Iklan

Isnin, November 26, 2007

Tuntutan Hindraf: Kenapa Perlu Mengadu Kepada Baginda Ratu?

Akhbar-akhbar perdana hari ini melaporkan perhimpunan Hindraf semalam berlangsung dalam keadaan ganas dan liar. Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times (seperti dijangka) tidak melaporkan secara spesifik jumlah sebenar yang hadir, pun begitu akhbar The Sun hari ini menyebut bahawa dianggarkan seramai 20 ribu orang yang hadir dalam perhimpunan tersebut.
Nyata, larangan mahkamah, amaran polis serta ugutan dari beberapan pemimpin kanan kerajaan tidak sama sekali mematahkan hasrat penyokong-penyokong Hindraf untuk berhimpun. Pun begitu, hasrat untuk menyerahkan memorandum kepada wakil Suruhanjaya Tinggi British tidak kesampaian akibat kekangan serta kawalan ketat anggota keselamatan yang turut dibantu oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang mengawal. Khabarnya, memorandum tersebut hanya dimajukan melalui kiriman faks kepada pejabat Suruhanjaya Tinggi British.
Saya meneliti beberapa ulasan tentang entri sebelum ini berhubung dengan tuntutan Hindraf yang saya rasakan agak kurang munasabah dan bersifat tidak adil. Seorang pengunjung, Anak Melayu mengulas tuntutan tersebut dengan menyatakan bahawa ianya tidak rasional dan mengelirukan. Sebetulnya saya ikut bersetuju dengan kenyataan beliau kerana jika diteliti secara halus, apakah sebenarnya yang cuba diperjuangkan oleh Hindraf?
Beberapa persoalan yang berbangkit dalam minda saya berhubung dengan tuntutan Hindraf ini antaranya ialah mengapa memorandum yang ingin disampaikan oleh mereka kepada Suruhanjaya Tinggi British ditujukan kepada baginda Ratu Elizabeth II? Jika dikatakan Hindraf sudah tidak punya keyakinan terhadap kerajaan pimpinan Abdullah Badawi dan merasakan bahawa adalah sia-sia jika membawa tuntutan mereka kepada kerajaan maka kenapa tidak diadukan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong? Malaysia merupakan negara merdeka (secara retoriknya) dan sudah tidak tertakluk dibawah bidang kuasa kerajaan British sejak tahun 1957 maka apakah wajar mereka (Hindraf) mengadu kepada baginda Ratu Elizabeth II, ketua negara Britain, negara yang mana kerajaannya ingin disaman oleh Hindraf?
Perdebatan tentang taraf ekonomi serta status sosial turut dibawa oleh Hindraf dalam tuntutan tersebut sambil menyifatkan bahawa tindakan kerajaan British (era 150 tahun lalu) yang membawa masuk kaum India ke Tanah Melayu sebagai punca kaum India tertindas di negara ini. Jika diteliti kritikan Anak Melayu, jelas ada asasnya:

"Mereka cakap kaum India miskin. Memang tidak dinafikan tetapi kaum lain pon ada yang miskin juga. Melayu, India dan tidak dilupakan kaum peribumi terutama sekali Orang Asli.

Tetapi jika kita lihat hari ini, kaum India dan Cina yang menguasai kekayaan negara. Mereka ada Ananda Krishnan, seorang billionair yang ternama. Mereka juga diberi jawatan-jawatan penting dalam kerajaan dan juga swasta. Hakim, Pengarah, CEO dan banyak lagi. Ada kita dengar orang Melayu ungkit dan Marah?"

Pun begitu, persoalan tentang pencapaian ekonomi seharusnya tidak wajar kita sempitkan kepada skop "bangsa mana yang kaya, bangsa mana yang miskin" semata-mata. Saya tertarik dengan ulasan saudara Nik Nazmi berkenaan dengan permasalahan ini. Beliau menulis:
"In 2003, the Economist observed, while the Indians make up 8% of the population, they make up 14% of its juvenile delinquents, 20% of its wife and child beaters and 41% of its beggars. They make up less than 5% of the successful university applicants.
The Indians control 2% of the national wealth, and by removing the richest 5 individual Indians from the equation, the picture becomes even more depressing. In 2003, one in twelve Indians did not attend primary school.
The biggest letdown among the Indian community is their political representatives, the MIC. The MIC has evolved into a personality cult that sustains its support through a feudal character, ensuring Indians remain as the most loyal community to the ruling coalition. The Indian middle class and professionals are driven away from the party due to its nature, and thus the party consists of mostly working class members. The loyalty is almost absolute – polling even suggests that when they are unhappy with the way things are in the country, they still overwhelmingly support BN."
Jelas, nasib dan pencapaian kaum India pada hari ini bukanlah disebabkan oleh tindakan kerajaan British 150 tahun lalu yang membawa masuk beribu-ribu kaum tersebut dari Selatan India ke Tanah Melayu tetapi ialah kerana kelemahan serta kurangnya perhatian dari pihak kerajaan yang diwakili oleh Barisan Nasional dan MIC yang mewakili kaum India itu sendiri.
Hindraf seharusnya tidak menyalahkan sejarah dalam menyuarakan tuntutannya kerana jika itu yang menjadi sandaran maka kaum-kaum lain termasuk Melayu, Cina dan Orang Asli juga punya hak untuk berbuat demikian.
Pembangkang khususnya PKR dan DAP seharusnya tidak ikut terheret dalam tuntutan Hindraf yang jelas bersifat perkauman ini. Jika semalam, Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu secara angkuh mendakwa bahawa parti-parti pembangkang merupakan tulang belakang perhimpunan Hindraf ini maka janganlah terkejut jika selepas ini Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi pula mengeluarkan kenyataan yang sama.
Saya melihat bahawa kenyataan media yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menyeru Hindraf agar mengambil pendekatan yang lebih bersifat sederhana serta bertanggungjawab sewajarnya direnungi:
"HINDRAF sepatutnya menumpukan perhatian mereka kepada kerajaan BN yang bertanggungjawab di atas salahguna kuasa yang telah menindas kaum India yang miskin, dan juga pada masa yang sama gagal menyelesaikan masalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, warna kulit ataupun agama."

4 ulasan:

Anak MELAYU berkata...

Saudara Najwan,

Saya adalah penyokong kuat Parti Keadilan Rakyat dan PAS.

Daripada tragedi HINDRAF semalam, tiba-tiba saya tergamam apabila PAS dan PKR menyokong mereka.

Persoalan:

1) Antara wadah perjuangan HINDRAF dan DAP adalah mempertikaikan hak orang Melayu. Jadi, jika PKR menang dalam pilihanraya dan membentuk kerajaan, adakah PKR akan melucutkan status istimewa kaum MELAYU dan bumiputra?

2) Mengapa PAS khasnya menyokong HINDRAF dan DAP? Sedangkan dengan terang-terangan mereka MENOLAK Negara ISLAM dan mahukan Negara SEKULAR.

3)Bukankah menyokong aktivis yang berbentuk perkauman ini akan menyebabkan KETEGANGAN KAUM di seluruh Negara? Ini sangat berbahaya.

Saya harap pihak PAS dan PKR dapat menjelaskan perkara ini dan saya juga berharap agar PAS dan PKR tidak terperangkap dengan agenda mereka kerana ia akan menyebabkan kerajaan BN(Barang Naik) itu memainkan isu ini. Ia akan merugikan kita.

Saya memang tidak menyokong BN tetapi saya juga tidak mahu Hak Orang MELAYU tergadai seperti yang terjadi di Singapura. Saya Harap perjuangan PAS dan PKR mesti jelas dan tidak sesekali tersasar dari landasan akibat ingin menjaga hati mereka yang membuat pertikaian ini.

Saya hormat bangsa lain tetapi bangsa lain pon perlu hormat pada orang MELAYU. Hak Orang MELAYU tidak boleh dipertikaikan lagi seperti mana yang tercatat didalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini negara Malaysia dan juga masih Tanah Melayu.

Kita Negara ISLAM dan TUannya adalah MELAYU ISLAM..

Diharap saudara Najwan dapat mengulas perkara ini.

Sekain

najwan halimi berkata...

Anak Melayu,

Perlu saya tegaskan bahawa saya bukan ahli mana-mana parti politik, baik UMNO, Keadilan mahu pun PAS.

Walau bagaimanapun, respon ringkas saya berhubung dgn beberapa persoalan yg saudara timbulkan (saya mengesyaki ada individu yg menyiarkan komen saudara di laman blog prokhairy dgn memutarbelitkannya, boleh semak di link ini )ttg pendirian PKR dan PAS berkenaan dgn isu Hindraf akan cuba saya ulas dalam tempoh terdekat.

Anak MELAYU berkata...

Terima KAsih saudara Najwan kerana memberitahu saya mengenai laman proKHAiRY.. Saya baru sahaja berkesempatan menyemak komen tersebut.. HAHHAHAHA.. Geli hati pon ada.. Nak buat cam mana.. ITu lah kerja mereka.. tak habis2 PUTAR BELIT!!! dah takde modal agaknya.. Biasalah, pengikut depa ni kan KEMANDULAN IDEA ( perkataan baru Di ambil dari komen ahli parlimen semalan) =)

damai berkata...

Situasi sekarang adalah amat berbahaya, malangnya terdapat pihak yang cuba melaga-lagakan lagi api kemarahan antara kaum, jika hindraf tidak dihapuskan, negara ini akan menuju kearah kemusnahan, tidak mustahil akan berlaku rusuhan dan pembunuhan diantara kaum.mungkin juga perang saudara. Orang bumiputra seharusnya bersatu mempertahankan hak mereka, jangan biarkan hak bumiputera di lucut oleh kaum yang tidak mempunyai hak,