Iklan

Isnin, Oktober 22, 2007

Ipin

Mungkin ramai antara kita yang tidak tahu bahawa sebelum Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dipilih sebagai angkasawan negara, terdapat seorang lagi rakyat Malaysia yang telah pun berjaya meneroka ruang angkasa lepas. Apa yang menariknya, beliau tidak ke angkasa dengan menaiki pesawat Soyuz tetapi mendakwa dirinya memiliki kuasa ajaib yang membolehkannya ghaib dan diangkat ke langit!
Ariffin Mohamed, atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin merupakan individu yang dimaksudkan. Tentu ramai yang masih ingat bagaimana suatu ketika dahulu beliau menggemparkan negara dengan dakwaannya sebagai pemimpin 'Kerajaan Langit'.
Beliau turut mendakwa bahawa dirinya mempunyai hubungan secara langsung dengan syurga serta dipercayai oleh pengikut-pengikutnya sebagai reincarnation atau kebangkitan semula Al-Masih Isa, Gautama Buddha, Shiva dan Muhammad SAW.
Gambar-gambar di bawah merupakan antara bukti-bukti yang telah dirahsiakan oleh pihak kerajaan daripada pengetahuan rakyat melalui suatu perjanjian sulit dengan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat beberapa tahun lalu.*


*Fakta di atas adalah tidak benar. Ianya merupakan ciptaan penulis semata-mata. Sebarang persamaan dari segi nama dan identiti adalah tidak disengajakan. Sebarang urusan saman-menyaman tidak akan dilayan. Harap maklum.

Tiada ulasan: