Iklan

Isnin, September 17, 2007

KUP 1

Blog saya kebelakangan ini sudah bertukar menjadi blog komedi, kata teman-teman. Rata-rata menyatakan bahawa mereka cukup terhibur membaca ulasan-ulasan di blog ini.
Semestinya kita harus berterima kasih kepada pengunjung "kehormat" blog ini yang memakai gelar Kekuatan Umno Putera, lebih mesra di kalangan pengunjung dengan panggilan KUP. Tanpa KUP, saya rasa blog ini sudah pasti hambar dan membosankan.
Saya juga ingin menyatakan penghargaan kepada saudara Khairy Jamaluddin dan Dato' Azalina Othman kerana telah menghantar saudara KUP untuk memeriahkan blog saya dengan hujah-hujahnya yang membuatkan kalangan pembaca marah dan ketawa.
Jelas sekali, inilah dia contoh terbaik seorang cybertrooper yang berjaya dilahirkan oleh UMNO menjelang pilihanraya umum yang akan datang ini. Sebagai dedikasi dan penghormatan terhadap saudara KUP, saya ingin melancarkan siri khas di blog ini dengan tajuk "Santai Ramadhan Bersama Cybertrooper KUP".
Siri khas ini sebetulnya akan menampilkan koleksi "terbaik" hujah-hujah saudara KUP dalam mempertahankan maruah dan keagungan tuannya--Khairy Jamaluddin, parti kebanggaannya--UMNO, "nabi" ikutannya--Abdullah Badawi dan anutan kepercayaannya--Islam Hadhari.
Selamat membaca!





41 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dahsyat sungguh sahabat kita nie...
wahai KUP,berbangga lar...saudara najwan telah mengiktiraf anda dengan menzahirkan sebuah entri khas utk anda,tak ramai org bley jadi mcm nie
kalo ikut style dan lumrah penulisan sahabat saya najwan,kalo org itu sgt dihormatinya,layak lar nama dia dipaparkan di entri najwan,ATAU...org itu betul2 kelakar dan mengecewakan,mcm idola andalah KUP,khairy,Pak Pendukung Islam Hadhari,dan sebagainya.

Tahniah juga kepada KUP nie,jelas entri khas yg didedikasikan utknya ini menjadi punca kegembiraan bagi KUP karena namanya sebaris dengan idolanya,seorang yg kelakar,kurang ilmu dan faktanya,emosi yg lebih,maki jer tau...

-pelajar yg gemuk V-

Tanpa Nama berkata...

haha aku suka entri ni. bagus la ko najwan ko compile sume. kabut la lu KUP. ayat ko mmg x membina langsung.

muqay berkata...

KUP ni pada pandangan saya kita tibai cukup2 jgn bagi ruang, buat habis duit mak bapak dia jer ngaji kat sekolah dulu tu, tak tau nak wat perbandingan antara haq dan batil.

Sudah lah KUP.

Tanpa Nama berkata...

ewah!ewah ewahhh!!! berrani berkater kat aku macam tu yer..ko nih dah bermain api!ooo...pandai dah kutuk aku yerr..haq la, batil la..tunggu lar..aku akan bagik pembalasan yang hebat gemilang dan terbilang!!!berrani menampakkan aku seolah2 aku nih tolol yer...takpe2...tunggu!
aku akan balas kater2 korang nanti!hahaaha!
-Kekuatan UMNO Putera

Tanpa Nama berkata...

ishk Muqay! menyibuk jek ko nih..dah shuh! shuh!! sibuk jek..campur urusan perjuangan UMNO membanteras fitnah2 jahat nih!
-kekuatan UMNO Putera

tumpang lalu berkata...

jarang Ramadhan aku disertai dengan lawak jenaka yang betul menghiburkan aku.

tahun ni kali pertama aku berpuasa dengan lawak KUP.tahniah KUP kerana menceriakan ramadhan aku dengan kedangkalan pemikiran ko.

pegi la belajar berdebat dan berbahas dengan fakta.mungkin itu akan lebih mematangkan ko.dari atas sampai bawah,semua komen ko yg najwan tunjukkan takde satu pun fakta.semuanya auta!

ada satu komen ko tu ko sebut "apa gune ko menentang kerajaan agung BN tu taufiq?"
Firaun pun tak declare kerajaan dia kerajaan agung.ko ni nampaknya nak meletakkan diri ko atas daripada firaun agaknya.

Tanpa Nama berkata...

KUP ni rase2 nyer sakit otak... Xsangka aku ley tau kewujudan KUP. KUP, sile check otak anda di hospital berdekatan ye.... kakaka


kainkapan

Tanpa Nama berkata...

Wah!Wah!Waaaaahhhh!!! Berrani tumpang lalu berkate-kate yek..agaknya ko ni jenis yang kurang ajor kat skolah sebabtu biler cekgu sejarah cakap pasal merdeka nih umno,mca dan mic buat..o tibe2 ko datang depan kelas cakap tumpang lalu kat cekgu pasal nak brambos dari kelas time dia tgh cakap yek? aku teka2 jek!
-kekuatan UMNO Putera Marah Dah!

Tanpa Nama berkata...

Wei gemok V..namer ko ape maksud nye ek?bukan ape..makin berisi maken mengata-ngate kat aku yek..mmm, malam nih ko bukak puaser makan kat MCD ke? mm jangan luper beli big mac 5 bijik, pastu ko sumbat banyak2 k? pastu esok ko kutok aku!hangin betoll cakap ngan ko nih!
-Kekuatan UMNO Putera Mendengus nafas marah!

Tanpa Nama berkata...

Kainkapan..ko nik datang dari maner hah?jangan nak mulut jahat di bulan poser!aku tak kenal pon ko..tiber menyibuk datang nak attack aku..ko sape hah?ntah2 orang2 yg terlibat kat batu Burok..ke ko nih jual kain kapan time tuh takut2 perusuh ada yang mati..boleh wat duit extra di bulan puase!kuikui!!
-Kekuatan UMNO Putera

Tanpa Nama berkata...

Ok! biar aku mengaku.Aku bukan cybertrooper UMNO rasmi yang dilantik oleh Dato Azalina dan Khairy! Aku hanya jadik ""Cybertrooper UMNO tak rasmi""tetapi, aku sukerela nak wakili parti Aku dari dihine dengan sebegitu kejam! kalu aku dapat jadik cybertrooper UMNO rasmi..wah, nak jugak! boleh aku dapat rm 2000, belik baju raye tahun nih hehe! Yaa Najwan..berapa ribu pihak asing bayar onko?tentu ko sekarang tengah ngire duit2 masok tiap2 bulan..pastu tgh pikir nak beli baju raye apa la yek?? jangan marah dong..teka2 jek..tapi,
aku syorkan ko belik baju kominis siap ngan topi bintang tiga wat pegik semayang raya hahah!
-Kekuatan UMNO Putera

Ketua Angkatan Pemuda UMNO (spt yg dinukilkan oleh KUP) berkata...

dah dah la tuh cybertrooper sekalian...drpd korang dok main dalam nih baik korang datang jenguk anak aku yg baru lahir nih...bagi2 adiah ke sket...takpun mlm ni kite bukak puasa sesama...kompeni aku untung besar skang...ingat nk blanja korang la...biase laaa korang bukan taktau aku kan sayang kroni...eh silap...sayang UMNO...ade sesape kat sini tau nombo tepon maya karin tak?? aku try call tapi x dpt la..dah tukar nombo kot...huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Najwan..mintak maap la posting kat atas..aku takut ko sensitif ttg kominis jek..ok aku tarik balek kata2 kat atas.
-Kekuatan UMNO Putera

Tanpa Nama berkata...

Halo Chief! apa kabar? nak nombor maya karin kene tanya Celcom..mesti diorang ader kot hehe!
-Kekuatan UMNO Putera

Tanpa Nama berkata...

sahabat kita KUP nie still mcm biaser gak...
saya ngah nunggu hujag dan fakta dari dia,dia suh saya buka posa kat McD....banyak duit??saya nie insan biaser je yg bley pikir dgn rasional...tapi KUP nie....malas nak ckp lar,menghabis air liur jer.

KUP....nama saya ialah nama saya.hahaha.wahai KUP,saya tak kutuk,saya dok sebut realiti jer,maaf lar kalo terasa,org ckp terasa nie tandanya betul lar,kalo saya ckp anda nie lawak n kelakar,kalo terasa,mmg benarlar,wahahahah

-pelajar yg gemuk V-

bo berkata...

man.... ur blog stuff makes me laugh shit! LOL

Tanpa Nama berkata...

oK la gemuk v..no hal lah! hehe!
-Kekuatan UMNO Putera

Tanpa Nama berkata...

kaw2 la..tkde fakta jgn bukak mulut..wat malu je..nampak sgt ko tu bodo KUP..

takmainmoto-bwkketekuat-a.k.a.matker

cakapbelakang berkata...

posting ini benar2 menceriakan hari-hari ako..

sedangkan empunya diri KUP boleh sukarela mempertahankan parti yang dijunjung secara sukarela, ape salahnye saudara najwan memperjuangkan apa yang telah parti agung yang dijunjung itu terlepas pandang..

kan elok camtu..saling bantu membantu..improve mengimprove..

ladymariah berkata...

hahaha. good. good. ada juga lawak untuk hari ini. kan bagus kalau ramai lagi putera2 umno ataupun puteri2 umno yang join baca blog najwan ni. atau, wanita umno ke? nak join? hahaha.

Tanpa Nama berkata...

bebal=KUP

Tanpa Nama berkata...

KUP, aku tunggu nk bungkus ko skali ngan maharaja berok dan berok2 yang lainnya....
-kainkapan-

Tanpa Nama berkata...

KUP, jgn igt sume org x knl ko... Ko xknl aku sape...Jgn nk berlagak. Ko tunggu je la...
-kainkapan-

syeikhryz berkata...

syeikhryz ckp=hahahhahahahhahahhahahhahahahahhahahahahahahahhahahahahahahahahhahahahahahahaha...wan,congratz,xde apa yg lebih meriangkan aku bila lawat blog anta ni selain nak baca hujah PENDUKUNG ISLAM HADARI ISLAM HAKIKI saudara KUP.....Cukup terhibur dan gelihati aku baca komen dia...hahahhahahahahahhahahahaha....good job wan,at least ko bagi penghormatan kat saudara KUP ni dgn satu entri khas...hahhahahaha...tapi dlm pada masa yg sama sedih jgk tengok anak MELAYU yg konon nya perjuangkan MELAYU tapi TEMPANG mentalnya mcm KUP ni....hahahhahahahahahhaa..

Tanpa Nama berkata...

najwan,masuk utk baca komen kat blog ko dah macam masuk chatroom.

Tanpa Nama berkata...

sempena pilihan raya umum yg akan dtg ni, paper utusan ckp student kat us,uk dpt kenaikan elaun sara hidup sebyk 97%. tp sumber lain aku dgr dr officer dia sendiri ckp naik 25% jek. yg mana 1 btol? ni salah satu taktik gak ke?

iBNuZaCK berkata...

Masuk Mirc ramai-ramai kalo nak chatting.LOL

Wan,posting2 dia ko kumpul,buat buku.Pastu jual dgn tajuk "Panduan Menjadi Pendokong Islam Hadhari Islam Hakiki zaman-berzaman"

LOL

Tanpa Nama berkata...

KainKapan,

Kalau kau tersinggung dgn kata2 aku kat atas..aku mintak maaf.
-Kekuatan UMNO Putera

Tanpa Nama berkata...

Najwan, Tumpang Lalu, Sheikryz..cuba korang bacer nih betapa bagus nyer nilai Islam Hadhari.

Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta fizikal.

Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas dan difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas akidah. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah, akan dapat menghadapi cabaran dan reality semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan tempat. Adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi, diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang komprehensif, diperlengkap pula dengan program pembangunan rohani untuk menyemai nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.

Prinsip Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama;
Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah
Kerajaan Adil dan Beramanah
Rakyat Berjiwa Merdeka
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
Kehidupan Berkualiti
Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
Keutuhan Budaya dan Moral
Pemeliharaan Alam Semulajadi
Kekuatan Pertahanan

Prinsip-prinsip ini adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sebuah Negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk memperkasakan umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.

Perubahan minda umat memerlukan satu tindakan secara menyeluruh, secara drastik, secara sistematik, dan tidak bersifat sector atau partisan. Ini memerlukan satu perubahan tasawwur seluruh masyarakat. Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan perlu dititikberatkan, khususnya prinsip Maqasid al-Syariah adalah berkaitan dengan lima perkara;
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan

Usaha yang konsisten hingga menghasilkan kejayaan yang berterusan perlu dirancang. Segala bentuk mengelirukan dan tidak bersesuaian dengan kefahaman Islam perlu dikikis supaya pemikiran dan jati diri umat dapat dibentuk. Perubahan sikap dan budaya umat memerlukan peranan berijtihad dan berjihad. Konsep jihad perlu ditafsirkan secara meluas, meliputi aspek kehidupan manusia seperti menuntut ilmu, menguasai sains dan teknologi serta melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi. Peningkatan kualiti ( itqan) dalam semua urusan dan kegiatan kehidupan hendaklah dijadikan budaya. Ijtihad membina ummah dalam zaman moden ini perlu diberikan perhatian dan diberi pengiktirafan.

Masyarakat Malaysia perlu diberikan kefahaman Islam yang membolehkan umat menghayati dan mewarisi wawasan ketamadunan global untuk membolehkan umat berperanan secara berkesan di peringkat global. Semangat ukhwah Islamiah perlu dipupuk dan disemarakkan bagi menghasilkan rangkaian social yang mantap sebagai satu strategi ke arah meningkatkan daya saing umat. Masyarakat Malaysia perlu menghargai dan menghayati sifat berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada pihak lain.

Sikap dan nilai-nilai negatif masyarakat perlu diubah kepada nilai-nilai yang terkandung di dalam tasawwur Islam. Umat perlu menjadi masyarakat iqra’ dalam hasrat mahu membina kemampuan bangsa dari segi peningkatan penguasaan ilmu, kemahiran dan kepakaran. Tuntutan Islam mewajibkan umat menguasai ilmu dalam semua bidang perlu dihayati. Perlu diperbetulkan sebarang salah faham terhadap konsep ilmu agar tidak berlaku pemisahan antara ilmu sekular dengan ilmu agama. Penguasaan sains dan teknologi serta peningkatan kemahiran dan kepakaran merupakan sebahagian dari tuntutan Islam. Sumbangan tamadun Islam dalam sains dan teknologi yang membawa kepada kelahiran renaissance di Eropah wajib diketahui oleh semua pelajar Islam. Usaha melahirkan saintis Islam yang dapat menghasilkan penemuan-penemuan baru perlu diperbanyakkan.

Dunia adalah satu perjalanan yang harus dimanfaatkan dalam proses pengabdian manusia kepada Allah SWT dengan mnyempurnakan tanggungjawab fardu Kifayah secara sempurna, jujur,telus dan amanah. Manusia tidak mungkin berjaya memanfaatkan dunia ini dengan baik jika sikap dan pandangannya terhadap dunia tidak tepat. Manusia itu adalah khalifah dimuka bumi ini . Oleh itu, amatlah penting untuk umat manusia itu diperlengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran, supaya membolehkan manusia menguasai dunia atau , menjalankan peranannya untuk memakmurkan dunia.

Ucapan-ucapan YAB Perdana Menteri tentang Islam Hadhari:23 September 2004 di PWTC.

-Kekuatan UMNO Putera

Tanpa Nama berkata...

Hidop Islam Hadhari selamernyer!!

-Kekuatan UMNO Putera

Tanpa Nama berkata...

kup.. ckp kat 'KJ',sampaikan salam aku buat maya karin ea..
bile la nak kantoi isu nie kan.

Khairy Jamaluddin berkata...

KUP,

Stop your nonsense.

Tolonglah, jangan jatuhkan maruah I macam ni.

For all those readers, I dont even know this bloody KUP.

He claims to be my supporter but as far as I know, I never ever teach my supporter to be like this eventhough I'am much of his kind.

KUP, call me ok. Nanti I bayar upah you jadi cybertrooper and sebab tolong defend Islam hadari daddy in law i yg sesat ni. I belajar kat Oxford dulu pun takde dengar pasal Islam Hadari ni.

But after this KUP, u jgn komen bodoh2 mcm ni lagi. Please la, bagi la hujah n fact yg betul.

Malula I mcm ni...

Khairy Jamaluddin berkata...

hey anonymous,

I mana ada affair dgn Maya dah skrg. Its all a lie. I swear to God, my only love is Nori.

And kami dah buktikan pun cinta kami dengan kelahiran anak lelaki last week.

Please stop this nonsense ok u guys!

Maya and me mmg takde apa2. hanya kawan!

Tanpa Nama berkata...

haha cam sial

Tanpa Nama berkata...

btl ke KJ yg post comment tuh??
-kainkapan-

Tanpa Nama berkata...

kainkapan,aku rasa itu budak2 nakal je yg menyamar jd KJ. takkanlah KJ bc blog kot..

dia tentu sibuk duk jaga baby je skang ni..hahah!

Tanpa Nama berkata...

haa, tu yg aku peliks tu... kekekeke..nk plak KJ lyn blogs2 nih...kuikuikui

Tanpa Nama berkata...

haa, tu yg aku peliks tu... kekekeke..nk plak KJ lyn blogs2 nih...kuikuikui
-kainkapan-

ladymariah berkata...

hahahaha. lawak tahap cipan!

Tanpa Nama berkata...

jgn2 KUP nie yg nyamar jd peraba puteri UMNO kt permatang pauh tue, die amek kesempatan sekali kot.....atau die yg belasah reporter tue....btol ke KUP???

xBrain berkata...

KUP nih haprak gak..
gaya bunyi mcm org kuat KJ kat UMNO cheras jer..

KJ la nih dok senyap sebab takut kena fire atas korupsi yang maha hebat