Si beruk hitam melalak lagi!
"Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalanraya tetapi bertanding dalam gelanggang pilihanraya umum. Kita yakin kita akan menang menentang mereka." -Khairy Jamaluddin, 6 November 2007
"Beruk" dan "monyet".
Dua butir nama ini cukup popular di bibir Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar atas) dalam tahun ini. Selepas melabel komuniti penulis blog sebagai "monyet" beberapa bulan lalu, kelmarin beliau yang diketahui umum sebagai bekas graduan Universiti Oxford (ada cerita yang mengatakan beliau sekadar lulus dengan CGPA 2.26) melabel para aktivis pembangkang sebagai "beruk" pula.
Merujuk kepada kenyataan di atas, Khairy jelas menujukannya kepada para aktivis dan rakyat yang bakal hadir membanjiri Dataran Merdeka untuk ikut serta memberikan sokongan dalam perhimpunan aman anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH) yang bakal diadakan pada 10 November ini.
Persoalannya, jika para demonstran yang bakal ikut berarak dalam perhimpunan aman anjuran BERSIH Sabtu ini dilabel sebagai "beruk", apakah pula label yang sesuai diberikan kepada Khairy dan peserta-peserta demonstrasi membantah kehadiran Setiausaha Negara Amerika, Condoleeza Rice yang diketuai olehnya pada tahun lalu?
Menurut satu sumber, apabila diajukan tentang perkara ini, Khairy menyatakan bahawa perhimpunan membantah Condoleeza Rice tersebut telah diberikan permit oleh pihak polis dan dari itu mereka (yang ikut berhimpun bersama Khairy, majoritinya Pemuda UMNO) tidaklah layak dikategorikan sebagai beruk.
Mungkin Khairy tidak faham dan kurang mengerti apa itu makna demokrasi dan hak asasi. Jika di Eropah dan Amerika Syarikat, perhimpunan serta protes aman menjadi sesuatu yang lumrah dan diraikan. Perhimpunan yang adakalanya mencecah jutaan peserta tidak pula berakhir dengan rusuhan dan keganasan. Ini jelas berbeza dengan situasi di Malaysia di mana perhimpunan yang pada asalnya berjalan secara aman dan tertib berakhir dengan rusuhan dan kekecohan lantaran dicemari oleh provokasi polis.
Khairy seharusnya cerminkan diri sebelum melabel orang lain sebagai monyet dan beruk. Beliau sepatutnya ingat bahawa ketika hari penamaan calon pilihanraya kecil Ijok beberapa bulan yang lalu, perwatakan serta karakter beliau sendiri yang lebih menyerupai binatang yang gemar disebutnya itu. Melalak, menjerit dan mencarut!
Dan kelmarin beliau melakukannya lagi tetapi kali ini lebih memalukan kerana makiannya dilafazkan di dalam Perhimpunan Agung UMNO; majlis yang seharusnya jadi medan perbahasan tentang permasalahan dan untung nasib bangsa Melayu!
Inilah akibatnya jika "beruk" yang disuruh berucap. "Beruk" jualah yang tahu disebutnya!



9 Ulasan:
khairy + beruk = khairuk
persetankan beruk.. eh.. ehh.. persetankan khairy.
huhhh,...ko ikut serta ke sabtu nih?
Hoyyyyyyy!!!! Khairy bercakap tentang survaival Melayu la!!!
-Trojan of UMNO
hi najwan...sihat ke?
sesekali singgah la blog kami nih...
macam-macam ada...tapi bukan astro la kaan...
babaiii...
Benar kata-kata penulis...
Sewaktu demonstrasi condoleza rice di KLCC - Hari Jumaat, Boleh dikatakan hampir semua peserta (putra umno + mat rempit) tidur dibawah pokok dan tidak solat jumaat, tapi itulah hakikatnya KJ bukannya melahirkan putra umno sebenarnya tapi beruk2 dari rempit jalanan, so kita boleh declare KJ = BAPAK BERUK, Kerana cuma beruk2 saja yang x solat jumaat dan bagaimana nak menentang YAHUDI jika tanggungjawab kpd ALLAH pun fail...
Najwan maaf nak cakap.. Tapi rase2 kulit saudara tu same warna dengan orang yang dikutuk tu.. HITAM... SGT HITAM DAN TERLALU HITAM la Najwan.. Terlalu hitam buat orang melayu.. saudara Melayu ke? Saya nasihatkan sebelum kutuk warna orang periksa warna kulit tu dulu..
biar hitam kulit,
jangan hitam hati.
biar hati hitam sebab rokok,
jangan hitam sebab dosa.
renungkan.
Jadi Betul lah najwan ni hitam.. Al-Kisah...
Najwan cakap orang, die pon hitam macam beruk... Khairy beruk hitam, NAjwan pon same lah BERUK HiTAM... Tapi beruk hitam khairy tu pandai sikit lah daripada budak hingusan NAJWAN HITAM yang Bodoh ni...
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
Pautan pada catatan ini:
Buat Pautan
<< Laman utama