Iklan

Rabu, Ogos 29, 2007

Harapan

Akhbar The Star hari ini menyiarkan harapan seorang bekas banduan (gambar di atas) sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50. Bekas banduan yang juga merupakan mantan Ketua Polis Negara ini menyeru agar semua rakyat Malaysia menjadi sebuah bangsa yang bersatu. Tambah beliau lagi, status agama 'Islam' dalam kad pengenalan seharusnya dihapuskan kerana hal ehwal agama merupakan urusan peribadi seseorang dengan Tuhan.

Saya secara peribadi bersetuju dengan saranan beliau itu. Kalaulah sembilan tahun yang lalu beliau bersifat matang dan rasional sebegini, mungkin beliau bakal dikenang sebagai salah seorang Ketua Polis Negara yang terbaik dalam sejarah. Beliau merupakan antara tokoh penting yang berperanan dalam mengatur perjanjian damai antara kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya yang berpengkalan di Selatan Thai suatu ketika dahulu.
Malangnya, sembilan tahun yang lalu, beliau terlalu emosi dan angkuh dengan kekuasaan yang dipegangnya. Dan tentu ramai yang masih ingat lagi dengan gambar di bawah ini. Gambar yang mengubah takdir serta reputasi seorang Ketua Polis Negara...

Buat Tan Sri Rahim Noor, selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50. Semoga harapan dan impian Tan Sri untuk melihat sebuah Bangsa Malaysia bakal jadi realiti suatu hari nanti...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syaitan! Kenapa perlu buang status agama Islam.Bukan apa, kenapa orang Islam perlu lepaskan hak sedikit demi sedikit..apa dah jadi dengan kaum spesis beruk aku ni? Aku keciwa dan malu kerana darah beruk ku ini tidak boleh dibanggakan lagi..dulu aku bangga dengan darah beruk ku ini,kini aku keciwa..banyak beruk-beruk lain tidak lagi bersyukur untuk tinggal di pokok..maklumlah, dah lupa aal usul..-Kaki Beruk

CEYLONTIGRIS berkata...

Hey brother najwan, I have been a silent visitor to your blog and allow me to thank you for all you have written about and your support for injustice practices in the country.

As blogs have blossomed, replacing tattered old diaries, and one of the most popular subjects seems to be the state of the nation. This phenomenon has become so popular even MP’s have jumped on the bandwagon, although any MP that has time to blog is probably not spending enough time in his constituency, but that’s just being cynical.

From the effects of the petrol price hikes on the cost of teh tarik to downright serious observations on the independence of the judiciary, nothing seems to have escaped the attention of everyday Malaysians. And since staid and sombre people are more prone to be irritated, this writers spends a fair few hours everyday trawling through their articles looking for bones to pick. In the aims of improving the current state of the country.

After leaving many anonymous comments in various blogs/forums and feeling smug about himself, this newbie, has noticed that a fair few of these political commentaries come from writers/groups of writers who have had/are still putting great effort in breaking the bearer and fight the right for freedom after speech and have a say as a citizen of Malaysia and as a human in whole.

These has motivated me, as a youth, a student and as a citizen of Malaysia to challenge myself, and write to express the feelings and support what many great bloggers, namely yourself, Jeff Ooi, Nanthaniel Tan, Rocky’s Bru and many more. I hope I would be able to contribute towards this fight for a new Malaysia. And I seek guidance and insight from all of you. And I would like to thank you all in advance for it.

And I yake great pleasure in inviting you to join us at an effort to promote the start of a new revolution, a new race, of “Satu Negara, Satu Bangsa, Bangsa Malaysia”. Start by placing a badge/tag of "Saya Anak Bangsa Malaysia" on your blog.

Please do visit this link to find out more.

syeikhryz berkata...

Salam,ana kurang setuju satu perkara dgn rahim noor punya kenyataan ni,soal islam bukan hal peribadi(that so called islam as a private relations between person and god)....islam bukan hal peribadi...ana lebih suka pegang kpd ucapan syaidina ali kwj yg menyatakan bahawa agama dan politik ibarat taman dgn pagar,kalau xde pagar taman akan hancur di binasakan oleh binatang buas,so mesti ada kawalan. makna nya ialah islam itu bukan sekdar hak peribadi since pemikiran politik islam menetapkan bahawa islam itu syumul serta bukan sekadar aktiviti ritual shaja......islam meliputi pelbagai aspek kehidupan tetapi jgn kita menolak hak org lain besuara...jadi ana menolak pendapat rahim noor ini!......even ibnu khaldun&al farabi punya unit analisis politik&kehidupan ialah masyarakat sebagai unit terkecil dan bukan individu......seklai lagi di tegaskan bahawa islam bukan sekadar hak individu....sekadar pendapat ana la...

Tanpa Nama berkata...

cerita lama ..surat khabar lama...DSAI tidak akandapat jadi PM!