Iklan

Sabtu, Oktober 20, 2007

Warisan

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KAKi beruk merindui Anwar Ibrahim ketika berada di dalam UMNO dan kerajaan kerana pada masa itu situasi melihat gandingan Dr.M dan Anwar sangat secocok.

walaupun begitu, Anwar jatuh kerana dia buka jalan kearah itu. Yakni...dengan melawan Dr.M. Kenapa tidak mahu ikut tradisi sedangkan Dr.M mahu bagi kuasa kepada beliau sebelum 1998. Yang kedua, Anwar menentang polisi yang ingin diterapkan oleh Tun apabila Anwar dengar cakap IMF. Jika dgr cakap IMF...syarat utama ialah Hapuskan dasar kontrak sosial.

Yang ketiga, Anwar menentang dasar DEB walaupun dianggap tidak demokratik olehnya. Cina india persoal 30 percent, tetapi kenapa 70% yang mereka dapat (Cina, India and Foreigner) non Malay tak bising??

memang benar adanya cara pelaksanaan yang tidak kena dlm DEB. bayangkan jika benar Anwar ingin membela ekonomi semua kaum...beliau perlu teruskan dasar DEB dan bagi Melayu capai 30%..dan selepas itu bubarkan dasar itu dan gantikan dgn yang baru.

Kita perlu ingat, 30 % boleh dicapai dengan 2 perkara 1- Gubal cara perlaksanaan pemberian kontrak supaya tidak berlaku corruption 2- Melayu perlu ubah sikap, kerana melayu memang dah jadi penyakit malas sejak 466 tahun dahulu.

Doktrin tidak yakin sepanjang penjajahan itu telah menyebabkan jiwa melayu lemah. Apabila Merdeka, melayu baru nak naik..dan ia perlukan proses evolusi. Kita tidak boleh samakan Melayu dgn Cina, Japan dari segi kerajinan dan ketekunan since Melayu perlu anjakan paradigma selepas merdeka. Aku percaya, generasi 70an bermulanya kebangkitan Melayu di era Anwar..dan diteruskan kepada generasi ke3 iaitu kita.

Apa yang aku kata ttg DEB, tidak bermakna aku sokong selama-lama, kerana aku percaya 2 faktor utama yang sebabkan DEB dah rosak kerana orang2 atasan buat korupsi mcm sial..

ini hanyalah secebis pendapat, jika ada yang lebih bernas..boleh dibahaskan secara terbuka with no heart feeling.
-Kaki Beruk

Tanpa Nama berkata...

Kaki Beruk,

Apa maksud kau Anwar melawan tradisi? Setahu aku, sepanjang Anwar berkhidmat dibawah kepimpinan Mahathir, beliau menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan cukup baik Ini terbukti sehinggakan Anwar diberi kepercayaan memangku jawatan PM sepemergian Mahathir utk bercuti.

Tentang dasar ekonomi Anwar yg kau dakwa sebagai cenderung kepada IMF, apa buktinya? Ini hanya cakap-cakap puak-puak UMNO selepas Anwar disingkirkan. Seolah-olah nak menggambarkan Anwar sebagai seorang agen asing dan pengkhianat negara.

Ttg DEB, kau patut tahu bahawa Anwar antara penyokong kuat DEB ketika mana ianya mula dilaksanakan pada tahun 70an dulu. Anwar sendiri mengakui yg beliau cukup yakin dan mendukung DEB ketika mana beliau masih lagi pemimpin pelajar dan sehinggakan beliau di dalam kabinet pun, DEB masih terus dipertahankan.

Apa yang diperjuangkan Anwar sekarang bukanlah penentangan total terhadap DEB. Beliau melalui PKR sudah pun mengeluarkan alternatif atau pembaikan kepada DEB yg dikenali sebagai AEM (Agenda Ekonomi Malaysia). AEM dirancang dan dicadang sebagai suatu rangka usaha utk memakmurkan ekonomi Malaysia melalui agihan yang adil dan saksama buat rakyat.

Tentang Melayu dan kemalasan dsbnya, masalahnya ialah UMNO. UMNO terus kekal membodohkan Melayu dan rakyat Malaysia.

Berubahlah! UMNO kini merupakan tong najis yang dihuni oleh pemimpin-pemimpin yang korup dan tamak!

Tanpa Nama berkata...

I got your point. 1 day I would make a reply:-).

-Kakiberuk

Tanpa Nama berkata...

Ttg DEB, semasa krisis 97/98, IMF telah meletakkan syarat, jika inginkan bantuan IMF, MAlaysia perlu menggubal dasar ekonomi ke arah keterbukaan pasaran. Kita sudah tahu , jika ia berlaku, DEB perlu dimansuhkan.

Tanpa Nama berkata...

Ttg DEB, semasa krisis 97/98, IMF telah meletakkan syarat, jika inginkan bantuan IMF, MAlaysia perlu menggubal dasar ekonomi ke arah keterbukaan pasaran. Kita sudah tahu , jika ia berlaku, DEB perlu dimansuhkan.
-kaki Beruk

Tanpa Nama berkata...

Sebelum Anwar Ibrahim dipecat...pergaduhan antara Anwar dan DrM seudah berlaku sejak akhir 1997 hingga 1998 apabila banyak kenyataan mereka berdua tidak seiring lagi dlm soal pembangunan negara iaitu ekonomi. Anwar bercakap ttg soal kronisme, bail out, nepotisme, Mahathir bercakap ttg dasar mempertahankan dasar Ekonomi sedia ada dan tidak ikut telunjuk IMF. Doktrin IMF tidak sama untuk di aplikasi kepada semua negara termasuk Malaysia. Lihatlah, apa sudah jadi dgn Taiwan, Indonesia Korea apabila mereka mengambil acuan IMF, secara tidak langsung mereka sudha terjerat untuk menjadi boneka Zionis dan Anglo Americans.
Ya, memang terbukti negara2 itu pulih dari kegawatan ekonomi, tetapi cara Malaysia yang ditetang itu telah mendapat pujian seluruh dunia kerana berani menentang arus teori barat IMF dengan memulihkan ekonomi sendiri dengan cara yang tersendiri. Jika kita meminjam dari IMF, sudah tentu kita akan terjerat dan juga mengikut cakap2 mereka ttg dasar ekonomi. Saya akan ulas pada masa akan datang.
-Kaki Beruk

Tanpa Nama berkata...

Di USA, negara yang kononnya memperjuangkan Demokrasi sejagat itu juga mempunyai akta khas di constitution untuk bail out company2 yang sakit dan tenat akibat kegawatan ekonomi. Kenapa apabila Malaysia melakukan bail out, negara Amerika Syarikat dan Eropah mengutuk Malaysia sekeras-kerasnya? Adakah Malaysia salah untuk menolong rakyatnya sendiri dari meminta-minta bantuan asing dlm soal ekonomi?
-Kaki beruk