Iklan

Sabtu, Julai 14, 2007

0 - 5

Ramalan saya tentang nasib skuad bola sepak Malaysia nyata tidak meleset. Kata Borat Sagdiyev, Uzbekistan merupakan sebuah negara "ass hole". Dan hari ini, negara "ass hole" tersebut nyata bukan tandingan skuad negara. Mereka rakus meratah anak-anak buah Norizan Bakar. Kali ini lebih teruk dari kekalahan dengan pasukan negara China.
Laporan sukan di Buletin Utama TV3 malam tadi secara lantang mengkritik pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai gagal melaksanakan tugas mereka dengan sebaiknya. Melalui laporan itu, rata-rata kebanyakan peminat mempersoalkan mutu persembahan skuad bola sepak negara yang bermain dengan kemahiran kelas ketiga sedangkan fasiliti serta kemudahan latihan bertaraf kelas pertama, standard internasional!
Aduhai Malaysia...skuad bola sepak MALASia!

1 ulasan:

me,myself n all around da world berkata...

aku rasa bola sepak malaysia kureng bukan sbb pengurusan FAM,tetapi kerana kebanyakkan ibubapa tak yakin dgn kehidupan sbg pemain bola sepak,lantas menghalang anak2 mereka bergiat cergas.

n tu sbbnya ramai yg lepak di kedai mamak menonton EPL