Iklan

Jumaat, November 09, 2007

"Beruk" jalanan sudah wujud sejak 61 tahun dahulu...

Semalam, saya berkesempatan menonton filem 1957: Hati Malaya, sebuah filem terbitan Pesona Pictures yang diarahkan oleh Suhaimi Baba. Desas-desus yang mengatakan bahawa inti filem ini bersifat propaganda sememangnya berasas. Masakan tidak kerana sepanjang perjalanan cerita ini, hanya UMNO yang ditampilkan sebagai parti tonggak yang mengasaskan perjuangan menuntut kemerdekaan. Peranan KMM, Hizbul-Muslimin, API dan lain-lain pergerakan yang menentang penjajahan seolah-olah sengaja dilupa dan dipinggirkan.
Begitu pun, apa yang cuba saya nukilkan di sini bukanlah persoalan siapa lebih layak diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan sebenar. UMNO juga sememangnya punya peranan yang besar dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, pun begitu seharusnya jasa serta pengorbanan pertubuhan serta parti-parti politik lain selain UMNO sewajarnya turut diiktiraf dan dihargai.
Apa yang menarik perhatian saya ialah ketika mana menyaksikan babak demonstrasi anti Malayan Union yang disertai oleh para nasionalis Melayu yang berhimpun di hadapan Hotel Station Kuala Lumpur (gambar atas) yang berlaku pada tahun 1946. Pada waktu itu, kelihatan para pejuang Melayu melaung-laungkan slogan anti British serta mengecam pembentukan Malayan Union yang secara samar mengikis kuasa Raja-raja Melayu.
Peristiwa bersejarah ini berlaku di hadapan Stesyen Keretapi Kuala Lumpur dan disertai oleh ratusan pejuang Melayu yang menuntut agar hak dan kedaulatan Raja-raja mereka tidak diragut oleh penjajah British. Dan esok, satu lagi peristiwa bersejarah bakal berlaku di Kuala Lumpur, di dataran tempat YTM Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka" pada tengah malam 31 Ogos 1957.
Perhimpunan aman anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH) ini dijangka bakal disertai hampir 100,000 rakyat yang prihatin dan sedar akan hak dan kedaulatan mereka sebagai warganegara Malaysia yang bebas dan merdeka.
Jika 61 tahun lalu, datuk-datuk dan nenek-nenek kita berarak membantah Malayan Union dan mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu, maka esok kita akan berarak membantah kepincangan sistem demokrasi negara ini dengan menuntut agar pilihanraya negara dibersihkan dari pada kebobrokan dan penyelewangan yang selama ini dilakukan oleh kerajaan UMNO-BN. Esok kita semua akan berarak menuju Istana Negara, merafak sembah ke atas DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan menyerahkan tuntutan kita seterusnya kembali bersurai secara aman.
Abaikan Khairy Jamaluddin serta pengkhianat-pengkhianat bangsa dan negara yang lainnya! Beliau boleh melabel kita "beruk" tapi barangkali beliau lupa atau sememangnya tidak tahu bahawa "beruk-beruk" ini sebenarnya sudah wujud sejak dari tahun 1946 lagi. Dan majoriti "beruk-beruk" jalanan yang membantah pembentukan Malayan Union 61 tahun dahulu merupakan ahli United Malays National Organization!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wahai beruk2 malaya skalian..
Marilah kita bersama mengimarahkan perhimpunan itu nanti..
same2 menyokong untuk membersihkan najis2 yang terpalit pada negara..
Abaikan segala kesulitan, barua2 UMNO kita hapuskan...

Same2 kite tegakkan keadilan.

DPPKHL

Tanpa Nama berkata...

damn. gua x dpt join la. siot la. kirim salam la kpd sume pejuang keadilan! luku sket kepala si khairy tu skali utk gua. haha.

Tanpa Nama berkata...

bukan setakat luku ludah pun ana bleh..
X elok ma...
Tapi serious ana ade dengar ceramah ari 2..barangsiapa yang menyokong UMNO maka ia termasuk dalam golongan munafik..
Kata2ana jangan anta semua amik bulat2..
Cube fikirkan kata ana..bukan kafir mengkafirkan,tetapi barangsiapa yang menolak perjuangan islam nerakalah tempatnya.

DPPKHL

Tanpa Nama berkata...

Najwan..bila nak tulis entry pasal 'kebodohan dan kebahlulan' Menteri Penerangan kita..Zam Hitam.Tolong ulas sikit kawalan bahasa inggeris dan jawapan yg amat memalukan semasa interview dgn Al-Jazeera...

halim_cd berkata...

...tapi syed hussein al attas kata KJ ni anak muda yang berbudi bahasa...pelik jugak ye...

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_508a83de-cabec5bb-7c789400-8118f940