Apakah Ada Muslihat Di Sebalik Notis Yuran Subjek?
Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, maka ayat tersebut sebetulnya berbunyi: "Adalah diingatkan bahawa yuran tuisyen yang dicaj didalam invois anda adalah MUKTAMAD". Persoalannya ialah, apakah sebenarnya yang cuba "diingatkan" kepada mahasiswa? Apakah sebelum ini pihak universiti ada mengeluarkan notis maka dari itu mahasiswa perlu diingatkan kembali? Dan penekanan pada perkataan FINAL (muktamad) itu boleh disifatkan sebagai salah satu percubaan pihak universiti untuk menutup ruang perbincangan serta penerangan kepada pihak mahasiswa. Kekeliruan saya terus bertambah sebaik meneliti jadual caj yuran yang turut dipamerkan (rujuk jadual di bawah):
Merujuk kepada jadual tersebut, apakah caj yuran subjek yang dinyatakan adalah caj untuk subjek teras atau subjek elektif? Atau caj tersebut merangkumi kedua-dua kategori subjek terbabit? Agak aneh kerana pihak universiti (melalui notis ini) langsung tidak membangkitkan berkenaan kadar kenaikan caj yuran subjek sebaliknya cuba menggambarkan seolah-olah caj yuran subjek ini sememangnya telah ditetapkan seperti dinyatakan di dalam Surat Tawaran Kemasukan ke Uniten.
Saya sendiri kurang pasti apa sebenarnya motif pihak universiti mengeluarkan notis ini. Apakah sekadar untuk menunjukkan bahawa tuntutan mahasiswa (yang mempersoalkan kenaikan caj yuran subjek tanpa makluman) ini sudah pun dipenuhi? Sebetulnya, mahasiswa mahukan notis sebelum kenaikan yuran dilaksanakan. Apa yang dilakukan oleh pihak universiti ialah dengan mengeluarkan notis selepas para mahasiswa selesai mendaftar subjek dan mencetak jadual. Jika pihak kerajaan mampu untuk memaklumkan kepada rakyat akan jangkaan kenaikan harga dan kos (seperti minyak dan tol), maka tidak bolehkah pihak universiti melakukan perkara yang sama kepada mahasiswa?
Saya sebetulnya masih lagi keliru dengan notis tersebut. Atau mungkin pihak universiti menganggap para mahasiswa Uniten ini bodoh dan tidak akan ambil peduli? Saya masih menunggu tindak balas dari barisan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) berkenaan isu ini. Apakah mereka sedang merencana tindakan, atau sekadar mengeluh kesah?



5 Ulasan:
aku denga mpp dh buat keje...diorang dh bwk naik g HEP tp HEP gelak kat diorang sbb xde pengikut...gile ape...nk dpt pengikut camne kalo diorang x publish ape tindakan yg diorang nk ambil...takkan nk tunggu student g approach diorang seniri...adeeehh....lembab2
akuorangbiasa,
MPP seharusnya punya medium komunikasi. Aplikasi laman web dan laman blog sewajarnya mulai dipertimbangkan. Pimpinan seharusnya bijak mencari ruang.
Pengajaran dari kesilapan barisan MPP yang lalu semacam tidak diambil iktibar.
Jadi bagaimana?
mpp uniten pun xreti buat keje bro..
harap nama je lebih..keje x jln..
duit nak je..
haih...wtf =|
cheers~
k|-|
-off topic-
kasham, hang duk loklak sini buat apa.drp hang duk merapu sana sini,baik hang g makan ikan kerapu,sedap gap.~chow
~spam2
aku rasa satu tekanan dari student perlu dilakukan.Management UNITEN yang baru seperti menekan kita semua.Sepekara lagi,aku dengar atlet UNITEN juga tidak puas hati dengan elaun perlawanan yang dipotong,jika dulu mereka dapat RM20 untuk satu hari perlawanan tapi kini hanya dapat RM10.
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
Pautan pada catatan ini:
Buat Pautan
<< Laman utama