Iklan

Selasa, September 11, 2007

Rusuh

Teman saya, Hidayat sudah membuat analisa lengkap tentang perbandingan laporan berita berhubung dengan insiden rusuhan di Batu Buruk, Terengganu malam kelmarin.
Semalam, ketika menjemput Tan Sri Khalid Ibrahim di Terminal LCC, Sepang sekembalinya beliau dari Terengganu, kami berbual panjang di dalam kereta tentang insiden ini.
Beliau menyifatkan tindakan polis yang mencetuskan provokasi dengan menggunakan kekerasan terhadap hadirin yang datang untuk mendengar ceramah anjuran Gerakan Menuntut Pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH) sememangnya suatu yang memalukan. Penggunaan peluru hidup dalam usaha menyuraikan hadirin yang tetap tidak mahu berganjak dari lokasi ceramah sehingga mengakibatkan dua orang penyokong PAS mengalami kecederaan parah adalah amat melampau.
Lebih memalukan ialah apabila Tan Sri Khalid dan beberapa orang pemimpin yang dijadualkan berucap pada malam itu dihalang bahkan telah di ‘kuaratin’ di dalam rumah salah seorang aktivis PAS di sana. Tambah mengejutkan, menurut Tan Sri Khalid ialah bila mana salah seorang pegawai polis yang diarahkan mengawal kediaman tersebut meminta beliau dan beberapa orang pemimpin pembangkang agar meninggalkan rumah tersebut dan bersurai. Sudahlah hak untuk bersuara mereka cabuli, hak persendirian juga ingin mereka ceroboh!
Pada malam tersebut pula, seperti yang dijangka, laporan berita di saluran-saluran TV nasional secara jelas memutarbelitkan peristiwa yang sebenar. Laporan dalam Buletin Utama di TV3 semalam menggambarkan seolah-olah rusuhan tersebut dicetuskan oleh penyokong-penyokong PAS sambil meletakkan pihak polis sebagai mangsa yang dikasari. Datuk Seri Najib dalam kenyataannya kepada media pula secara tersirat menggambarkan penyokong-penyokong pembangkang ini sebagai anarkis.
Berikut merupakan beberapa persoalan (dipetik dari blog saudara Nik Nazmi) yang seharusnya dijawab oleh pihak kerajaan/polis berhubung dengan insiden di Batu Buruk kelmarin:
1) Mengapa pentas ceramah dirobohkan tanpa izin tuan rumah sebelum ceramah tersebut dijadualkan berlangsung?
2) Mengapa keputusan menolak permohonan mengadakan ceramah dibuat pada saat-saat akhir beberapa jam sebelum ceramah tersebut berlangsung?
3) Mengapa polis preman lengkap bersenjata diletakkan ditengah-tengah orang ramai pada waktu sebegitu, sedangkan polis lengkap dengan meriam air dan gas pemedih mata?
4) Mengapa media bersedia di sana untuk menangkap gambar-gambar sensasi tersebut, dan mengapa saya mendapat amaran sesuatu akan berlaku dari sumber rapat dengan Polis Terengganu?
5) Mengapa media tidak menyiarkan gambar pemuda yang ditembak dadanya oleh polis?
Jelas, Umno/BN semakin terdesak dalam percaturan politik mereka. Taktik dan strategi melabel dan memburuk-burukkan imej parti pembangkang sebegini pernah dilakukan suatu ketika dahulu dengan menggambarkan para aktivis reformasi sebagai perusuh dan pencetus kekacauan.
Kita tunggu dan lihat, apa pula tindakan desperado mereka selepas ini…

16 ulasan:

Ibnu_Ismail berkata...

Terasa betapa pentingnya peranan media...

Tanpa Nama berkata...

PAS PRK dan DAP jahat sejahat macam yakjut makjut! ko jangan nak tipu lah! bangsat la buat cerita2 nih! HIDOP UMNO!
-Kekuatan UMNO Putera

iBNuZaCK berkata...

Jawab 5 persoalan Najwan tu UMNo Putra.Bukan dengan melalak, menjerit dan mencarut.Kalau benar Najwan salah,maka sila buktikan.Kita hujah ilmiah di sini.

Tumpang Lalu berkata...

ibnuzack,
sejak bila KUP tu kenal erti ilmiah.sejak dari mula sampai sekarang, semua komen dia tak ada nilai ilmiah,semua retorik.

satu lagi,dia tak reti jawab soalan,dia cuma pandai tabur retorik.

Sebelum KPU nak marah,jemput jawab dulu soalan2 tuan rumah blog ni.

Tanpa Nama berkata...

Ish! Ko diam ibnuzack boleh tak? Menyibuk jek urusan aku...orang nak berpolitik carer ilmiah onko nak nyibuk ceramah aku.Name ko pon Ibnu..baik ko pegik bace sejarah ibnu sina la wei. Aku tau aku tak ghetik cakap berlapek macam ko pasal ko pandai berkate-kate.

Buat ape aku nak komen? blog die wat cerita menipu rakyat...jawapan aku perlulah lawan dengan kemarahan! bak orang tua yang menegor budak kecik yang baru belajar..

Tumpang lalu,shu..shuh! ko ni tumpang lalu pun nyibuk urusan aku untok menguatkan akar umbi UMNO jangan percaye dakyah sonsang bloq nih!

-Kekuatan UMNO Putera

Tumpang Lalu berkata...

penipuan dijawab dengan kemarahan, maknanya 'tidak memanfaatkan otak'. Orang tua yang berakal, takkan marah anak-anak yang baru belajar. sebaliknya tunjur ajar.Perangai budak kecil,lagi dimarah, lagi dibuat!

pada aku, kau yang bengap KPU.Kalau blog ni sebar dakyah songsang,yang kau buang masa baca buat apa? dah la baca 'blog songsang', bukan nak 'bawa nilai keinsafan' dengan menjawab soalan-soalan, kau tunjukkan yang kau lagi jauh 'tersesat' dengan hujah standard otak kat lutut.

otak kau yang songsang bro...pegi repair.

Tanpa Nama berkata...

Cis! Pandai mencabar kesabaran UMNO Putera yeer...Tumpang Lalu!ah tak kesah onko nak kater aper...aku cybertrooper mesti kene selidik blog nih takut menjadi lidah menguruhara negara kang..apa la ko nih..nak tahu tektik pembangkang mestila lene bace blog2 ngarut camnih!
wah! dah nak pandai mengajor yek care nak ngajor budak kocik? zaman dulu, mak bapak tengking dan bagik terajang jek kalu anak bsalah..itu yang terbaik la ngok!
-Kekuatan UMNO Putera Level 6!

Tanpa Nama berkata...

ooi tumpanglalu! onko ni satu lagik nyibuk jek dalam idop aku..baik ko tumpang lalu dari kami semue dan pegik blog lain..nanti ko lagik gembira hahaha!!
-Kekuatan UMNO Putera

Tumpang Lalu berkata...

ooo...cybertroopers umno ni mmg bingai2 rupanya.nak selidik fakta ni,biar la dibalas dengan fakta, bukan dengan emosi ngok!

aku ingat ko gagal jadi cybertroopers la KPU,sebab ko tak pernah menjawab.ko takde fakta untuk tibai tuan blog ni.yang ko guna hujah daif,songsang, dan karut.

zaman dulu mak bapak tengking,pastu anak melawan bila dah beso.Rasulullah SAW tak ajar pukul2 anak,melainkan tinggal semayang je.eh..lupa,mungkin mazhab Islam Hadhari mcm tu.terajang anak adalah metodologi terbaik untuk mendidik.ye la..budaya melayu,biar mati anak kan...adat tu dijulang, agama dibuang.tu la melayu umno.

aku tak menyibuk kat dlm hidup ko.aku tak layan cybertroopers standard otak budak kindergarten,nak provok tak berfakta.

najwan, keep it up!

Tanpa Nama berkata...

elleh..cakap macam bagos jek ko tumpang lalu! Ntah2 ko nih najwan..hahaha!

Islam Hadari islam berzaman..ko jangan kene tipu ngan semua Orang PAS..baik ko sokong Islam Hadari! itu islam yang hakiki!!!!

-Kekuatan UMNO Putera melawan balik!

Tumpang Lalu berkata...

aku bagi contoh zaman Rasulullah,ko tak menjawab pulak kan? kenapa? islam hadhari tak ada nabi ke untuk dirujuk?

islam hadhari islam berzaman..maknanya,hanya digunakan untuk 'zaman tertentu' saja la kan.bukankah Islam melalui Alquran dan alhadith itu relevan sepanjang zaman? tak ada pula mana-mana ulama' muktabar sebut peng'hadhari'an Islam akan melengkapkan Islam akhir zaman.setahu aku zaman Rasullah SAW Islam dah lengkap.tak ada pula mazhab hadhari masa tu.

nak melawan org mcm ko tak perlu nak tukar identiti.aku percaya najwan boleh tibai hujah ko,tapi dia lebih suka gelak tgk badut sukarelawan buat 'khidmat sosial' di blog dia, khidmat 'berhujah tanpa fakta.' kami pun tumpang seronok melawan hujah org berotakkan buah pinggang.

Islam hadhari islam hakiki rupanya.betul jugak.apa guna isteri pemimpin pakai tudung,apa guna haramkan kilang arak terbesar di Asia beroperasi di Malaysia,apa guna ada pusat judi terbesar di Asia,semua tu tak mengikut parameter Islam hadhari,kan?

betul juga...rasuah rakyat dipanggil corruption,rasuah pemimpin dipanggil commission,itu semua mazhab hadhari.hakiki sungguh islam hadhari ni.

tumpang lalu berkata...

aku bagi contoh zaman Rasulullah,ko tak menjawab pulak kan? kenapa? islam hadhari tak ada nabi ke untuk dirujuk?

islam hadhari islam berzaman..maknanya,hanya digunakan untuk 'zaman tertentu' saja la kan.bukankah Islam melalui Alquran dan alhadith itu relevan sepanjang zaman? tak ada pula mana-mana ulama' muktabar sebut peng'hadhari'an Islam akan melengkapkan Islam akhir zaman.setahu aku zaman Rasulullah SAW Islam dah lengkap.tak ada pula mazhab hadhari masa tu.

nak melawan org mcm ko tak perlu nak tukar identiti.aku percaya najwan boleh tibai hujah ko,tapi dia lebih suka gelak tgk badut sukarelawan buat 'khidmat sosial' di blog dia, khidmat 'berhujah tanpa fakta.' kami pun tumpang seronok melawan hujah org berotakkan buah pinggang.

Islam hadhari islam hakiki rupanya.betul jugak.apa guna isteri pemimpin pakai tudung,apa guna haramkan kilang arak terbesar di Asia beroperasi di Malaysia,apa guna ada pusat judi terbesar di Asia,semua tu tak mengikut parameter Islam hadhari,kan?

betul juga...rasuah rakyat dipanggil corruption,rasuah pemimpin dipanggil commission,itu semua mazhab hadhari.hakiki sungguh islam hadhari ni.

najwan halimi berkata...

Tumpang Lalu,

Kita tunggu hujah-hujah KUP. Mungkin sekarang ini dia sedang menelaah kitab-kitab Arab untuk mencari dalil dan hadith tentang kehebatan Islam Hadhari.

Tanpa Nama berkata...

Takyah menelaah kitab Arab...kekuatan otak kurniaan tuhan kepada aku nih pun dapat mencegah daripada fahaman sesat korang merebak!!

Wah!Wah!Wah! maner ko tau Tumpang Lalu pemimpin UMNO rasuah! Kalu ader konpem YAB Pak Lah bertindak! cuber ko tengok kes Isa Samad dan Osu Sukam!

Malaysia 60 persent orang Islam..yang arak,judi tuh bukan time pemerintahan Pak Lah bagik lesen..tapi pemerintahan PM dulu2!

Islam Hadhari mesti amik maser 10-20 tahun baru berhasil! yang masalahnya..orang2 macam korang nih cuba nak sekat fahaman sepanjang zaman nih dari tersebar di hati umat Malaysia!! Ish! geram betol aku ngan puak PAS,PKR nih! cakap bejuta tahun pun tak paham2!

Biar la ko kater khidmat sosial..tapik aku berjuang untok UMNO bagik membangunkan sosial Malaysia kearah otak yang lebih matang dari korang!!

Hidop Khairy for New Malaysia! Mampus PKR for New Malasyia kunun!

-Kekuatan UMNO Putera Mematahkan Hujah Dangkal Tumpang Lalu dan Najwan!

najwan halimi berkata...

KUP,

Dah kalau arak & judi tu dijual zaman PM-PM dulu, habis Pak Lah yg dah jadi PM skrg ni buat apa?

Tidur je ke?

Tumpang Lalu berkata...

kes isa samad & osu sukam,
mangkuk hayun dua org ni hanya dibicarakan dlm umno.BUKAN DI MAHKAMAH LA BINGAI!
kalau umno berani,bawak kes ni ke mahkamah,buat apa peram dlm Jawatankuasa Disiplin Umno semata-mata.

soal arak,kalau dah sah benda tu salah,dan kononnya (kononnya la!) PM skrg ni islamik,cuma hapuskan benda tu.takkan 'lembik' sgt kot sampai tak berani bertindak???

Islam hadhari tak perlukan 10-20 tahun untuk difahami.benda tak betul,aku kata tak betul! setakat aku semak tafsir Quran,tak ada gesaan Allah untuk Islam 'dihadharikan' diakhir zaman untuk menyelamatkan umat manusia.

taktau la kitab arab badawi ada surah baru...

Najwan...ko tak terasa nak gelak ke? wakakakakakakakkakakak! seronok betul ada sarkas free kat blog ko!