Iklan

Isnin, September 24, 2007

Nazri

Meski pun keluarga Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman masih berkabung dan diselubungi kesedihan, ianya tidak sekali-kali menghalang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz yang dikenali dengan sikap biadap dan perangai samsengnya untuk menyokong pandangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan beberapa hari lalu yang menyatakan bahawa ibu bapa arwah Nurin Jazlin berkemungkinan akan didakwa di mahkamah jika terdapat unsur kecuaian, dengan merujuk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak. Menurut laporan Utusan Malaysia bertarikh 24 September, Nazri dipetik berkata:
‘‘Undang-undang tetap undang-undang dan kita kena ambil tindakan kerana antara Rukun Negara kita adalah untuk menegakkan undang-undang. Jadi kalau ada perbuatan yang menyalahi undang-undang kita akan ambil tindakan... tidak ada sesiapa pun boleh terlepas.”
Di mana sensitiviti Nazri dalam isu ini? Agak menghairankan kerana isu untuk mendakwa dan menghadapkan ibu bapa arwah Nurin ke mahkamah ini sudah mulai ditimbulkan sebaik sahaja selesai majlis pengebumian jenazah anak kecil malang itu. Rakyat Malaysia bersedih dan ikut berduka dengan kematian arwah Nurin, pun begitu negara ini masih punya menteri dan seorang ketua polis yang langsung tidak punya perasaan dan sensitiviti.
Sehingga kini, penjenayah yang membunuh arwah Nurin masih belum diberkas tetapi pihak polis melalui Tan Sri Musa Hassan sudah sibuk untuk merencana pendakwaan terhadap ibu bapa yang baru kematian anak itu. Dan perencanaan ini disokong pula oleh seorang menteri yang mendakwa dirinya menjaga urusan undang-undang negara.
Nazri juga sebelum itu turut memainkan peranannya sebagai "macai" kepada Ketua Hakim Negara dalam mengumumkan penafian bagi pihak Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berhubung pendedahan 'pita Lingam' dengan alasan beliau adalah menteri yang menjaga portfolio undang-undang. Nazri menurut laporan Malaysiakini dipetik berkata:
"Hakim itu telah menghubungi saya dan beliau menafikan dia yang berbual dalam rakaman itu"
Hampir kesemua akhbar menyiarkan kenyataan Nazri itu bagi pihak Ahmad Fairuz, sedangkan ketua hakim negara itu sendiri memilih untuk berdiam diri. Tun Ahmad Fairuz sebelum ini memberitahu pihak media bahawa beliau tiada sebarang komen mengenai perkara tersebut.
Nazri turut mengecam pihak media kerana 'menyebar khabar angin' apabila memberi liputan meluas terhadap rakaman klip video tersebut, yang didedahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rabu lalu.
Rakaman dalam pita tersebut menunjukkan peguam kanan, Datuk VK Lingam sedang bercakap melalui telefon dengan seseorang yang didakwa sebagai Tun Ahmad Fairuz. Perbualan tersebut adalah mengenai usaha menentukan perlantikan rakan-rakan kanan 'yang sehaluan' untuk menjawat beberapa jawatan kehakiman. Ia dirakamkan pada tahun 2002 ketika Ahmad Fairuz menjadi Hakim Besar Malaya. Klip video ini turut mendedahkan perbincangan mengenai pelantikan Ahmad Fairuz sebagai Ketua Hakim Negara, yang menjadi kemudiannya menjadi kenyataan pada tahun 2003.
Nazri juga turut mempertikaikan niat pihak yang membuat pendedahan rakaman video berkenaan kerana mendedahkannya kepada media terlebih dahulu sebelum menyerahkan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat. Kata beliau, menurut laporan Malaysiakini:
"Kalau hendak tegak keadilan atau mahu membersihkan badan kehakiman, siasatan boleh dibuat oleh BPR dan polis. Kenapa kepada media?... Boleh dipertikai niatnya, kerana politik atau mahu badan kehakiman bersih."
Persoalannya sekarang, kenapa Ketua Hakim Negara perlu membuat penafian tentang penglibatannya dalam 'pita Lingam' itu melalui Nazri? Dan apakah memadai dengan hanya menyatakan bahawa beliau tidak terlibat dalam skandal 'pita Lingam' ini?
Seorang teman saya turut mengulas di blognya berkenaan dengan isu ini berpendapat bahawa sistem kehakiman seharusnya bebas daripada pengaruh eksekutif dan legislatif. Dalam erti kata lain, dalam konteks Malaysia, Ketua Hakim Negara mempunyai autonomi untuk menjalankan tugas beliau dan tidak bertanggungjawab kepada mana-mana pihak melainkan Yang DiPertuan Agong.
Dari itu, mengapakah Menteri ini mengatakan bahawa beliau bertanggungjawab kerana "saya adalah menteri yang menjaga hal ehwal mengenai perundangan?"
Bukankah ini secara tidak langsung memberikan gambaran jelas bahawa memang wujud campurtangan eksekutif di dalam sistem kehakiman negara?
Tentang kenyataan Nazri yang mendakwa mengapa laporan tidak dibuat kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) atau polis, jelas beliau cuba memutarbelitkan fakta. Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui Naib Presiden, Sivarasa Rasiah beserta dengan Naib Ketua Angkatan Muda (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainudin, Ketua Wanita Zuraida Kamarudin dan Ketua Penerangan AMK Lau Tek Hai telah pun membuat laporan berhubung dengan isu ini kepada Pengarah BPR Wilayah Persekutuan, Abu Zubir Mohd Hassan pada 20 September lalu, jauh lebih awal daripada tarikh Nazri mengeluarkan kenyataannya.
Adalah amat menyedihkan apabila seorang menteri yang berstatus senior dalam kabinet membiarkan dirinya kelihatan bodoh dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan sebegini tanpa menggunakan pertimbangan akal waras.
Begitu pun, semestinya ramai yang tidak terkejut memandangkan menteri berkenaan ialah Datuk Nazri Aziz, seorang tokoh politik yang sememangnya terkenal dengan kebiadapan dan sifat kasarnya dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan. Beliaulah Nazri Aziz, ahli parlimen yang terkenal dengan jeritan "bodoh, bodoh, bodoh!" yang menggamatkan sidang parlimen suatu ketika dahulu.
Dan beliau kini benar-benar telah membuktikan kebodohannya!

9 ulasan:

pesS berkata...

ba-ba-Lam~
Ini baru dikatakan sengal ubi!

Tanpa Nama berkata...

Kakiberuk sudah berbincang dengan komunitas di pokok rimba...sememangnya Nazri nie pencacai terhebat UMNO rupanya..
-Kakiberuk

Tanpa Nama berkata...

Nazri..seorang pemimpin yang kunun bagus..tapi perangai tak ubah macam pencacai Pak Lah! kem PakLah perlu tendang orang macam die nih!
-Kekuatan UMNO Putera

Tanpa Nama berkata...

aku harap sapa-sapa orang UMNO sound si Nazri bangsat ni..sebelom aku datang menyelinap masuk ke dalam parlimen dengan kostum kelawar aku..dan sound mangkok ni depan orang parlimen..
-Batman Kuala Lumpur

Tanpa Nama berkata...

im totally agree with u on the MAJOR lack of sensitivity of both person mentioned above.

didnt they know islam thought us to symphatized to those in trouble. not to add more trouble to them.

what kind of leader are they? these are the people you want to lead our beloved Malaysia to a better nation? welll, i'll pray the best for all Malaysian.

please do pray for a better leader to lead our country. May Allah shows us their true color before it is too late.

-z.i-

Ibnu_Ismail berkata...

hmm... bukan ke Dato' Zakaria patut diambil tindakan undang2 dari dulu lg ke? takde pula. Sbb ade perkataan DATO' ke?

kasihan rakyat...

Tanpa Nama berkata...

Macammana nak masuk parlimen? Aku nak sound Nazri...

- Batman Kuala Lumpur

Tanpa Nama berkata...

hehe..batman ni... ko kan batman, mesti dah tau selok belok KL. hihi :D

Tanpa Nama berkata...

benarlah kata-katamu anonymous..batman seharusnya tahu tentang selok belok bangunan parlimen..dah lama tidak berkerja untuk membanteras jenayah kolar putih dan biru di masyarakat..Batman akan mara!
-batman Kuala Lumpur