Ahad, Julai 01, 2007

Wacana?


Ompi: Wah, ini ke menara KLCC yang orang dok cakap tu?
Syukri: Yela. Inilah dia. Lawa sial. Selama ni aku dok tengok dalam TV je. Baru hari ni dapat tengok depan mata. Kat Pahang hutan je. Tu pun dah nak habis gondol semua dek sebab pembalakan haram.
Ehsan: Aku dengar diorang untung 76 bilion ringgit baru ni.
Ompi:Siapa?
Ehsan: Petronaslah. Kau ni, tak baca paper ke? Takkan itu pun tak tahu.
Ompi: Ah, aku mana baca paper dah sekarang. Karut je semua. Tak habis-habis cerita pasal Altantuya. Aku dengar nama Najib pun dah naik. Sure gelabah punya mamat glokal tu. Orang Keadilan pulak sekarang ni ramai yang keluar parti. Aku dengar baru ni Ezam pulak umum keluar parti. Dia cakap Anwar diktator.
Ehsan: Biasalah tu beb, politik. Masing-masing ada kepentingan. Tapi bagi akulah, Ezam kalau masuk Umno memang aku tak boleh terima. Dulu mati-matian kutuk Umno, tibai kerajaan apa semua.
Hisham: Bro, rileksla. Biar lantak je la orang-orang politik ni. Buat apa kita nak susah-susah pening kepala. Baik korang pikir macam mana bila kita dah grad nanti. Lagi setahun je lagi kita nak habis belajar ni. Nak kena bayar PTPTN lagi. Nak pikir pasal kerja lagi. Dah la sekarang ni susah nak dapat kerja.
Syukri: Tu la korang ni. Orang politik tu peduli apa pasal kita. Diorang pikir nak kayakan diri dan gemukkan perut diorang je. Rasuah je kerja. Korang ingat untung Petronas tu dapat ke kita merasa? Untung berbilion-bilion pun, kalau minyak asyik dok naik je, baik tak payah!
Ehsan: Tu la pasal. Aku sekarang ni nak bawak kereta pun cam malas je. Minyak mahal. Tol lagi. Dulu pembangkang kononnya nak demo sampai tol turun, tengok-tengok senyap macam tu je. Cakap lebat. Habuk pun takde.
Ompi: Dah la korang, jom la kita pergi makan. Aku teringin Burger King ni. Nak makan McDonalds tak boleh sebab ustaz aku suruh boikot. Agen Yahudi katanya. Burger King takpe kot.
Hisham: Jom la. Aku pun dah puas tengok menara jagung dua batang ni. Lapar pulak rasa. Jom makan burger jom! Kat sana karang boleh sembang lagi. Sambil-sambil cuci mata tengok budak-budak Melayu punya pusat, dang it!



(Gambar: Sekumpulan anak muda mengagumi bangunan KLCC)

Label: , ,

9 Ulasan:

Anonymous afifi berkata...

nadanya seperti putus sudah harapan?

Julai 02, 2007 7:16 AM  
Blogger syeikhryz berkata...

hmmmm......petronas untung,rakyat rugi...hahhahahah...siapa yg nak di harap lagi?.

Julai 02, 2007 10:45 AM  
Blogger panjiAlam berkata...

ITULAH GUNANYA KUASA..BILA KUASA SALAH DISALURKAN PADA YANG BUKAN HAK..YANG ZALIM TERUS DENGAN MENGHENTAM GOLONGAN YANG LEMAH..RAKYAT YANG BUTA TERPEDAYA DENGAN TIPUDAYA PUAK2 NIH..RAKYAT MASIH DIPERBODOHKAN MACAM DULU..BUKALAH MINDA WAHAI SEKALIAN..PEMBANGUNAN UNTUK SAPA JIKA KITA TERUS TEKPAKSA MENANGGUNG BEBAN UNTUK SEMUA INI..

Julai 02, 2007 12:22 PM  
Anonymous makcikahjuma berkata...

best!

Julai 02, 2007 4:45 PM  
Anonymous ompi berkata...

Jom makan Burger King..

Julai 02, 2007 7:51 PM  
Blogger amar berkata...

Dan apa tugas rakyat? Bayar cukai dan mengomel?

http://sanitoria.blogspot.com/2007/06/apabila-hulubalang-bersuara.html

Julai 03, 2007 8:33 PM  
Blogger najwan halimi berkata...

Afifi,

Bukan putus harapan. Saja tukar stail penulisan. =)

Julai 04, 2007 1:13 AM  
Blogger syah berkata...

Ringkas, tajam dan menarik!

Julai 04, 2007 1:08 PM  
Anonymous sayang awk ;) berkata...

bila kite nak pegi klcc????

Julai 04, 2007 8:20 PM  

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

Pautan pada catatan ini:

Buat Pautan

<< Laman utama