Iklan

Rabu, November 14, 2007

Tuduhan Menghina: Tidak Berasas dan Bersifat Emosional

Dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, sejak saya menulis entri Menganalisa Kerencatan Seorang Menteri Penerangan, ruangan ulasan di blog saya sarat dengan pelbagai jenis respon. Terdapat seorang pengunjung yang menukar nama samarannya beberapa kali meski pun menulis ulasan yang sama untuk beberapa entri.
Antara yang dibangkitkan ialah perbandingan tahap akademik saya dengan Naib Ketua Pemuda UMNO, saudara Khairy Jamaluddin. Pengunjung tersebut cuba untuk menegaskan bahawa jurusan pengajian Falsafah, Politik & Ekonomi (PPE) jauh lebih hebat dari jurusan Kejuruteraan. Sebetulnya saya kurang berminat untuk melayan respon sebegini kerana isu sama ada seseorang itu lulusan PPE atau Kejuruteraan tidak sewajarnya timbul dalam wacana politik nasional.
Andaikata jika sekiranya perkara sebegini menjadi ukuran pencapaian politik seseorang maka bolehlah dirumuskan bahawa Khairy Jamaluddin sebenarnya lebih bijak dari Nabi Muhammad SAW memandangkan Khairy mempunyai ijazah dalam bidang PPE sedangkan Nabi Muhammad seorang yang buta huruf dan tidak tahu membaca. Apakah ini yang cuba dijustifikasikan oleh pengunjung tersebut? Saya serahkan pada anda untuk menilainya.
Juga turut ditimbulkan oleh salah seorang pengunjung ialah kecenderungan saya yang kebelakangan ini menulis secara “kasar” dan “keras” dalam beberapa entri terdahulu. Tuduhan bahawa saya menghina pemimpin negara, menteri-menteri kabinet dan juga seorang model sambilan yang kini bergelar “angkasawan” sememangnya tidak berasas dan hanya bersandarkan pada emosi yang sedang amarah.
Kurangnya pemahaman serta keterbukaan dalam memahami inti penulisan saya mungkin merupakan antara faktor yang menyebabkan sesetengah pembaca marah dan meluat dengan beberapa baris ayat serta ungkapan yang kelihatan “menghina”. Berdasarkan penelitian saya terhadap respon-respon yang diberikan, jelas terdapat pembaca yang lebih suka membahaskan penggunaan perkataan dan istilah daripada mencuba untuk memahami mesej yang ingin saya sampaikan. Ini terbukti apabila persoalan sama ada saya berkulit gelap atau tidak dan Melayukah saya ditimbulkan oleh salah seorang pengunjung. Respon bersifat perkauman ini jelas membuktikan bahawa mentaliti rasis dan mengagungkan bangsa sendiri nyata masih tebal dalam sanubari umat Islam di negara ini, biar pun ajaran Islam yang sebenar (bukan Islam Hadhari!) melarang umat Islam daripada bersifat assabiyyah dan bersikap taksub terhadap kaum atau puaknya.
Walaubagaimanapun, saya ucap terima kasih atas respon yang diberikan tidak kira sama ada ianya bersifat konstruktif atau yang hanya sekadar untuk melepas kemarahan. Juga buat teman-teman yang sentiasa menyokong perjuangan menegak hak dan keadilan di bumi Malaysia ini sama ada yang jauh dan dekat, saya ucap berbanyak terima kasih atas dukungan dan sokongan kalian.

14 ulasan:

afifi berkata...

Go Najwan!! U can do it!! Balas lagi!! =)

Tanpa Nama berkata...

Wei afifi, die dah mengelabah tu... Biar padan muke.. Kene buang Universiti best Lagi bagus.. =)

syed ali berkata...

sdr Najwan,

usah gentar dgn ugutan. anda di pihak yang benar. anda berjuang utk hak dan keadilan.

teruskan perjuangan sdr Najwan. usah gentar!

Tanpa Nama berkata...

Salam perjuangan saudara Najwan..

Abaikan saja komen2 sampah2 ini..Ape yang berada dlm otak mereka,begitu benak..
Ntah aper yang untung menyokong kerajaan..Institusi kerajaan sekarang hanya boneka..Polis jadi tunggul..Menteri Anjing dan PM&KJ jadi najisnya..Berbau tapi x mendatangkan bahaya..Hanya Najis berat..Nak dikategorikan Najis jenis aper pn x boleh..Najis Mughallazah boleh disucikan tapi x tau najis ini nak dikategorikan ape?Suara rakyat telah bergema...Wahai pemimpin2 laknutalla bersiap sedia lah kamu..Kami dari EXCO2, perajurit2 Islam bakal menggegarkan Dunia Palsu kamu..

DPPKHL.

Tanpa Nama berkata...

Teruskan perjuangan saudara Najwan!!

Kami menyokong anda!!

Kepada DPPKHL,

Nak kutuk tu biarlah berpada-pada. Ikutilah contoh Rasulullah S.A.W. Kita umatnya jadi baginda perlu menjadi contoh tauladan.

Memang benar kerajaan dan pucuk pimpinan melakukan kesilapan, tetapi kesilapan itu harus ditegur dengan cara yang betul.

Baginda Rasulullah S.A.W tidak pernah sesekali pon mencerca atau menghina musuhnya walaupun baginda dengan begitu kejam sekali dicerca.

Jadi, saya harap kita sebagai anak muda dan bakal menjadi pemimpin masa hadapan mempunyai akhlak dan kebijaksanaan seperti yang di tunjukkan oleh Rasulullah S.A.W..

Sekadar memberi pendapat..

Assalammualaikum..

-SALAM PERJUANGAN-

berita penting berkata...

Najwan!!!

Saya terdengar khabar bahawa Penglibatan saudara di perhimpunan haram telah diketahui oleh Pihak Universiti. Mereka mempunyai bukti mengenai penglibatan saudara pada hari tersebut berdasarkan gambar-gambar yang diambil.. Dinasihatkan jikalau ada gambar-gambar yang boleh menjadi bukti, sila lenyapkan..

Semoga Allah menlindungi saudara

-salam perjuangan-

shenyeeaun berkata...

haha

muqay berkata...

cerita boleh dibuat, setakat kata gambar diambil tu buang jer tepi longkang, banyak lagi pegawai yang ada hari tu.

afifi berkata...

the first two comments kt atas tuh seems like the same person.

it wasnt me yg post the first comment. ke ramai kawan ko nama afifi nih. hahah.btw, God bless sahabat!

p/s:from now onwards, aku akan log in utk post comment.

Tanpa Nama berkata...

BURUNG HITAM nak kene BUANG dari uniten ke?? hahhaaahahahahahahahahahahhaahahahhahahahahahahhahaha!!!!! Cepat2 la ye.. X sabar rase nye.. =)

Tanpa Nama berkata...

-salam perjuangan-

Assalamualaikum..Terima kasih atas komen saudara di atas. Saya bersetuju dengan komen2 membina anda..Tapi kalau kita lihat semula perjuangan Islam mestilah lengkap..Kalau dilihat di zaman Rasullallah, Islam lengkap dengan pejuang2 islam seperti Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali.. Siapa itu Omar?merupakan Singa Allah..Seorang yang tidak gentar dengan musuh..Kenapa perlu ada Mohd Sabu dlm perjuangan Pas?Kenapa perlu ada Nik Aziz dalam Pas?2 orang yang sungguh berbeza dalam perwatakan mereka..Saya tak perlu menjawab bagi pihak saudara..Fikirkanlah..Bagi saya satu perjuangan satu matlamat..Tapi berlainan cara..Klu -salam perjuangan- merasa cercaan saya cercaan kosong atau tindakan yang salah itu terpulang...Saudara berhak memberikan pendapat..Bagi saya seorang pejuang yang lembut seperti saudara perlu juga ada dalam suatu perjuangan..Tetapi Bagi saya perubahan perlu ada untuk merubah dunia.

DPPKHL

teman jauh berkata...

Perhatian!

Berita yang mengatakan bahawa sdr Najwan dipanggil oleh pihak universiti atas dakwaan bahawa beliau terlibat dalam perhimpunan aman di Kuala Lumpur tempoh hari adalah palsu dan dusta semata-mata.

Harap teman-teman usah percaya dengan khabar-khabar angin yang hanya bersifat provokatif dari sumber yg nyata tidak jelas dan hanya mengeluarkan kenyataan secara samar-samar.

Apa yang seharusnya kita percaya ialah bahawa semua mahasiswa yang ikut serta dalam perhimpunan rakyat tempoh hari nyata datang bukan sebagai mewakili universiti tetapi dtg atas kapasiti mereka sebagai rakyat malaysia yang punya hak dalam menyuarakan pendapatnya.

terima kasih

Tanpa Nama berkata...

najwan,

lu jangan gentar atau goyang la ngan khabar angin ni sume. gua support lu dr blakang aa. cam kita ramai2 masa kat sekolah dulu la. haha.

sahabat lama

salah faham berkata...

Diambil dr berita penting,

""Najwan!!!

Saya terdengar khabar bahawa Penglibatan saudara di perhimpunan haram telah diketahui oleh Pihak Universiti. Mereka mempunyai bukti mengenai penglibatan saudara pada hari tersebut berdasarkan gambar-gambar yang diambil.. Dinasihatkan jikalau ada gambar-gambar yang boleh menjadi bukti, sila lenyapkan..

Semoga Allah menlindungi saudara

-salam perjuangan- "

Kalau kita baca betul2, berita penting tidak menulis langsung tentang saudara Najwan telah dipanggil oleh pihak Universiti.. Jadi berita mengenai saudara Najwan dipanggil oleh pihak Universiti mmg lah palsu dan telah disalah tafsir oleh sekalian yang memberi komen.

Apa yang hendak disampaikan adalah khabar yang si penulis terdengar iaitu pihak universiti mendapat maklumat mengenai penglibatan saudara.. Bukan Pihak Universiti telah memanggil saudara Najwan..

Tiada unsur provokasi langsung dlm mesej tersebut malah berita penting cuba memberitahu dan membantu saudara najwan supaya berhati2..

Baca dulu sebelum memberi komen..