan kestabilan..

Hindraf ternyata satu pertubuhan yang mahukan kekacaun dan sudah terlampau. Namun yang paling rakyat kesali adalah pihak PEMBANGKANG menyokong tindakan mereka.

Kepada pihak pembangkang, saya rayu agar kembali kepada asas perjuangan anda. Janganlah kerana hendak raih undi yg tidak seberapa itu, parti anda hancur.

Tanpa Nama berkata...

Najwan,

Aku sokong press freedom & freedom of expression macam BERSIH, tapi aku menentang kejahatan HINDRAF mainkan isu ISLAM, MELAYU dan menghina Melayu.

HINDRAF kata mereka benci UMNO tapi tak anti Melayu. Kepala hotak la mereka tu..bukankah UMNO 100% Melayu dan parti UMNO pun based dia Melayu.

Aku kali ni bersetuju dengan Si Dollah untuk kenakan ISA sebab HINDRAF dan KELING Chaunivist dah kurang ajar mengguris perasaan majoriti orang Melayu dengan menghina orang Melayu dan kata kita wat ethnic Cleansing. Sedangkan GDP orang India lebih tinggi dari melayu, banyak certain bidang orang India no-1 tapi mereka buat cerita keling sesuai ngan darah Dravidian yang putar alam tuh.

Kepada Utayakumar dengan rakan-rakan korang, aku nak cakap PADAN MUKA...korang tunggu la masuk ISA tu, biar diterajang habis-habisan dgn Polis Melayu! BAngsat punya keling tak kenang budi!

Walaupun begitu, ttg bersih, aku memang tak setuju dengan Dollah ni. Aku bersetuju dengan Haji Hadi kata negara ini sudha menjadi negara Polis. Kata-kata Hj. hadi seiring dengan Tun Mahathir kata negara Malaysia sudah menjadi negara Polis.

Paklah memang bodoh...lagi banyak tangkapan suka-suka hati (kecuali HINDRAF)...orang UMNO semakin hari semakin tak sabar nak tunggu kejatuhan Dollah bodoh di dalam UMNO! Ayuh orang2 UMNO, lepas PR-12, aku harap sapa2 lawan Dollah & Associates dan jom kita lantik pemimpin baru! HIDUP UMNO! REFORMASI UNTUK UMNO 2008!

-Kakiberuk

Tanpa Nama berkata...

Kaki Beruk,

Jangan terpedaya dengan provokasi UMNO dalam issue HINDRAF. Adakan tak mungkin, semua ini dirancang oleh UMNO? Anda sendiri termakan hasutan emosi yang disebarkan oleh HINDRAF. Apatah lagi ramai sahabat kita yang tidak mendapat cukup matlumat, sekadar membaca Utusan and Berita Harian. UMNO tahu mereka sukar mendapat sokongan orang melayu sekarang, jadi mereka mencetuskan isu HINDRAF ini untuk menarik golongan melayu bernaung dibawah mereka dalam pilihan raya yang akan datang ini. Ini taktic terdesak mereka. Jangan kita tertipu. Malaysia adalah negara untuk rakyat Malaysia, tak kira Melayu, India, Chinese. Kita semua mesti bersatu untuk keamanan and kemajuan negara. Jangan biarkan UMNO and tali barut mereka memainkan isu perkauman untuk menagih undi. Kita lebih bijak dari itu. Kita lebih bijak dari mereka.

"the people should not be afraid of their government, the government should be afraid of their people"

Tanpa Nama berkata...

Secara terang-terangan semasa perhimpunan HINDRAF di ibu kota baru-baru ini ada beberapa pemimpin pembangkang ikut sama..
Tian Hua-Keadilan dan Lim Kit Siang-DAP ada semasa perhimpunan itu diadakan. DSAI dah bape kali datang Mahkamah utk sokong si keling HINDRAF ni..

Persoalannya, kalo semua ini propaganda kerajaan kenapa pembangkang sertai. Bukan kah korang ni lagi "pandai" dari Kerajaan?

Pastu nak cakap ni semua propaganda UMNO. Ape ni?? Korang pon nak jadi keling mcm HINDRAF ke? Suka putar belit..

Dah la.. Nasi dah jadi bubur.. Insaf lah wahai pembangkang sekalian..

Buat penat aku je pergi Perhimpunan BERSIH.

Anonymous..kau kata aku terpengaruh dengan media hiburan UMNO? Salah tu...cuba periksa balik apa tuntutan celaka HINDRAF tu..aku sebagai melayu tercabar dan rasa dah benci kat keling sekarang...mereka betul2 mencabar Melayu dan Islam, menghina akta 153 dan cuba menghasut untuk mirip kepada Malayan UNION. Baru saja negara ini merdeka 50 tahun, adakah Melayu dan agama Islam nak terus dihina seperti sebelum merdeka? Walaupun aku tak suka Paklah dan Khairy, aku akan tetap sokong UMNO. Thanks for ur comment anonymous.

-Kaki beruk

DPPKHL berkata...

Sekadar memberi pandangan,

Anonymous - aku rase mase ko pegi perhimpunan bersih hari 2 ko memang x tau ape pn yang diperjuangkan. Dan ko pegi tanpa ada semangat seorang rakyat. Lagi 1 jangan jadikan kitab rasmi ko media kerajaan yang memang nampak sangat berat sebelah..jadikanlah al-quran sebagai panduan. Elok ko kaji semula sistem politik Malaysia. Banyakkan membaca bahan2 pengetahua, isu2 semasa..Berfikir sebelum bercakap. Aku namapak ayat2 ko sampah semua.

bumilangit berkata...

jika amno adalah 100% melayu, maka;

kadir syeikh fadil, khir toyo, zainddin maidin tu semua melayu.

ya Tuhan, kenapalah mereka dilahirkan bengap?

Tanpa Nama berkata...

kepada bumilangit,

Kenapa DSAI jadi anjing HINDRAF? Menyalak mempertahankan tindakan mereka.. tak ke lagi BENGAP tu?

Kalo DSAI jadi PM la lepas PRK ni, habis semua naik orang kepala, tiap-tiap minggu ada perhimpunan.. Kerana apa? Kerana prinsip DSAI( People's Freedom) Kalo mcm tu tunggang-langgang lah negara jawab nya.. Jadi mcm jiran kita di sebelah tu..

Tanpa Nama berkata...

Sorry. PRU not PRK.. Tetiba semangat kampus plak.. =P

Tanpa Nama berkata...

Nampak nya dari komen komen yang ada di sini, amatlah jelas yang rakyat Malaysia masih belum merdeka cara berfikirnya. Kita masih racist, kita masih taksub kepada kaum sendiri. Sedangkan Islam atau mana mana agama lain tidak pernah mengajar penganutnya untuk menghina dan memandang rendah kaum yang lain.

Adakah ini contoh teladan yang nak ditunjukkan kepada anak generasi kita? Kenapa kita tidak boleh hidup bersatu sebagai rakyat Malaysia dan bukan sebagai melayu, cina atau india? Mentality kita masih dikalangan negara kelas 3, walaupun kita gah dengan infrastructure negara maju.

Ramai dikalangan sahabat saya dari berbilang kaum terutamanya di luar negara terasa amat tersinggung dan kesal dengan cara segolongan kita memberi respon kepada isu isu perkauman yang dimainkan oleh surat khabar propaganda kerajaan. Saya rasa amat malu, kecewa dan kesal dengan sikap begini yang hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Ini amat memalukan, bukan mudah untuk kami yang belajar di negara orang untuk menjelaskan isu ini kepada sahabat kami di sini. Bagaimana kerajaan hendak kami menyampaikan yang benar jika yang benar itu hanyalah penipuan mereka dan menghinaan hak asasi manusia dan penindasan kaum? Malah kaum Yahudi yang kita anggap hina juga tertanya tanya. Bagaimana kita boleh jatuh lebih rendah dari mereka?

V

yuzy berkata...

Menang Bersorak Kampung Tergadai;Get a life!

Tanpa Nama berkata...

Anonymous! Ceh porrrahhhh!

- Kakiberuk

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat kakiberuk hanya tahu menjerit seperti beruk beruk di dalam UMNO sendiri... ceh porrahhh!

Tanpa Nama berkata...

hey anonymous! Ceh porrrah tu aku apply dari Dato Seri Anwar Ibrahim hehe!

Aku kakiberuk..aku disumpah Khairy yang mengatakan kita beruk. Aku berbulu, berambut beruk..otakku beruk.

Ingatlah..kita semua keturunan beruk homo erektus, homo sapien...siapa yang kata? Encik Khairy yang kata, sebab dia belajar theory kejadian manusia berdasarkan teori Darwin. Dia telah menyedarkan kita dan para Melayu bahawa kita berasal dari BEROK..

Tapi, aku bangga..darahku beruk, hatiku beruk tapi beruk spesis Melayu! (yahooo!!)

Khairy pon beruk tapi spesis bodoh dan perosak bangsa lar,...dia spesis homo sibilis!

WUUUUK WUUUK! UWUUUUK!!!!! (BUNYI BERUK BERGUMBIRA!)

Oklah Anonymous...BOWOUUK! BOWOUUK! (maknanya Bye! Bye!)!!

- Kaki Beruk