Iklan

Sabtu, Julai 07, 2007

Durian

Liberalis Melayu, Fathi Aris Omar selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Safrina Hamsin di Sungkai, Perak semalam. Kata beliau, dua orang "Naib Canselor" antara tetamu VIP yang hadir pada majlis malam semalam. Khalid Jaafar, mengetuai delegasi dari sekolah falsafah Jalan Telawi manakala Hishamuddin Rais dari Universiti Bangsar Utama (UBU).
Saya dan Aqilfithri menumpang Eekmal ke Sungkai. Sepanjang perjalanan, kami bertukar-tukar sembang. Eekmal dengan teori Pak Khalid tentang Ezam, Aqil pula dengan filsafat dan saya, pendengar yang resah.
Kami tiba lewat. Hampir jam 3 petang. Mujur meja dan kerusi di bawah kanopi masih belum dikemaskan. Rezeki kami murah kerana ada seorang teman dari Iran yang teruja dengan durian. Abah baru Fathi, Pak Hamsin dengan besar hati memenuhi hajat pemuda Parsi itu.
Bagus, kata beliau sebaik memakan ulas yang mula-mula. Ya, memang bagus. Sebab sepanjang perjalanan pulang ke KL saya tak henti-henti sendawa. Dan baunya--durian.
Eekmal, Aqil...maaf!


(Gambar: Bapa mertua mempelai sedang mengupas durian)

Tiada ulasan: