Iklan

Ahad, September 16, 2007

Malaysia

Pada hari ini dalam tahun 1963 seiring dengan dentuman 101 das tembakan meriam dan teriakan "MERDEKA", Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kelahiran sebuah negara baharu kepada seluruh dunia. Negara itu ialah Malaysia. Stadium Merdeka yang dibanjiri oleh 30,000 umat Malaysia telah bergema kembali dengan laungan semangat rakyat seperti 6 tahun yang Ialu dalam tahun 1957 ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapal kemerdekaannya. Upacara membaca Deklarasi Penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di hadapan DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor-gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Turut serta dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negara yang baharu di dalam Persekutuan Malaysia laitu Lee Kuan Yew, Donald Stephens dan Stephen Kalong Ningkan. Upacara ini telah dlhadiri juga oleh Kabinet, anggota-anggota diplomat asing di Kuala Lumpur serta wakil-wakil dari Kerajaan-Kerajaan yang telah dijemput khas.

Upacara perisytiharan kelahiran Malaysia ini telah dimulakan dengan keberangkatan tiba DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Selepas selesai memeriksa perbarisan kawalan kehormatan dari Askar Melayu Diraja, Seri Paduka Baginda telah bertitah dengan ringkas menyatakan rasa syukur Baginda kerana rahmat yang dilimpahkan Allah ke atas rakyat Malaysia dan mengucapkan tahniah kepada Tunku Abdul Rahman. Kemudiannya Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah dipersilakan membaca perisytiharan itu. Perisytiharan penubuhan Malaysia ini adalah hasil dari satu perjanjian yang telah diperbuat pada 9hb Julal 1963 di antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Sabah, Sarawak dan Singapura yang telah bersetuju untuk membentuk sebuah negara baru yang bersatu yang dinamakan Persekutuan Malaysia. Dengan penubuhan Persekutuan Malaysia ini, maka Sabah, Sarawak dan Singapura telah terlepas dari belenggu takluk Britain dan Baginda Queen tidak lagi mempunyai kedaulatan serta kuasa ke atas ke tiga-tiga buah negeri itu.

Selepas pengisytiharan itu Tunku Abdul Rahman telah meneriakkan "MERDEKA" sebanyak tujuh kali dan telah disambut berselangseli oleh orang ramai dengan penuh semangat. Upacara itu diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said. Lagu Negaraku telah dimainkan dan perbarisan kehormatan askar Melayu Diraja telah memberikan tabik hormat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk berangkat pulang. Seluruh upacara ini, yang telah berlangsung dalam masa 40 minit telah diketuai oleh Datuk Maharajalela, Datuk Nik Mustapha Fadzil.

Negara yang telah diwujudkan pada hari ini dalam tahun 1963 sesungguhnya telah lahir dari lubuk hati umat yang inginkan kemerdekaan dan kebebasan sebagai satu bangsa yang berhak dan punya harga diri. Peristiwa perisytiharan satu hakikat sejarah dan akan kekal menjadi hakikat sejarah selama-lamanya.

__________________________________________________________

*Sumber: Arkib Negara Malaysia

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Taknak kepada BN? otak ko..!Malaysia yang dibina nih pun dibuat oleh orang yang samer! Ader ke Kominis, parti buruh, DAP PAS buat?takdak ponn...
Dah!Dah! Ko pigik kibar bendera MALAYSIA nanti boleh ada semangat negare sikit...!

-Kekuatan UMNO Putera

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Ko ni memang bingai la KUP. Kebodohan ko memang sesuai dengan nick name ko tu (KUP).
Ape yang ko tahu tentang Merdeka?
Kitab maner yang ter2lis UMNO yang memerdekakan Malaysia?Kalaupun jasa UMNO yang memerdekakan Malaysia, aku hampa, aku jijik sebab Malaysia yang dimerdekakan dari jasa UMNO melahirkan insan macam ko n sekutu2 ko..X der maruah, cakap berdasarkan nafsu tanpa nas2 yang kukuh..Anyway Tuhan 2 maha adil n tidak meletakkan orang macam ko di kalangan kami..
Meluat giler baca 2lisan ko..dahla benti2 comment kat blog org lain.. x suke ko bleh blah. menyemak jer dengan 2lisan2 bodoh ko..
wasalam..

>>DPPKHL

Tanpa Nama berkata...

ko lah tulis yang buduh! kater kat aku kunun!
Aku bacer semue buku memang uMNO, MCA MIC carik Merdeka bukan orang lain! Hal ini diakui oleh ketua Angkatan Pemuda UMNO Kami iaitu Khairy Jamaluddin!! Korang nak jenis sejarah aper lagik??eh..kat solah maser aku form 1-5 blajar sejarah pun kater camtuh!
Aparah ko DPPKHL!
Memang aku benci bace tulisan blog nih tapi sebagai nak tunai kewajipan perjuangan UMNO..aku turun kat sini..!Jawab..jangan tak jawab!
-Kekuatan UMNO Putera!

Tanpa Nama berkata...

Buku aper yang ko baca kawan..memang terserlah lah insan2 yang dilahirkan oleh islam hadhari hanya pandai mengeluarkan kata2 tanpa berfikir..pemikiran sampah..Siapa Tok Janggut?Siapa mat kilau, tok bahaman?Patut pun ko blajar sampar Form 1 - 5 jer?bukan nak menghina tapi ternyata ko memang x tahu ape2 tentang politikal..Dah la KUP banyak2kan mengkaji tentang KJ. Pewaris Islam Hadhari yang tidak pandai mentadbir keluarga sendiri. Di mana isteri langsung x menunjukkan ciri2 keislaman..Rupanya golongan2 sepertimu memandang dia terlalu tinggi...Aku x pernah bertemu manusia sejijikmu..Aper hebat sangat perjuangan UMNO ko?pejuang bangsa penghianat agama...

>>DPPKHL

najwan halimi berkata...

KUP,

Buku apa yg kau baca ckp UMNO-MCA-MIC yg perjuangkan Merdeka? Sila senaraikan tajuk-tajuk dan pengarangnya, aku nak tahu.

Lagi satu, setahu aku yg bukan ahli UMNO ni, Ketua Pemuda UMNO bukannya Khairy, tapi Hishamuddin Hussein.

Kau ni ahli UMNO apa sampai Ketua Pemuda sendiri pun tak tahu?

Aduhai..kasihan!

Kebangsatan UP berkata...

Hal ini diakui oleh ketua Angkatan Pemuda UMNO Kami iaitu Khairy Jamaluddin!!

soalan pertama, sejak bila Pemuda Umno jadik Angkatan Pemuda?setahu aku KeADILan jek pakai Angkatan Muda nih..hai,dah terbayang2 lambang KeADILan ke KUP sampai salah fakta?hahaha...

soalan kedua, sejak bila Khairy dah sah jadi Ketua 'Angkatan Pemuda' Umno nih?pemilihan tahun depan la! sokong Umno,pemilihan sendiri pun lupa..tu la masalahnya kalau fanatik Khairy.mingong!

Tanpa Nama berkata...

Aku mengaku aku seorang yang bodoh lagi bebal.Kerana itulah aku menyokong KJ dan UMNO.

-Kekuatan UMNO Putera!

Tanpa Nama berkata...

KUP,
Hmm..Memang sepadanla ko menyokong UMNO & KJ..Aku ucapkan terima kasih x terhingga kerana ko tidak menyebelahi kami..Kerana insan2 sepertimu tidak layak berada di pihak kami...

>>DPPKHL

Tanpa Nama berkata...

keiannyer KUP... agaknyer dia saje nk wt gempak kot msk cni... Wat da sick man...
-kainkapan-