Iklan

Ahad, Oktober 07, 2007

Iftar

Semalam, keluarga di sebelah ayah saya berhimpun untuk majlis iftar bersama di salah sebuah hotel di Temerloh, Pahang. Majlis iftar beramai-ramai ini sememangnya sudah menjadi rutin keluarga kami sejak beberapa tahun yang lalu. Lebih kurang 50 orang orang ahli keluarga hadir pada majlis malam semalam. Selepas selesai bersolat sunat tarawih, mesyuarat khas telah diadakan di kalangan wakil-wakil keluarga bagi membincangkan tentang rancangan untuk menghimpunkan beberapa buah keluarga dari jaringan keturunan yang sama pada Hari Raya Qurban tahun ini.
Pada majlis semalam juga saya sempat bertemu dengan sepupu saya yang kini aktif menjalankan perniagaan katering di Kuantan. Beliau yang juga merupakan Setiausaha Pemuda UMNO di salah sebuah cawangan di sana bertanyakan saya tentang perkembangan politik semasa serta perancangan kerjaya saya selepas tamat pengajian pertengahan tahun depan. Katanya, semenjak terlibat aktif dalam UMNO ini, rezekinya mencurah-curah dan perniagaannya semakin berkembang dan maju. Maklumlah, sebarang tender perniagaan, keutamaan sememangnya untuk mereka yang punya jaringan dalam UMNO, kata sepupu saya itu.
Beliau menyindir saya sebagai terlalu idealis dan menasihatkan saya supaya lebih realistik dalam memilih platform yang betul jika mahu berkecimpung dalam politik suatu masa nanti. Saya secara sinis cuba menyakatnya dengan mengatakan bahawa beliau hanya dapat merasa sedikit sahaja keuntungan dalam UMNO sedangkan Khairy Jamaluddin kini sudah pun membolot kesemuanya. Beliau lantas menegaskan yang Khairy merupakan liabiliti kepada Pemuda UMNO dan kini kebanyakan bahagian Pemuda UMNO di Pahang sedang berusaha untuk menghalang Khairy dari dicalonkan untuk jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan parti tahun hadapan. Rata-rata daripada ahli UMNO sendiri ramai yang tidak menyenangi sikap Khairy yang kelihatannya terlalu berlebihan dalam mempromosikan dirinya sendiri.
Nah! Baru semalam akhirnya saya berkesempatan untuk dengar dari mulut seorang ahli Pemuda UMNO sendiri yang nyata kesal dan kurang senang dengan tindak-tanduk Khairy. Saya kemudiannya mengucapkan selamat berjaya kepada sepupu saya tadi. Semoga usahanya untuk memartabatkan bangsa diberkati oleh Tuhan hendaknya. Saya tegaskan kepada beliau yang UMNO kini bukan lagi berada pada landasan perjuangannya yang betul. Selagi mana terdapat pemimpin seperti Khairy dan Norza, selagi itulah UMNO akan terus dipalit dengan imej busuk dan bejat yang cukup menjijikkan!

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini merupakan suatu berita gembira untuk orang UMNO keseluruhan. Selagi masih ada 2 penyangak yang korupkan UMNO dengan cara yang menipu, menindas dan membuat pelbagai angkara..Orang UMNO di seluruh negara perlu bangkit melawan pengkhianat ini!
-Kaki Beruk

muqay berkata...

Salam Najwan,

Apa khabar? Bila balik kg?

Selamat Hari Raya maaf zahir batin.

najwan halimi berkata...

Muqay,

khabar baik. insyallah saya beraya di pahang tahun ini.

salam aidilfitri. maaf zahir batin =)

Tanpa Nama berkata...

http://www.msomelayu.blogspot.com/

Susupan Pagi
Pemuda Wangsa Maju Bergolak:
Norza Dikenakan Memo!

BERITA yang lewat diterima malam tadi ialah mengenai pergolakan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Wangsa Maju, di mana ketuanya Norza Zakaria sedang menghadapi api kemarahan ahli-ahlinya. Sebahagian besar ketua-ketua cawangan Pemuda dikatakan sedang menghala senjata ke arah Norza.

Berita ini sungguh mengejutkan. Bagaimana seorang ketua yang dikatakan cukup popular, baik, dermawan dan mempunyai hubungan intim dengan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang bakal menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia boleh berhadapan dengan situasi sebegitu.

Menurut empunya cerita, keadaanya agak kritikal apabila 35 daripada 41 cawangan pemuda di Wangsa Maju sedang menyiapkan satu memorandum mengenai Norza untuk diserahkan kepada Ketua Pemuda Hishamuddin Hussein.

Apabila perkara itu sudah sampai ke peringkat Hishamuddin, ia bermakna isu berkenaan berat dan teruk.

Difahamkan ada tiga perkara besar yang menjadi intipati memorandum berkenaan.

Pertama, membantah dan menegur sikap Norza (foto) yang dikatakan tidak mempedulikan Pemuda Wangsa Maju. Norza tidak memanggil mesyuarat ahli jawatankuasa selama satu tahun setengah. Keadaan ini menyebabkan Pemuda Wangsa Maju tidak berbuat apa-apa aktiviti baik untuk kepentingan parti maupun masyarakat Wangsa Maju.

Kedua, membantah dan memeprsoalkan sikap Norza yang tidak menjadikan oragnisasi Pemuda Bahagian Wangsa Maju sebagai penting ataupun selaku wadah perjuangan orang Melayu di Wangsa Maju. Beliau juga tidak memberi reaksi dan mempedulikan teguran dan pandangan ketua-ketua cawangan Umno Wangsa Maju.

Ketiga, beliau juga dikatakan tidak meletakakan dirinya dan pemuda bahagian Wangsa Maju sebagai wadah membela rakyat. Di mana kehadiran Pemuda langsung seolah tidak disedari rakyat dan tidak boleh dijadikan payung tempat berteduh orang Melayu.

Selain itu memorandum itu juga mempersoalkan kredibiliti Norza selaku ketua dan tokoh gah di Wangsa Maju namun gagal atau tidak serius berusaha mengambil semula kerusi Parlimen Wangsa Maju yang diserahkan kepada MCA untuk ditandingi Umno pada pilihan raya akan datang.


Difahamkan draf memorandum itu telah pun disampaikan Khairy Jamluddin dua hari lepas mungkin untuk pemakluman dan juga mendapat pandangan Khairy, sebab Khairy adalah orang yang dikatakan bertanggungjawab meletakkan Norza di Kementerian Kewangan selaku Setiuasaha Politik kepada Menteri Kewangan Ke-2.

Bagaimana pun Kahiry dikatakan tergelak menerima draf itu dan seolah-olah bersetuju memorandum itu diserahkan kepada Hishamuddin Hussein.

Apakah makna dan erti ketawa Khairy itu? Apakah tanda beliau bersutuju sebagai isyarat kepada ketua-ketua cawangan yang tidak senang dengan Norza itu tidak meneruskan hasrat mereka menyerahkan memorandum itu kepada Hishamuddin atau pun isyarat terus menganggu kedudukan Norza?

Sama-samalah kita tunggu perkembangan di Wangsa Maju, apakah tindakan 31 cawangan Ketua Pemuda itu berterusan ataupun memorandum itu tersekat di kaki Khairy Jamaluddin saja dan selepas ini ia menjadi makanan tong berwarna hitam yang ada di sudut-sudut dapur atau di luar pagar di hadapan rumah!

Tanpa Nama berkata...

Ewah, ewah, ewaaah..makin raya nak dekat makin ramai dah anti dengan kawan-kawan Khairy yek? Aku berdoa untok kesejahteraan chief Khairy dan dermawan Norza Zakaria. Kenaper bile pemimpin seperti mereka untok nak majukan orang Melayu, mesti ader sajer halangan dari orang lain?? Kepade Najwan dan kawan-kawan, selamat hari raya dan maaf zahir batin. Kekasaran bahase aku harap dimaafkan..
-Kekuatan UMNO Putera

najwan halimi berkata...

KUP,

Salam Aidilfitri. Semoga Allah membukakan hati kau untuk memilih kebenaran.

Ingatkan dah tak sudi nak ziarah blog aku dah... :p

Tanpa Nama berkata...

Aku sudik nak datang pasal aku akui blog ko nih best dan bagus walapon penuh kontrovesi haha! Ok, salam aidilfitri kepada kamu:-)..

Kekuatan UMNO Putera

nantero berkata...

salam.tidak lupa jasa pengorbanan Dato'Norza terhadap pemuda umno wangsa maju dan pemuda wilayah persekutuan selama ini.terima kasih juga kerana menggunakan pemuda bahagian dan cawangan wangsa maju.bila nak guna,diambil dan ditatang tapi bila tak nak guna,dibiarkan tanpa arah tuju.ada majlis,ada pemberian untuk pemuda bahagian dan cawangan.kami hanya diguna pakai seperti lembu ditarik hidungnya.Dulu beliau pernah berkata untuk membuat kemudahan kompleks sukan diwangsa maju tetapi tapak itu telah digunakan untuk Wangsa Walk!
Cakap tak serupa bikin.Apa yang boleh dibanggakan selama ini tentang umno cawangan wangsa maju
(A-B , C-D , E-F )hanya cawangan E - F sahaja yang masih aktif lagi.
Saya bukan nak membuka pekong dalaman dan bukan pro-pembangkang tapi sekadar berniat ikhlas dan cuba untuk memulihkan umno cawangan wangsa maju.Harap mmohon maaf sekiranya terkasar bahasa dan menguris hati pihak yang berkenaan.
Bermula dari era Dato'Suleiman,Dato'Astaman,Dato'Zulhasnan,Dato'Zainal serta yang terbaru Dato'Shafie . . .
Apa yang mereka lakukan sampai sekarang ini?Bagaimana umno wangsa maju nak mendapat hak kepercayaan sekiranya penduduk tidak dapat menerima seadanya perjuangan umno.
hidup segan,mati tidak mahu . . .

terima kasih . . .