Iklan

Isnin, Julai 23, 2007

Diskusi

Saya mulai rindu hari-hari cuti beberapa bulan yang lalu. Selain dari kesempatan memadu kasih bersama sang kekasih, saya juga rancak ikut berkumpul menyertai sesi diskusi dan sembang-sembang di Telawi, Bangsar.
Jika dibandingkan dengan bulan lalu, aktiviti saya kini lebih tertumpu kepada sesi pengajian tahun akhir. Siang tadi baru saja selesai mendaftar untuk projek tahun akhir dan selepas ini kemungkinan hidup saya akan lebih terarah kepada aktiviti kajian dan soal selidik.
Beberapa minggu yang lalu, saya sempat bertemu Amin. Kami merancang untuk menghidupkan grup diskusi buku di kalangan teman-teman di sekitar Bangi, Serdang dan Cyberjaya. Aqil Fithri, sejak dari awal sudah mengumumkan komitmen beliau. Kini, kami dalam perancangan untuk mengadakan pertemuan pertama (sepatutnya Ahad lalu, tapi batal atas sebab-sebab khas).
Buat teman-teman yang berminat untuk ikut serta, boleh hubungi saya dan tinggalkan butiran di ruangan ulasan blog. Atau boleh emel saya terus. Insya-Allah, jika tiada aral melintang, kita akan bermula hujung bulan ini atau pun awal bulan Ogos.

8 ulasan:

Kaki Bangku berkata...

Kalau buat online boleh aku turut serta... ex. guna skype

denai berkata...

Teruskan

syeikhryz berkata...

nak join!..hahhahhahah....camne ye EN NAJWAN?...

Shahidah SK berkata...

Hi Najwan...it was nice to meet u the other day..keep in touch n take care!

Tanpa Nama berkata...

ehh bagitau yer kalau jadi.. kalo ada kesempatan aku nak join..

-Akhdan

fathi aris omar berkata...

Elok tu, elok disegerakan.

Kumpulan kecil 3-5 orang dulu tidak apa. Nanti ramai pelajar sibuk sebab banyak tugasan, kuiz, peperiksaan.

Buat dulu, mulakan dengan beberapa bahan yang menarik. Aku boleh cadangkan. Tetapi terpulang pada bahan & format yang kau orang setuju/sepakati.

Nanti, jika ada lagi yang berminat, mereka boleh terus bergabung dalam diskusi ini.

>>> Yang maha penting, selain membaca, berdiskusi & berfikir, mereka (anggota) MESTI digalakkan menulis di blog & media (alternatif, arus perdana).

Jangan biarkan di warung @ kumpulan diskusi sahaja.

kak M berkata...

"memadu kasih bersama sang kekasih"
eee... harapnya kekasih itu yg dah dikahwini ya.. sebarang ayat yang mencadangkan kepada percintaan sebelum menikah adalah amat tidak manis dan mendukacitakan..

"Katakan TIDAK kepada CInta sebelum Perkahwinan!!"

Tanpa Nama berkata...

kak m,

kak m ni mesti takde boy friend kan?

janganlah sebab kak m kegersangan, kak m nak semua orang jadi kak m...tak baik tau.

cinta itu indah kak m.

jangan sempitkan cinta hanya pada perkahwinan.

cinta sesama insan, cinta alam sekitar dan cinta kepada tuhan..kesemua itu cinta kak m.

cinta itu universal.

cintailah cinta.

selamat menemui cinta kak m!