Iklan

Selasa, Oktober 02, 2007

Suspek

Polis hari ini mengedarkan lakaran imej suspek, seorang lelaki dan seorang wanita, kedua-duanya penduduk tempatan berhubung dengan siasatan kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan, Datuk Christopher Wan Soo Kee, lelaki tersebut (foto sebelah kiri) berusia dalam lingkungan 35 hingga 40 tahun, berketinggian 168cm dan berkulit cerah. Lelaki ini juga pergi ke kawasan perumahan di Bangsar, bertanyakan orang ramai tentang bilik untuk disewa bagi dirinya dan anak perempuannya dan telah menemui beberapa orang pemilik rumah beberapa kali dalam tempoh Nurin Jazlin hilang.
Berkenaan dengan lakaran wanita pula (foto sebelah kanan), Wan berkata suspek berusia dalam lingkungan 20-an, berketinggian 153cm dan mempunyai rambut panjang paras bahu. Suspek kelihatan berada dekat beg sukan berwarna biru gelap berisi mayat Nurin Jazlin yang ditemui di sebuah kedai di Petaling Jaya pada 17 September lalu. Wanita ini juga muncul pada waktu tengah hari, sehari sebelum polis menemui mayat Nurin Jazlin.
Wan dari itu menggesa mereka yang pernah melihat seseorang yang kelihatan seperti dalam lakaran ini di kawasan tersebut dan membawa beg biru antara 16 Sept dan 17 Sept agar segera menghubungi polis bagi membantu siasatan kes ini.

Tiada ulasan: