Iklan

Isnin, November 12, 2007

Menganalisa Kerencatan Seorang Menteri Penerangan

Di bawah saya paparkan transkrip wawancara telefon antara stesen berita antarabangsa Al Jazeera dengan Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Seri Zainuddin Maidin (Zam) berkenaan dengan perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH) di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Anda boleh nilai dan perhatikan sendiri betapa lemahnya Zam dalam menjawab persoalan-persoalan yang ditujukan kepadanya ketika wawancara ini. Penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah serta kecelaruan hujah beliau secara tidak langsung mencerminkan inilah kualiti menteri-menteri di negara ini. Zam juga gagal mengawal emosinya apabila terus-menerus menuduh Al Jazeera sebagai antara penyebab perhimpunan tersebut berlaku.
Sama-sama kita nilai...
Al Jazeera: Why are protesters being sprayed with Chemical filled water?
Zainuddin Maidin: I am watching, I hear. It is not as what you have been trying to do this, to do it everywhere but in Malaysia people are laugh you. We know our Police at last have allowed this procession to go to Istana Negara you know. Do Police, First Police might be have handled them with tear gas. Police don’t, don’t fire anybody.
Al Jazeera: Our correspondent came back to our office with chemicals in his eyes...
Zainuddin Maidin: This is the way, your idea is that what you are trying to project what is your mind, you think we are Pakistan, we are Burma, we are Myanmar. Your thinking.
Al Jazeera: Well unfortunately when you refused to let people to protest, it does appear so.
Zainuddin Maidin: That is why we are not like you. That is why you have early perception. You come here and you want to project us as like undemocratic country. This is a democratic country.
Al Jazeera: So why can’t people protest then if it is a democratic country?
Zainuddin Maidin: First people protest. We are allowing protest and they have demonstrated. But when we try to disperse them, and then later when they don’t want to disperse. But later our Police compromise. They have compromised and allowed then to proceed to Istana Negara. Police, our Police have succeeded in handling them gently, right? Why don’t you report that and you take the opposition, someone from the opposition party, you asked him to speak and you don’t take from the Government, right?
Al Jazeera: Why did you not break up these protesters more peacefully?
Zainuddin Maidin: Pardon, pardon.
Al Jazeera: Why did you not break up these protests more peacefully?
Zainuddin Maidin: I can’t hear you. I can’t hear you.
Al Jazeera: Why did you not break up these protests more peacefully?
Zainuddin Maidin: No, we are, first this is illegal. We don’t want, normally this demonstration..
Al Jazeera: OK, let me return to my former question: why is the protest illegal?
Zainuddin Maidin: Yeah it is illegal. First is because we have the election in Malaysia. No point of having a protest. We are allowing, we have an election every five years, never fail. We are not like Myanmar, not like other country. And you are helping these. You at Al Jazerra is also helping these, these forces. You know these forces who are not impatient, who don’t believe in democracy.
Al Jazeera: Many thanks for joining us.
Apa kata anda? Jika dianalisa satu demi satu jawapan yang dikemukakan oleh Zam, jelas menunjukkan bahawa Menteri Penerangan ini merupakan seorang yang tidak fasih berbahasa Inggeris serta kurang berkemahiran dalam menjawab soalan media. Berikut saya titipkan beberapa ulasan tentang jawapan-jawapan Zam kepada Al Jazeeera:
  1. Perhatikan jawapan Zam untuk soalan pertama yang dikemukan kepadanya. Ulas beliau,"...but in Malaysia people are laugh you." Sepatutnya beliau harus berkata,"...but in Malaysia people are laughing at you." Jelas, penguasaan bahasa Inggeris beliau lintang-pukang dan kucar-kacir. Apakah tahap penguasaan bahasa sebegini patut ada pada seorang menteri? Lebih memalukan beliau merupakan Menteri Penerangan!
  2. Seterusnya, perhatikan jawapan Zam untuk soalan kedua yang ditanyakan kepadanya. Jawab Zam,"...you think we are Pakistan, we are Burma, we are Myanmar." Persoalannya, apakah Burma dan Myanmar merupakan dua buah negara yang berlainan? Anda harus ingat bahawa kenyataan ini keluar dari mulut seorang Menteri Penerangan Malaysia!
  3. Perhatikan respon Zam untuk soalan ketiga dan keempat yang ditujukan oleh Al Jazeera kepadanya. Dalam jawapannya untuk soalan ketiga, Zam secara tegas menyatakan,"This is a democratic country." Pun begitu, Zam kemudiannya terperangkap di dalam kebodohan apabila Al Jazeera mengemukakan soalan seterusnya: "So why can’t people protest then if it is a democratic country?" Jawab Zam: "First people protest. We are allowing protest and they have demonstrated. But when we try to disperse them, and then later when they don’t want to disperse. But later our Police compromise. They have compromised and allowed then to proceed to Istana Negara. Police, our Police have succeeded in handling them gently, right?" Saya pohon anda bantu saya, apakah sebenarnya yang cuba dinyatakan oleh Zam menerusi jawapannya ini?
  4. Al Jazeera seterusnya menanyakan tentang sebab mengapa perhimpunan tersebut (perhimpunan BERSIH) dikatakan sebagai sebuah perhimpunan haram dan perhatikan jawapan Zam: "Yeah it is illegal. First is because we have the election in Malaysia. No point of having a protest. We are allowing, we have an election every five years, never fail. We are not like Myanmar, not like other country. And you are helping these. You at Al Jazerra is also helping these, these forces. You know these forces who are not impatient, who don’t believe in democracy." Sambil membela kerajaan dengan hujah kononnya pilihanraya berjaya dianjurkan lima tahun sekali di negara ini dan tidak ada gunanya berhimpun untuk membantah, Zam secara emosional turut membidas Al Jazeera dengan menyifatkan stesen media itu merupakan antara penyebab tercetusnya perhimpunan rakyat pada hari itu. Zam secara dangkal turut melabel para peserta perhimpunan sebagai "tidak sabar" dan "tidak percayakan demokrasi".

Saya mahu tanya Zam, apakah demokrasi itu hanya sekadar dengan mengadakan pilihanraya umum (yang penuh penipuan dan penyelewengan) setiap lima tahun sekali? Apakah beliau tidak tahu bahawa demonstrasi, kebebasan berhimpun dan bersuara merupakan salah satu daripada hak rakyat yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan? Apakah beliau tidak pernah belajar bahawa kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun juga merupakan antara sendi demokrasi yang paling asas?

Anda boleh nilaikan sendiri. Apakah kita mahu mengangkat pemimpin yang bodoh seperti Zam ini lagi?

16 ulasan:

Mohanaraj Gopala berkata...

Spot on. I thoroughly enjoyed your analysis. It made my evening.

Tanpa Nama berkata...

camne daa bole jadik menteri penerangan kalu nk menerangkan sesuatu pon jadik masalah? ishh people are laugh at u la zam. what is your mind aa? we are tanah melayu, we are malaysia. memang kelakar abah aa aku baca dialog ni. cam baca ujang lak. dah la ckp pointless. serius aku xpaham apa point dia nak ckp.

GOblok atau GOblog?? berkata...

Najwan, CGPA brape? Nak jadi pemimpin kene bijak.. Dgr2 CGPA tu cukup MAKAN je.. Sampai 3.0 ke?? Sampai seorang MENTERI pon boleh dapat COP BODOH dari saudara.. BUKAN menteri shj, malah PERDANA MENTERI pon dapat COP BODOH dari saudara.. Saudara tu PANDAI ke Bodoh.. GOblok atau GOblog?

Khairi tu KONONnya CGPA beliau rendah tapi Grad dari OXFORD.. Ranking num 3 this year..

Uniten top 500 pon xde.. Xyah cite la CGPA die brape.. Dah masuk OXFORD tu pon dah kire bagus.. Saudara boleh masuk ke? Komen orang nombor 1.. Semua orang die nk tibai.. Skrg nk komen MENTERI.. Dahsyat Dahsyat... Ilmu tu dh cukup tinggi ke? Seluar dalam beli sendiri ke Mak yang beli lagi??

Kalau nak tahu, orang Yang ade PPE( Phils, Politic n Economy) boleh kire dgn jari kat Malaysia ni.. Termasuklah KJ..

Kalau nk compare saudara grad dengan Degree M.E dr Uniten tu macam langit dengan bumi...

Kalau rase diri tu hebat sgt ganti lah tempat Zainuddin tu.. Nk bertanding MPP di Uni sendiri pon kecut ni nk tunjuk pandai pasal politik..

Dato' Seri Anwar tu lain lah, die dah grad, ilmu dan pengalaman beliau cukup tinggi.. So x kesah lah kalau die yang komen..

Cukupkan ILMU tu dulu NAJWAN.. Jangan pandai komen dan menulis je, tapi sebenarnye x cukup ilmu.. Jadi siapa yang BODOH skarang ni??

TEPUK DADA TANYA SELERA...

-Hanya nak MENYEDARKAN-

Goblok atau goblog berkata...

Najwan, CGPA brape? Nak jadi pemimpin kene bijak.. Dgr2 CGPA tu cukup MAKAN je.. Sampai 3.0 ke?? Sampai seorang MENTERI pon boleh dapat COP BODOH dari saudara.. BUKAN menteri shj, malah PERDANA MENTERI pon dapat COP BODOH dari saudara.. Saudara tu PANDAI ke Bodoh.. GOblok atau GOblog?

Khairi tu KONONnya CGPA beliau rendah tapi Grad dari OXFORD.. Ranking num 3 this year..

Uniten top 500 pon xde.. Xyah cite la CGPA die brape.. Dah masuk OXFORD tu pon dah kire bagus.. Saudara boleh masuk ke? Komen orang nombor 1.. Semua orang die nk tibai.. Skrg nk komen MENTERI.. Dahsyat Dahsyat... Ilmu tu dh cukup tinggi ke? Seluar dalam beli sendiri ke Mak yang beli lagi??

Kalau nak tahu, orang Yang ade PPE( Phils, Politic n Economy) boleh kire dgn jari kat Malaysia ni.. Termasuklah KJ..

Kalau nk compare saudara grad dengan Degree M.E dr Uniten tu macam langit dengan bumi...

Kalau rase diri tu hebat sgt ganti lah tempat Zainuddin tu.. Nk bertanding MPP di Uni sendiri pon kecut ni nk tunjuk pandai pasal politik..

Dato' Seri Anwar tu lain lah, die dah grad, ilmu dan pengalaman beliau cukup tinggi.. So x kesah lah kalau die yang komen..

Cukupkan ILMU tu dulu NAJWAN.. Jangan pandai komen dan menulis je, tapi sebenarnye x cukup ilmu.. Jadi siapa yang BODOH skarang ni??

TEPUK DADA TANYA SELERA...

-Hanya nak MENYEDARKAN-

QingZhen berkata...

kesian kat Menteri Penerangan Malaysia sorang nie... mungkin, gabra didekati 'mat salleh' kot. ape2 pun, nak jd menteri...jgn biar kita malukan negara. kalau dah 'malaysia boleh'...speaking mesti la bole. kan? sabo je la eh sedare najwan, lain org lain komennye... pendapat masing2. ni kan free country... tp satu la nk ckp, 'bersih' bukan perhimpuanan utk protes... sape suruh polis wat carca marba kat situ. itukan perhimpunan aman asalnya? berani kerana benar...kalau salah, jgn la melatah. kan.

afifi berkata...

najwan, ko ingat tak zam nih penah buat bantahan kpd BBC sbb bg ruang kpd DSAI. aku wonder kalo orang BBC tuh paham ke tak ape yg mamat nih bantahkan..hahah.

Pemerhati berkata...

Kalau lah maser MAMAK ni blajar dulu kerajaan dah wajibkan Matematik& Sains dlm BI,mesti cemerlang, gemilang dan terbilang result dia...err lupa, temberang...HAHAHAHA...

berita penting berkata...

Najwan!!!

Saya mendengar khabar bahawa Penglibatan saudara di perhimpunan haram telah diketahui oleh Pihak Universiti. Mereka mempunyai bukti mengenai penglibatan saudara pada hari tersebut berdasarkan gambar-gambar yang diambil.. Dinasihatkan jikalau ada gambar-gambar yang boleh menjadi bukti, sila lenyapkan..

Semoga Allah menlindungi saudara

-salam perjuangan-

Syeikhryz Ibnu Al-Haymdan berkata...

goblok..anda jgn jadi bodoh bila ckp org yg dpt ppe dari oxford sikit&boleh bilang dgn jari....course tu dah lama dan merupakan kos asal kat sana..org malaysia batch awal p oxford dulu ramai yg amik..lagipun,apa mulia sgt ke bila dpt belajar kat oxford?.

najwan goblok atau goblog berkata...

Saudara syeikh ibnu al-haymdan menuntut dimana? Ckp macam dah ada PHD.. Dah ade ke? Ke Goblog macam saudara Najwan yang x berani nk memberitahu CGPA nye berape? Rendah sangat ke CGPA tu? Sampai nak putar alam cerita hal2 yang x berkaitan.. GOBLOG!!!!

akuorangbiasa berkata...

heheheh goblog sekor ni dh mati idea nk lwn camne...patutnye sini kite discuss tentang topik menteri ni...bukan topik moderator blog...hahahahah....adeeehh bodo gak rupenye budak nih...takpe la beb...camne pun wa caya sama lu goblog...lu bagus beb wa tau...lu mmg penyokong setia barisan...bagus tu...mmg respek la...jarang org beb nk jadi mcm ko goblog...btul nih aku ckp!! bangga beb!!

pazal zam ni...xnak komen byk la...sume dh diperkatakan...zam mmg B O D O

Syeikhryz Ibnu Al-Haymdan berkata...

salam goblok...apakah perlu di nilai ada PhD baru boleh bagi pendapat?...kalau saya ada PhD pun kenapa?...apakah jika saya di takdirkan xde PhD maka saya ni bodoh dan goblok mcm anda?,.,,hahahahhahahha....anda jgn salah fhm.saya xde niat nak masuk campur anda bertelingkah dgn najwan,saya cuma nak betulkan fakta anda yg PPE di malaysia boleh di bilang dgn jari...sejak oxford mula di buka masa pencerahan dulu,kos PPE memang dag ada dan yg menariknya,rata-rata anak bangsawan melayu yg p belajaq kat oxford dulu masa batch awal,semua amik PPE&law...so apa yg anta nak heboh sgt si khairy tu dpt belajar oxford?...saya sendiri pun buat pengetahuan anda BERKELULUSAN PPE...apakah ini bermaksud saya lagi mulia dan layak berbicara soal politik dari anda?...tidak kawan ku,ilmu politik dan ilmu sains politik berbeza.....saya,khairy mungkin terdidik dlm bidang PPE,tapi ini xbermakna saya dan khairy hebat dari sahabat2 yg berkelulusan bidang lain...mantan PM Dr M sendiri berkelulusan perubatan,tapi adakah dia lagi lembab berbanding ghazali shafie yg berkekulusan sains politik?....anda nilaikan sendiri....kalau org kelulusan lain xboleh ckp psl politik,sudah semstinya PM kita sekarang xlayak..anda tau dia kelulusna apa?....fikirkan sahabat!

PESEPSI UKM berkata...

Mengikut dari teman-teman saya di Uniten, Syeikhryz dan Najwan ni sama spesisnya.. Mereka Adalah Ayam di Universiti masing-masing.. Suka BERKOKOK!!! Buat kerja x tahu... Penuh dengan falsafah konon, tapi haprak.. Apa sumbangan anda kt universiti? Kepada mahasiswa? Selain berKOKOK tapi x ada hasilnya.. Syeikhryz ni pulak nak berangan di sama tarafkan dengan khairy.. X malu ke? BAru belajar kt UKM yang br JATUH RANKING ada hati nak samakan tarafnya dengan graduan OXFORD!! Cermin diri Syeikh.. Jangan buat malu diri Syeikh..

remaja melayu berkata...

adeii... nape byk sgt ngutuk2 nih??

alah.. gado psl course.. kecik pny hal..

nk tggu PHD baru lyk bg pndpt la ek??

mazhab mana la korg nih.. x matured lgsg.. pe salahny die nk bg pendpt?? demokrasi kan??

adoi.. fenin2 perangai dak kite.. stereotaip.. teruk drp budak kecik...

ni la bahana AUKU.. melahirkan siswa2 yg pondan.. sori 2 say la...

subhanallah... jgn hrp org kite nk maju kalo perangai camni...

akhi najwan... x pyh peduli ngn pendpt pondan2 ni sume... teruskan perjuangan anda.. namun sesekali tu muhasabahlah diri supaya x tergelincir... ana doakn kejayaan anta..

salam

Tanpa Nama berkata...

can a girl leave a comment? or people will also judge me as a girl (dat my opinion could be tak leh pakai?)i terbuka je page ni tp rs nk say smthg.

anyway, i have master, not yet phd. is dat counts? it's not. phd pun apa lah sgt.. setitik dr ilmu Allah saudara2ku! - and am i good in
politics? nope. so i have to agree that anybody could say anything kalau betul nk amalkan demokrasi. i also have to agree that ZAM has a very poor english command, well, what to do.. sbb tu nabi suh pilih pemimpin berilmu supaya org x kutuk mcm ni la. Tapi jgnla kata dia bodo.. kata tak bape pandai dah la. :)

Then, I also have to agree dat kelulusan bidang apa pun x menjamin kredibiliti smbdy as a leader. I respect our ex PM Mahathir sbb sgt berkepimpinan n byk idea, tp i also sgt2 respect Nik Aziz sbb tinggi sungguh ilmu agamanya. Kan ke bahagia kalau kedua-duanye bersatu hati dlm pucuk pimpinan? (which will never epen). Pak lah? ermm no comment. Nnt kene antar ISA :p

You guys jgnla bertekak lagi. also for the moderator, u can say anything u could..tp kene ingat juga bercakap tanpa tindakan ialah sesuatu yg sia2. Tapi mungkin sbb malaysia belum sepenuhnye demokratik, kalau tak mcm zaman dulu2, akhbar memainkan peranan penting mengubah minda masyarakat. kalau tak boleh la pandangan saudara dan tukang2 komen yg lain disiarkn di jadikan satu platform utk mengubah kepimpinan negara!

so, buat la sesuatu. mulakan dgn tulisan, akhirkan dgn tindakan.

Salam Islam, bukan Islam Hadhari.

.sue.

Tanpa Nama berkata...

Apa aaa korg nie gduh psl CGPA, course apa univ apa bla3..Rasulullah dlu xreti bca pun, but he knew the difference between what's wrong and whats right and thats what made him the best leader. The point here is not to say that Mr. Zainuddin Maidin doesn't know the difference between right and wrong, but just to suggest that a college degree/master/phd is not a necessary factor for someone to be good enough to speak his/her mind. So biar laa Encik Najwan nie kluarkan pendapat dia, asalkan dalam batas2 agama.