Iklan

Jumaat, September 28, 2007

TNC

Petang tadi saya bersama beberapa orang teman memaksakan diri untuk turut serta menghadiri sesi perjumpaan bersama Timbalan Naib Canselor (HEP, Alumni & Pengurusan) Universiti Tenaga Nasional (Uniten) yang baru dilantik, Profesor Dr. Sheikh Ghazali Abod.
Di dalam ucapannya, beliau menyentuh tentang kurangnya kesedaran di kalangan mahasiswa dalam memberikan perhatian terhadap isu-isu semasa yang bersifat nasional. Beliau turut mengkritik sikap kebanyakan mahasiswa yang hanya belajar tanpa mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial seperti berpersatuan dan aktiviti-aktiviti kepimpinan.
Seorang teman yang duduk disebelah mengomel dengan menyalahkan AUKU sebagai punca mahasiswa lesu. Kata teman itu, bagaimana kita ingin melihat mahasiswa celik dan punya kesedaran tentang isu semasa jika masih lagi dikongkong oleh akta seperti AUKU. Mungkin benar hujahnya dan saya juga ikut bersetuju, tapi sejauhmanakah mahasiswa kita berani mendepani isu sebegini jika disebut saja "AUKU" pun kebanyakan dari mereka hanya mampu mengangkat bahu?
Di pertengahan ucapan beliau, Dr. Sheikh Ghazali mula menukar nada dengan memperjelaskan peri pentingnya mahasiswa melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kampus. Beliau akhir sekali menjemput mahasiswa agar menawarkan diri untuk menjadi calon pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang kelihatan dingin sekali sambutannya baru-baru ini. Turut diumumkan ialah perlanjutan tempoh penamaan calon demi memastikan kuota penyertaan mencukupi dan pilihanraya boleh dilangsungkan.
Jelas, mahasiswa Uniten barangkali sudah fobia untuk menyertai MPP lebih-lebih lagi jika meneliti rekod pencapaian barisan pimpinan sesi lepas yang penuh kecelaruan. Ada suara-suara yang menganggap barisan perwakilan pelajar sesi lalu adalah yang paling kurang berkualiti dan paling tidak produktif. Hatta, kenaikan yuran penginapan sekalipun mereka tidak dimaklumkan oleh pihak pengurusan!
Apa pun, saya mengalu-alukan majlis pertemuan petang tadi. Di samping menyampaikan amanah dan harapan beliau kepada para mahasiswa, Dr. Sheikh Ghazali turut meluangkan masa untuk mendengar keluhan dan luahan rasa mahasiswa berhubung dengan isu-isu kebajikan dan akademik.
Di akhir majlis, beliau turut memberi jaminan akan cuba melakukan sebaik dan sedaya mungkin dalam memastikan kebajikan dan keselesaan mahasiswa sentiasa terjamin selama belajar di Uniten.
Saya salut sikap rendah diri beliau. Menurut resmi padi; makin berisi makin tunduk. Dan ini nyata berbeza dengan sikap segelintir kakitangan universiti yang adakalanya angkuh dan sombong dengan jawatan yang dipegang. Ada antaranya hanya berjawatan penyelia kolej kediaman tetapi lagaknya mengalahkan seorang Naib Canselor! Seolah-olah kolej kediaman itu dia yang punya.
Sekali lagi, saya mengalu-alukan perlantikan Prof. Dr. Sheikh Ghazali sebagai Timbalan Naib Canselor (HEP, Alumni & Pengurusan) Uniten yang baru ini. Semoga segala perancangan dan perencanaan beliau dalam menambahbaik sistem dan penyampaian dalam urusan kebajikan mahasiswa mendapat sokongan dari seluruh warga Uniten.
Selamat bertugas, Prof!

6 ulasan:

iBNuZaCK berkata...

Sapa penyelia kolej kediaman tetapi lagaknya mengalahkan seorang Naib Canselor tu Najwan?Hamzah Kari?Ngeeeeee~

Tanpa Nama berkata...

Aku suke prof baru ni!!

-incik ubi-

Tanpa Nama berkata...

mmg hamzah bau karee ni sombong nak mampus..berlagak mcm harta 'tok nye' dia yg punya...hampeh hamzah karee nii

puaka kubur sepi berkata...

wei buto,hang rasa hang hebat sgt hang la p bertanding..macam hangpa bagus sgt..kutuk2 tu tak betoi,ini tak betoi...hang rasa hang ja yang baguih ka?...babi betol..dasar melayu tak tau berterima kasih...syukuq la hangpa dpt blajaq kat U..dok kutuk2 pentadbiran UNITEN tu watpa?..puki betoi!

Awang Hafifudin Bolkiah berkata...

Kepada saudara puaka kubur, saya pasti blog saudara najwan ini bukan dibangunkan semata-mata mengutuk, dan jika saudara puaka kubur membaca entri-entri saudara najwan mengenai uniten pada sebelum ini pun, saya fikir tiada sebarang kutukan dibuat akan tetapi, ia lebih sekadar kritikan. kritikan ini bukan bermaksud untuk menjatuhkan sesiapa, akan tetapi, untuk memperbaiki sesuatu keadaan itu menjadi lebih baik.dalam apa jua pentadbiran pun samada dari pihak kerajaan ataupun dari pihak customer service di bank,restoran, dan sebagainya(termasuk universiti) - tidak akan terlepas dari kritikan kerana dengan kritikan itulah kita dapat memperbaiki delivery system ataupun mutu perkhidmatan yang sedia ada.kalau takde kritikan, semua ingat bagus, macam mana nak maju?begitu ke yang saudara puaka mahu?saudara mahukan orang melayu bila dapat sesuatu benda tu, kita hanya berterima kasih,enjoy sahaja dan tunggu satu lagi pemberian yang baru datang dan kemudian berterima kasih lagi sekali?macam ni ke kita nak bentuk orang melayu ataupun pelajar-pelajar malaysia secara amnya?ni macam cerita monyet dapat pisang la, bila everytime tuan bagi pisang, monyet jadi happy, tapi sampai bile orang akan bagi kita pisang? Uniten ini secara amnya adalah universiti yang baru,10 tahun usianya kalau tak silap saya.masih banyak lagi perlu diperbaiki. dan cara yang paling baik untuk memperbaiki universiti ini adalah dengan adanya suara-suara yang konstruktif dan membina beserta cadangan/penyelesaian untuk memperbaiki kelemahan itu,bukan sekadar kritikan sahaja. satu lagi saya mahu menegur puaka kubur ,bahasa yang saudara puaka kubur tu boleh perbaiki sedikit tak?kurang ajar la.. takde telor pulak tu guna nama samaran.

Tanpa Nama berkata...

kelihatan jelas yg puaka kubur sepi seorang yang bodoh dan bahalol!

apa yg dilontarkannya sebenarnya mencerminkan dirinya yg sendiri.

bro, mana KUP? lama tak nampak..