Iklan

Rabu, Oktober 10, 2007

Akta


Petang tadi, saya bersama beberapa orang teman sekuliah iftar di salah sebuah restoran makanan segera di Bangi. Kami berbuka hampir 20 minit lewat kerana terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.
Sepanjang perjalanan, topik perbualan kami berkisar tentang perkembangan siasatan terhadap pita video V.K. Lingam yang semakin hari semakin menampakkan kelemahan di pihak panel siasatan yang ditubuhkan oleh kerajaan baru-baru ini. Ianya ditambah dengan kenyataan bodoh dan cetek seorang menteri yang mendakwa dirinya sebagai 'menteri undang-undang' pada hari Sabtu yang lalu kononnya wujud akta di negara ini yang melindungi saksi-saksi yang tampil memberikan keterangan bagi membantu sesuatu siasatan.
Semalam, kenyataan beliau itu dipersoalkan oleh Majlis Peguam yang mendakwa bahawa tidak wujud sebarang akta sebagaimana yang didakwanya. Sehubungan dengan itu, Nazri tanpa segan silu menyalahkan setiausaha akhbarnya dengan alasan bahawa beliau sudah pun menyuruh setiausahanya itu agar memberikan penjelasan pada hari Ahad lalu berhubung dengan kesilapan kenyataan beliau tersebut tetapi ianya tidak dilaksanakan.
Mudah bukan. Mendakwa orang lain (Anwar) tidak faham undang-undang, tetapi rupa-rupanya dirinya sendiri yang bodoh. Lebih malang, kebodohannya cuba ditutup dengan menyalahkan orang lain.
Saya sempat berjenaka dengan Nik Nazmi pagi tadi berkenaan dengan perkara ini. Kata Nik, Anwar tak perlu melayan Nazri kerana tahap Nazri yang teramat rendah. Saya membalas, benar; kalaulah sekiranya diadakan debat undang-undang dengan Nazri, Anwar hanya perlu menghantar Nik Nazmi sahaja kerana Nazri hanya layak dilanyak oleh seorang yang bertaraf exco angkatan muda!

3 ulasan:

ladymariah berkata...

Salam Aidilfitri untuk rakan virtual sekalian. Maaf Zahir Batin.
Love, Lady Mariah (Kota Kinabalu, Sabah)

Tanpa Nama berkata...

WOI NAZRI BANGSAT! PLEASE GO FUCK A PIG!!
-KakiBeruk

naimadnin berkata...

hehe, saya pun tidak berapa gemar dengan semua kenyataan-kenyataan Nazri. tidak menampakkan beliau sebagai seorang yang berilmu. Suka cari publisiti sendiri.

Salam eid fitr. Singgah bertandang sebab ada pautan dari blog saya =)