Iklan

Isnin, Oktober 22, 2007

Magis

Kemaskini: Persembahan silap mata David Copperfield yang dijadualkan pada 30 dan 31 Oktober ini telah pun dibatalkan dan akan ditunda ke suatu tarikh yang masih belum ditetapkan. Untuk berita lebih lanjut, boleh diikuti di sini.
___________________________________________________________
Kepada semua tahi judi, kaki ekor, dan penggemar silap mata sila ambil perhatian. Ilusionis ulung, David Cooperfield bakal mengadakan persembahannya di Kuala Lumpur pada 30 dan 31 Oktober ini.
Copperfield dalam satu kenyataannya turut bersedia membantu kaki-kaki ekor dan loteri menjadi pemenang dalam persembahannya pada malam itu.
Saya merupakan antara peminat persembahan silap mata dan David Copperfield merupakan antara yang cukup dikagumi semenjak dari zaman anak-anak lagi. Agak mengecewakan kerana saya tidak berpeluang untuk hadir menonton persembahannya kerana bakal menduduki peperiksaan akhir semester pada 31 Oktober ini.
Untuk yang berminat dan punya kelapangan serta kukuh kewangannya, bolehlah menempah tiket pada laman web ini. Tiket-tiket dijual antara RM 83 - RM 423.

1 ulasan:

Muslim Knight berkata...

Lah Najwan, hari-hari tengok BN buat magik, takkan kagum lagi kot dengan magic David Copperfield. He is only just one man. Kat Parlimen Malaysia tu ramai2 buat magik, patut ko organize satu lawatan melihat magik di Parlimen Malaysia.

Magic is haraam. But doing magic in Parliament is tenfold haraam. What do you think?