Selasa, November 13, 2007

Apabila Monyet Jadi Menteri...(2)

Ini Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

Ini pula anak lelaki Datuk Seri Nazri Aziz bersama-sama dengan teman-teman wanitanya...


_________________________________________________________

"Don't try to drag the King into this. The King and the people are behind us. They (the opposition) are afraid to face the next elections. If you've no courage, don't become a pondan."

-Datuk Seri Nazri Aziz, 12 November 2007

Selepas menghina para peguam yang menyertai perarakan "Walk for Justice" di Putrajaya bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz sekali lagi menonjolkan kerencatan pemikirannya dengan menggelar aktivis politik pembangkang sebagai "pondan" dan memiliki "otak yang gagal berfungsi dengan baik".

Nazri, sebagaimana dipetik oleh laporan akhbar Malaysiakini mengulas persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Che Azmi A. Rahman di persidangan Dewan Rakyat semalam, berkenaan dengan rasional perhimpunan rakyat anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH) tempoh hari. Beliau (Nazri) menyatakan bahawa adalah sia-sia untuk cuba memahami sebab di sebalik perhimpunan tersebut memandangkan "otak ahli pembangkang gagal berfungsi dengan baik". Beliau turut menambah:

"If I were to describe this in the language of today’s youths, I would have to say that the wires in their heads are severed. I don’t understand why they claim that the EC is unfair."

-Malaysiakini, 12 November 2007

Nazri seterusnya membidas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengatakan bahawa beliau (Anwar) akan kalah teruk sekiranya bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Nazri kemudiannya dibidas oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang yang mempersoalkan simpati pihak kerajaan terhadap para pejuang demokrasi di Myanmar sedangkan perkara yang sebaliknya berlaku di tanah air sendiri. Nazri secara angkuh mendakwa bahawa tindakan kerajaan menyokong demonstrasi di Myanmar ialah kerana di sana tiada demokrasi sedangkan di Malaysia demokrasi diamalkan melalui pilihanraya dan bukan melalui demonstrasi jalanan.

Sebetulnya kini saya kurang berminat untuk mengulas sebarang berita yang berkaitan dengan Nazri. Pun begitu memandangkan dalam tempoh beberapa hari ini barisan menteri di Malaysia mulai melatah gara-gara kejayaan perhimpunan aman BERSIH Sabtu lalu, syahwat saya untuk mengulas kenyataan-kenyataan "menggelabah" barisan menteri ini semakin bergelora.

Selepas Zainudin Maidin yang nyata "aib" setelah diwawancara oleh Al Jazeera diikuti oleh kenyataan Perdana Menteri yang merendah-rendahkan martabat Raja-raja Melayu, kini Nazri pula tampil dengan kedangkalannya dalam mengutarakan hujah.

Bayangkanlah, bermula dari Perdana Menteri sehinggalah kepada menteri-menteri kabinet, tiada seorang pun (sehingga kini) di kalangan mereka yang dapat memberi ulasan secara bernas dan rasional berhubung dengan perhimpunan aman BERSIH Sabtu lalu.

Saya teringat kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung MCA tidak berapa lama dahulu, menyatakan bahawa beliau mahu mendengar kebenaran meski pun ianya pahit untuk diterima.

Nah! Hampir 50,000 rakyat berarak menyatakan protes di Kuala Lumpur Sabtu lalu. Kebenaran yang bagaimana lagi yang mahu kau dengar, wahai Abdullah Ahmad Badawi? "Kebenaran" yang dilaporkan Zainuddin Maidin melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau "suara keramat" rakyat?

Label: , ,

12 Ulasan:

Anonymous JANGAN TAKBUR berkata...

Najwan, CGPA brape? Nak jadi pemimpin kene bijak.. Dgr2 CGPA tu cukup MAKAN je.. Sampai 3.0 ke?? Kalau sampai Bagus lah.. Khairi tu KONONnya CGPA beliau rendah tapi Grad dari OXFORD.. Ranking num 3 this year..

Uniten top 500 pon xde.. Xyah cite la CGPA die brape.. Dah masuk OXFORD tu pon dah kire bagus.. Saudara boleh masuk ke? Komen orang nombor 1.. Semua orang die nk tibai.. Skrg nk komen MENTERI.. Dahsyat Dahsyat... Ilmu tu dh cukup tinggi ke? Seluar dalam beli sendiri ke Mak yang beli lagi??

Kalau nak tahu, orang Yang ade PPE( Phils, Politic n Economy) boleh kire dgn jari kat Malaysia ni.. Termasuklah KJ..

Kalau nk compare saudara grad dengan Degree M.E dr Uniten tu macam langit dengan bumi...

Kalau rase diri tu hebat sgt ganti lah tempat NAzri tu.. Nk bertanding MPP di Uni sendiri pon kecut ni nk tunjuk pandai pasal politik..

Dato' Seri Anwar tu lain lah, die dah grad, ilmu dan pengalaman beliau cukup tinggi.. So x kesah lah kalau die yang komen..

Cukupkan ILMU tu dulu NAJWAN.. Jangan pandai komen dan menulis je, tapi sebenarnye x cukup ilmu..

-Hanya nak MENYEDARKAN-

November 13, 2007 3:42 AM  
Anonymous GOBLOK ATAU GOBLOG berkata...

Najwan, CGPA brape? Nak jadi pemimpin kene bijak.. Dgr2 CGPA tu cukup MAKAN je.. Sampai 3.0 ke?? Sampai seorang MENTERI pon boleh dapat COP BODOH dari saudara.. BUKAN menteri shj, malah PERDANA MENTERI pon dapat COP BODOH dari saudara.. Saudara tu PANDAI ke Bodoh.. GOblok atau GOblog?

Khairi tu KONONnya CGPA beliau rendah tapi Grad dari OXFORD.. Ranking num 3 this year..

Uniten top 500 pon xde.. Xyah cite la CGPA die brape.. Dah masuk OXFORD tu pon dah kire bagus.. Saudara boleh masuk ke? Komen orang nombor 1.. Semua orang die nk tibai.. Skrg nk komen MENTERI.. Dahsyat Dahsyat... Ilmu tu dh cukup tinggi ke? Seluar dalam beli sendiri ke Mak yang beli lagi??

Kalau nak tahu, orang Yang ade PPE( Phils, Politic n Economy) boleh kire dgn jari kat Malaysia ni.. Termasuklah KJ..

Kalau nk compare saudara grad dengan Degree M.E dr Uniten tu macam langit dengan bumi...

Kalau rase diri tu hebat sgt ganti lah tempat Zainuddin tu.. Nk bertanding MPP di Uni sendiri pon kecut ni nk tunjuk pandai pasal politik..

Dato' Seri Anwar tu lain lah, die dah grad, ilmu dan pengalaman beliau cukup tinggi.. So x kesah lah kalau die yang komen..

Cukupkan ILMU tu dulu NAJWAN.. Jangan pandai komen dan menulis je, tapi sebenarnye x cukup ilmu.. Jadi siapa yang BODOH skarang ni??

TEPUK DADA TANYA SELERA...

-Hanya nak MENYEDARKAN-

November 13, 2007 3:56 AM  
Anonymous Tanpa Nama berkata...

wan,

tak payah dilayan serangan begini. kita menulis berfakta, dia menulis penuh auta.

rileks, lawan tetap lawan!

November 13, 2007 12:23 PM  
Anonymous goblok atau goblog?? berkata...

persoalan belum dijawab..

November 13, 2007 1:08 PM  
Anonymous GOblok atau GOblog??? berkata...

Jikalau saya mengauta, balas lah dengan fakta nya... terutama bab CGPA tu dan lain-lain lagi.. JAWAP SATU PERSATU...

November 13, 2007 1:20 PM  
Anonymous Tanpa Nama berkata...

Anak Nazri memang pukemak!!!! kalu aku jumpa awek dia aku nak fuck jek! bapak dia pon macam celaka!
-UMNO gersang

November 13, 2007 2:06 PM  
Anonymous akuorangbiasa berkata...

perlu diingat CGPA ni bukan ukuran kepandaian kpale otak...mmg benar CGPA ni penting utk dpt keje...utk melawakan resume...utk membuktikan bhw ko "berjaya habiskan blajar di universiti dgn mengikut segala tunjuk ajar sistem tersebut"....tapi bergunakah anda?? ramai je aku nampak yg CGPA hebat tapi tuan macam haprak...so apsal CGPA nk dijadikan ukuran utk mengemukakan hujah?? mengapa "Khairuk" dijadikan ukuran?? hebatkah dia?? sape die?? sape die kalo nk dibandingkan dgn Bill Gates yg x lulus universiti....sape die kalo nk dibandingkan dgn tokoh2 lain yg lebih gah tanpa perlu bantuan result exam?? pelik kan?? sistem pendidikan kite seniri pun dh bape kali ubah....ni hishamudin ckp nk ubah lagi....ade something wrong la tuh....pikirkan....

November 13, 2007 4:20 PM  
Anonymous Tanpa Nama berkata...

jgn risau najwan, sahabat2 anda di UK yg CGPA 3.5 above, 1st class student from top university (cambridge, oxford, imperial, LSE etc) sentiasa menyokong perjuangan anda! i am one of them and there are massive numbers in silent waiting to speak up.. teruskan perjuangan!

November 13, 2007 7:38 PM  
Anonymous syed ali berkata...

Sdr Najwan,

Anwar Ibrahim juga diketahui bukanlah seorang yang cemerlang sewaktu beliau di Universiti Malaya ketika bergelar mahasiswa suatu ketika dahulu. Kesibukan dan keaktifannya dalam berorganisasi serta berjuang utk masyarakat menyebabkan beliau lulus dengan pencapaian yang sederhana.

Pun begitu, hari ini berkat keikhlasannya dalam memperjuangkan keadilan dan hak kemanusiaan sejagat, beliau diberkati dengan ketajaman pemikiran serta kebernasan ketika mengeluarkan hujah.

Sdr usah bimbang dgn cercaan dan serangan dari pemberi komen yang bernama goblok itu. Apa yg pasti, nama dia sendiri pun sudah mencerminkan kegoblokan (kebodohan) pemikirannya! Perhatikan bagaimana dia menulis komen. Langsung tidak mencerminkan semangat intelektual!

Ingat, CGPA bukanlah penentu kecemerlangan yg sebenar. Masyarakat tidak akan menilai kejayaan seseorang berdasarkan CGPAnya tetapi berdasarkan manfaat serta kebaikan yg diberikannya kpd org lain.

Teruskan perjuangan saudara Najwan! Saya bersama teman-teman yg lain akan sentiasa mendoakan kalian pejuang-pejuang keadilan dan kebenaran!

Semoga Allah sentiasa memberkati!

November 13, 2007 8:28 PM  
Anonymous Sheikh London berkata...

Saya tertarik dengan perenggan ini..

"Cukupkan ILMU tu dulu NAJWAN.. Jangan pandai komen dan menulis je, tapi sebenarnye x cukup ilmu.. Jadi siapa yang BODOH skarang ni??"

Saya hendak menambah, malah Angkasawan Negara juga digelar BODOH dan diperlekehkan saudara Najwan.. Seorang pakar perubatan dalam bidang ortopedik..

Tidak dinafikan, saya memang memuji saudara kerana saudara mempunyai idea dan mencerminkan keintelektualan dalam setiap hasil tulisan.. Tetapi semenjak akhir-akhir ini, kelebihan yang Allah s.w.t berikan kepada saudara telah digunakan untuk mencerca dan menghina seseorang..

Islam tidak mengalakkan ummahnya mencerca dan mengaibkan seseorang.. Setiap manusia ada silapnya.. Tetapi ia hendaklah ditegur dengan cara dan bahasa yang betul.. Kita orang MELAYU ada budi bahasa, jangan terikut-ikut masyarakat barat yang tidak berbudi bahasa... Kita perlu ada etika dan diplomasi dalam menegur seseorang, bukan dengan emosi..

Jika saudara ingin menunjukkan kematangan dan keintelektualan saudara, saudara perlu mengubah cara penulisan saudara.. Kita ada Kiasan melayu bukan?

Cukupkan ilmu dahulu..

November 13, 2007 10:46 PM  
Anonymous teman jauh berkata...

sheikh london,

sy merupakan antara pembaca setia blog ini. seingat saya sdr najwan tidak pernah sekali pun memperbodohkan dr sheikh muszaphar shukor.

sdr sheikh london boleh rujuk entri beliau bertajuk Bolehnaut bertarikh 12 Oktober 2007.

hati-hati dalam membuat tuduhan. sekadar mengingatkan.

November 13, 2007 11:53 PM  
Anonymous Cikgu Sejarah berkata...

Hahahha!
Ni lah mentaliti penjajah. Masih mementingkan keputusan peksa dari kebolehan.

Mmg ada betul juga, bukan semua org dpt peluang belajo di Oxford. Tapi kalau pikir pikir balik Mr Bean (Rowan Atkinson) pun belajo di Oxford dan terkenal di seluruh dunia (mungkin lebih terkenal dari Pak Lah sendiri) bukan kerana dia belajar di situ tapi sbb bakat dan usahanya sbg pelakon komedi.

Jadi pokoknya ialah "USAHA"!

So komen cikgu dalam penyata kemajuan berbunyi begini:
Khairy & Najwan teruskan usaha anda!
hahahhahah

November 15, 2007 9:41 PM  

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

Pautan pada catatan ini:

Buat Pautan

<< Laman utama