Nurin
Nurin Jazlin Jazimin barangkali kini berada di syurga. Anak kecil ini menyentuh perasaan seluruh rakyat Malaysia yang kini sedang meratapi pemergiannya. Saya ikut menangisi kematian beliau. Takziah untuk keluarga Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman. Semoga roh Allahyarham Nurin dirahmati dan bersemadi dengan tenang.
Al-Fatihah...
Label: Semasa



4 Ulasan:
Baru beberapa jam selesai mengkebumikan jenazah anak mereka yang meninggal dunia akibat deraan seksual, Jazimin Abdul Jalil dan isterinya Norazian Bistaman kini menghadapi kemungkinan didakwa kerana cuai.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dengan bangganya berkata polis kini sedang menyiapkan laporan kes berkenaan dan jika mendapati terdapat elemen cuai sehingga menjurus kepada penculikan Nurin Jazlin, ibu bapa mangsa boleh diambil tindakan undang-undang bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak.
"Jika ada kecuaian, kita akan cadangkan kepada Peguam Negara agar tindakan undang-undang diambil ke atas mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Suruhanjaya Polis yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri hari ini.
cilako lo Hassan! Olang cina manyak kasihan sama keluarga itu..
-DAP Forever-
Aku harap pihak polis buat siasatan khas kerahkan unit khas cepat-cepat...sebelum aku sendiri cari pembunuh tu...
- Batman Kuala Lumpur
KAKIBERUK MENYOKONG USAHA BATMAN KUALA LUMPUR!hehe! lawak la budak batman ini..
-KakiBeruk
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
Pautan pada catatan ini:
Buat Pautan
<< Laman utama