Iklan

Rabu, September 19, 2007

KUP 2

Siri khas Santai Ramadhan Bersama Cybertrooper KUP diteruskan lagi dengan episod kedua. Agak mengejutkan kerana dalam siri pertama yang lepas, KUP bersikap agak lembut dan kelihatan mulai mesra dengan ulasan serta kritikan yang ditujukan pembaca terhadapnya. KUP juga kini sudah mulai sensitif dengan perasaan serta persepsi orang ramai terhadapnya dengan menyatakan maaf dan kekesalan terhadap mereka yang disinggungnya.
Alhamdulillah, ini merupakan satu permulaan yang baik sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini untuk kita sama-sama menyaksikan perubahan KUP ke arah menjadi insan yang lebih berakhlak dan rasional.
KUP juga dalam siri sebelum ini telah membuat pengakuan bahawa beliau bukanlah cybertrooper yang dilantik sendiri oleh Khairy Jamaluddin dan Datuk Azalina Othman tetapi beliau melakukan tugas sukarela menjadi cybertrooper sebagai satu jihad untuk membela parti AlifMimNunWau (SARKIS) dari terus dikritik oleh saya. Beliau juga khabarnya amat menaruh harapan untuk menjadi cybertrooper SARKIS yang rasmi dengan niat mendapat habuan sebanyak RM2000.
Nasihat saya kepada KUP, tidak usahlah berharap sangat. Khairy dan Azalina tidak mungkin akan melantik anda sebagai cybertrooper SARKIS sekiranya kualiti hujah-hujah anda masih di tahap yang memalukan sehingga memaksa seorang yang memakai gelar Khairy Jamaluddin untuk menasihatkan anda agar menghentikan hujah-hujah yang bersifat hentam semberono itu.
Pun begitu, saya ucap tahniah kepada saudara KUP kerana melalui ulasan terakhirnya dalam siri terdahulu, beliau sudah mulai melakukan research dengan mengirim petikan ucapan Pak Lah berkenaan Islam Hadhari yang disampaikannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada tahun 2004. Insya-Allah, saya akan meluangkan sedikit masa untuk membuat ulasan ringkas berkenaan dengan 10 prinsip Islam Hadhari yang dikemukakan oleh KUP dalam ruangan ulasan sebelum ini.
Apa pun, kita teruskan episod kedua siri khas Santai Ramadhan Bersama Cybertrooper KUP ini dengan mengikuti koleksi "terbaik" hujah-hujah saudara KUP yang seterusnya dalam beliau membela Khairy, Pak Lah, Umno dan Islam Hadhari.
Selamat bersantai!





18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya sokong KUP! teruskan kebodohan mu wahai KUP...

Tanpa Nama berkata...

Wah! Yang cakap kat di Ulasan KUP 1 tu betul ke Khairy Jamaluddin.?

Jikalau betul,Tahniah diucapkan kerana ingin membawa FAM dan bola sepak Malaysia untuk maju!

Ok la pengendali blog, aku surrender lah..makin lama aku menginap kat blog ko nih, makin banyak pulak kutukan dari pembangkang..tapi nanti, aku nak tunggu ulasan dari ko, tumpang lalu dan Shekryz ttg Islam Hadhari..hah, tu fakta aku dah bagik.tapi tuh bukan aku tulis..tu speech Pak Lah!Enjoy bacer dan hayati pengisian PM kiter ok? hehe!

-Salam Ramadhan untuk semua dan kemaafan dipinter oleh aku.Kalu korang teraser..aku minte maap yek.Nantik aku free, aku jengok! ok cepat ulas Islam Hadhari.

-Kekuatan UMNO Putera merenong tulisan KUP 2 untok berdamai dengan Pembangkang!

Tanpa Nama berkata...

Hah Najwan (maybe namer samaran ko)..dahlah citer pasal aku weh!..ko siap wat ceriter siri KUP pulak dah! Malu aku tau tak?? Tapi aku raser kalu aku jarang dtg blog ko nih..mesti tak meriah lagik.hehe!
-Kekuatan UMNO Putera

cakapbelakang berkata...

aih kup..

rilek la..

takkan goyang kot..

alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan..

alang2 sepak terajang, biar sampai bengkak lebam..

alang2 menghayun parang, biar sampai bermandi darah..

pantang melayu dicabar, seluruh dunia akan digegar..

kata kekuatan UMNO putera..

pffft!~

Tanpa Nama berkata...

Cakap belakang, aku surrender tak bermakna aku pergik dari blog nih..Eh, pandai gak berpantun ek?haha!
-Kekuatan UMNO Putera

Tanpa Nama berkata...

Cakap belakang, aku surrender tak bermakna aku pergik dari blog nih..Eh, pandai gak berpantun ek?haha!
-Kekuatan UMNO Putera

muqay berkata...

KUP kan nak blah gitu jer, bg la pantun sepatah dua. adat melayu perlu bayar blik pantun tu. tak gitu ker KUP ?

Tanpa Nama berkata...

Jangan kiter ngisap dadah,

Nanti masuk ospital kalu overdose,

Aku memang raser nak belah,

Tapik.. aku raser aku nak stay terus :-)!

Bukak poser kiter kener makan,

Kalu tak makan kang pengsan,

Aku nak mintak kemaafan,

Jom kiter bersalam tander perdamaian.

-Kekuatan UMNO Putera

akuorangbiasa berkata...

bagus la tu dh berdamai...aman...hahahah

i hope someday you will join us
and the world will be as one

John Lennon - Imagine

Tanpa Nama berkata...

kita mestilah tegakkan melayu dimuka bumi melayu ini!

sapa yang kutuk pemimpin melayu tulen seperti kanda khairy yang mulia elok direjam sampai mati. sampai mati pun aku akan pertahankan dia!

jangan ko pandai-pandai nak kata orang umno ni bodoh tau. kami belajar tau. sekolah kami tinggi!

semua putera umno sedia bersatu untuk menghancurkan PRK, PAS dan DAP jika perlu. kami ada muscle power.

tapi tak aci sepak lutut tau!
otak kami kat situ~

Tanpa Nama berkata...

kairi babiii!!

najwan halimi berkata...

Dedikasi khas utk KUP. Ulasan ringkas saya terhadap prinsip songsang Islam Hadhari.

___________________________________
1) Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah

Iman yg mcmn mahu dibentuk oleh Islam Hadhari?

Apa erti takwa kalau Islam masih jadi mainan dan madah manis mulut-mulut pemimpin Umno sahaja. KUP, aku nak tanya kau..apakah isteri Pak Lah, Jeanne dan anaknya Nori serta menantunya Azrene melaksanakan tuntutan sebagai seorang Muslimah?

___________________________________
2)Kerajaan Adil dan Beramanah

Apa yang adilnya kerajaan Umno?
Kalau betul adil, kenapa orang Cina dan India asyik merungut je yg mereka ni dilayan seperti warga kelas ketiga?

Beramanah? Apa jadi dengan kes Eric Chia, Zulkifli Mat Noor (BPR) dan Musa Hassan (KPN)?

Dan Kasitah Gaddam, kenapa kes dia senyap je yek???
___________________________________
3)Rakyat Berjiwa Merdeka

Berjiwa Merdeka? Merdeka yg terbelenggu dgn kezaliman Umno!

Kalau nak lahirkan rakyat yg berjiwa merdeka, kenapa tak mansuhkan ISA, AUKU, OSA?

Kau tahu ke apa itu ISA, AUKU dan OSA?

___________________________________
4)Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Ilmu pengetahuan bukan setakat perlu dikuasai, tapi perlu diamal dan dipraktikkan.

Mcmn ilmuan nak mengamalkan ilmu dan kemahirannya kalau universiti dan kolej universiti tidak punya autonomi dan dikawal oleh Umno?

Mintak penjelasan ye sdr KUP...

___________________________________
5)Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif

Ya, seimbangkan poket2 kroni dan suku sakat!

Aku nak mintak KUP jelaskan satu je..apa sebenarnya yg terjadi dalam isu PKFZ?

___________________________________
6)Kehidupan Berkualiti

Kehidupan berkualti...

1. Tol naik
2. Minyak mahal
3. Harga ayam naik
4. Tambang bas/teksi pun nak naik
5. Harga barang melambung
6. 80,000 siswa menganggur
7. dan lagi yg tak tersenarai...

___________________________________
7) Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita

Kaum wanita hanya dijadikan bahan hinaan oleh Umno.

Contoh: Bung Mokhtar dan Said Yusof menghina kitar haid wanita.

Hak kaum pekerja utk menuntut gaji minimum RM900 dan COLA RM300 juga tidak dipeduli oleh kerajaan Islam Hadhari Umno.

Yang ini dikatakan membela hak minoriti dan wanita?

Apa cerita ni KUP?
___________________________________
8) Keutuhan Budaya dan Moral

1. Budaya samseng dan menipu dipelopori Khairy.

2. Budaya maki hamun dipelopori Nazri Aziz.

3. Budaya menunjukkan isyarat lucah dipelopori Adnan Yaakub.

4. Budaya hunus keris dipelopori Hishamuddin.

5. Budaya hina perempuan dipelopori Bung Mokhtar Radin.

6. Budaya tutup sebelah mata dipelopori Said Yusof.

7. Budaya tidur dalam majlis dipelopori Pak Lah.

8. Budaya takut masuk mahkamah dipelopori Najib Razak.

9. Budaya tidur hotel dgn bini orang dipelopori Rahman Ismail.

10. Budaya menyalahkan Tuhan dipelopori Samy Vellu.

dan KUP mempelopori budaya bercakap tanpa fakta!
___________________________________
9) Pemeliharaan Alam Semulajadi

ini tak perlu tgok jauh2..

Umno-BN lebih rela alam sekitar dicemari oleh najis babi.

Polis sanggup tembak orang tapi dengan babi dia takut! tak gitu KUP?
___________________________________
10) Kekuatan Pertahanan

Takde lah kuat mana, helikopter Nuri asyik jatuh je..

pernah sekali, helikpter jatuh di hutan Pahang, tp radar tentera Singapura yg dpt kesan lokasi helikopter tu dulu.

KUP, hebat sangat ke kekuatan pertahanan kita di bawah Islam Hadhari?

Averroes berkata...

This KUP guy loves to make an ass out of himself, doesn't he? Does he know this?

Tanpa Nama berkata...

Pedas jugak jawapan darik saudare Najwan ngan averroes nih..takpe, biar aku pikir nak jawab balek yek hehe!
-Kekuatan UMNO Putera tengah berpikir..

FluTTerBy berkata...

erm..takder jawpan dari KUP? dah july 2008 nih? aku nk gak baca reply KUP..kuikui

Tanpa Nama berkata...

aku rasa KUP ni dah x ada...dah ke alam lain.

Tanpa Nama berkata...

KUP??dah nak setahun ni..lamenye pk jwpn utk soklan2 bro najwan?adeka otak di lutut atau lgsg tiada?oh..mgkin die sudah insaf dan jadi sebahagian dr kita smua..jadi die mendiamkan diri sahaja..hhaha..

ubey berkata...

mcm yahudi je KUP tu, sket2 nk memperjuang melayu. x pnah sebut agama pon. patut pon ade myth cakap melayu ni adalah 13th tribe yahudi yg hilang