Iklan

Ahad, Oktober 21, 2007

Media

Kita mungkin boleh berbangga kerana telah berjaya menghantar seorang model sambilan ke angkasa lepas sambil membuktikan yang rendang serta satay boleh dimakan di luar planet Bumi namun begitu dalam konteks kebebasan media, rupa-rupanya negara kita berada pada tahap yang jauh lebih teruk berbanding dengan negara-negara seperti Nicaragua, Togo, Tanzania dan Zambia.
Ketika mana negara-negara ini berjaya memperbaiki tahap kebebasan media masing-masing, reputasi Malaysia sebagai sebuah 'Negara Islam' yang kononnya mendukung prinsip-prinsip kebebasan nyata merudum.
Menurut laporan Indeks Kebebasan Media Sedunia 2007 yang dikeluarkan pada 16 Oktober yang lalu oleh Reporters Without Borders (RSF) yang berpengkalan di Paris, Malaysia berada pada kedudukan 124, jatuh 32 tangga berbanding kedudukan tahun lalu iaitu pada tangga 92. Dalam satu kenyataan medianya, RSF turut menyatakan bahawa antara faktor kemerosotan kedudukan Malaysia tahun ini ialah berikutan penangkapan serta penahanan sebilangan bloggers yang mana secara jelas membuktikan akan kebimbangan kerajaan terhadap pengaruh blog dan bloggers.

Mengulas berkenan dengan isu ini, seorang menteri berdarah kacukan Melayu-India (Mamak) yang berbapakan seorang lelaki bernama Maidin melatah dengan menggesa agar rakyat Malaysia dan Asia supaya mengenepikan rating kebebasan akhbar yang dibuat oleh RSF dengan alasan rating itu adalah berasaskan nilai kebebasan akhbar Barat yang umumnya didorong oleh pasaran dan wang.

Menurut laporan Utusan Malaysia bertarikh 20 Oktober, menteri Mamak itu turut memuji cara bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew “melawan nilai kebebasan akhbar Barat”. Tambah beliau lagi, rakyat Malaysia dan Asia tidak perlu bimbang dengan penurunan dalam ranking kebebasan akhbar di Malaysia kerana ia tidak mencerminkan kebebasan akhbar yang sebenarnya di negara ini.

Tidak mencerminkan kebebasan akhbar yang sebenarnya di negara ini? Apakah anak Maidin ini menganggap hasil laporan RSF ini dikeluarkan tanpa kajian dan penyelidikan?

Hey, Zam! Ini bukan laporan panel tiga orang tua yang sehingga hari ini tidak pasti apa tugas mereka yang sebenar. Laporan ini bukan dikeluarkan oleh PAS atau PKR atau pun DAP. Ianya dikeluarkan oleh sebuah badan pemantauan media yang sememangnya diakui kewibawaannya di peringkat antarabangsa.

Zam, sedarlah diri. Kau hanyalah seorang Menteri Penerangan sebuah negara yang menduduki tangga ke-124 dalam indeks kebebasan media sedunia.

Sudahlah Zam, cakap banyak pun tak guna. Silap-silap tahun depan jatuh merudum lagi!

Tiada ulasan: