Iklan

Ahad, Jun 17, 2007

2057

"You may say I'm a dreamer. But I'm not the only one. I hope someday, you'll join us. And the world will be as one."
-John Lennon, 'Imagine' (1971)
Bayangkan kita di tahun 2057.
Ketika itu saya sudah berumur 72 tahun. Barangkali sudah punya cucu dan cicit. Atau mungkin sudah mati. Mungkin juga ketika itu cucu saya Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh atau kelapan. Mungkin beliau dari Parti Islam Semalaysia (PAS). Atau Parti Keadilan Rakyat (PKR). Atau mungkin juga Presiden Umno!
Ketika itu negara ini sudah mencecah 100 tahun usia kemerdekaannya. Barangkali Universiti Malaya (UM) waktu itu sudah pun berada di Sepang. Dan ada arca Ungku Aziz di pintu masuk UM, sedang duduk dengan penuh bergaya (ibarat tugu Abraham Lincoln di Washington DC) menyambut kedatangan pengunjung.
Bayangkan kita di tahun 2057.
Ketika itu barangkali Faisal Tehrani telah bergelar pemenang Hadiah Nobel dalam bidang kesusasteraan. Nama beliau sudah jadi setaraf dengan Orhan Pamuk dan Naguib Mahfouz.
Fathi Aris Omar pula gah dikenali sebagai tokoh agung falsafah dari Nusantara. Idea-idea dan pemikirannya dijadikan rujukan ulama-ulama dan cendekiawan-cendekiawan dari Barat. Mungkin beliau sudah tiada ketika itu. (Barangkali beliau sedang tersenyum keharuan membaca entri ini. Atau juga sedang menggeleng-gelengkan kepala sambil berkata di dalam hati: "Apa gilanya budak Najwan ni..")
Bayangkan kita di tahun 2057.
Waktu itu mahasiswa dan intelektual dari negara ini akan menguasai universiti terkemuka dunia, manakala universiti tempatan akan menjadi pusat kecemerlangan untuk cendekiawan antarabangsa.
Ketika itu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sudah lebih gah daripada Universiti Harvard dan Oxford.
Tiada lagi AUKU. Mahasiswa mula hebat berfikir. Kritis, dinamis dan kompetitif. Ketika itu simbol wajah Che Guevara sudah tidak diminati lagi oleh golongan muda yang radikal. Potret Hishamuddin Rais sudah mulai menjadi hiasan dan kemegahan di baju dan batch di beg.
Bayangkan kita di tahun 2057.
Barangkali negara ini akan menjadi perintis tenaga alternatif, lahir daripada kelebihannya dalam biofuel. Bandar raya di Malaysia paling ceria dengan gabungan kemudahan kosmopolitan yang bertunjangkan masyarakat adil dan bertolak ansur.
Waktu itu Kuala Lumpur sehebat New York. Genting Highlands lebih masyhur dari Monte Carlo. Dan wilayah Iskandar lebih hebat dari Hong Kong. Singapura ketika itu hanya setaraf dengan Kangar barangkali.
Bayangkan kita di tahun 2057.
Mungkin UMNO ketika itu hanya sejarah. Dan mungkin juga tiada lagi istilah Melayu, Cina atau India. Malaysia ketika itu milik semua. Semua kaum. Semua bangsa.
Tiada lagi curiga antara agama. Tiada lagi pertikaian tentang siapa tuan, siapa pendatang. Tiada lagi upacara hunus keris oleh kepala-kepala rasis. Dan tiada lagi ugutan dan ancaman tentang tuntutan penghapusan hak keistimewaan.
Bayangkan kita di tahun 2057.
Cuba bayangkan.
Apakah kalian nampak warna-warna pencerahan?

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebelum 2057, jangan lupa JIM menjadikan matlamat perjuangan organisasinya untuk melaksanakan Syariat Islam menjelang 2020.

Jadi, imaginasi Najwan ini bermazhabkan PM atau Pak Lah tanpa mengambil kira mazhab JIM seperti terang-terangan diisytiharkan oleh badan dakwah ini di brosurnya.

Nampaknya, harus ada RALAT pada imaginasi ini, Najwan! Hehehe!

a.azreen berkata...

benar-benar menggambarkan keberadaan seorang manusia bernama Najwan :) semoga kisah mimpi ini mampu mengikat kita untuk memaksimakan kreativitas dalam mencanai agenda perubahan Malaysia.

Syabas, kawan!

Tanpa Nama berkata...

huhu....
najwan 2057 aku berumur 73 tahun...
sempatkah aku merasainya??
ingin benar kisah mimpi ini disaksikan dengan cepat...
huhu...
biler nak balik kolej nie?

fathi aris omar berkata...

Ada dua (2) lagi bahan baru dimasukkan dalam blog Pencerahan Telawi

http://komunite.blogspot.com/

syafiq sunny berkata...

Adakah kau nampak warna-warna kegelapan?

http://en.wikipedia.org/wiki/Dark_Angel_(band)

KeseimbanganSejagat berkata...

anda seorg idealist..

angan-angan tak salah..tapi tanpa aksi, tanpa usaha, hanya berpeluk tubuh, hanya nukilan menjadi siulan semata-tiada maknanya wahai saudara Najwan. Semuanya memerlukan perubahan, anjakan jua pengorbanan.

siapa pun anda, saya, mahupun kita di kala itu, di saat itu...ingatlah sesungguhnya perubahan Mutlak adalah milikNYA.

Tak lama lagi semestar baru saudara pasti bermula..pasti banyak perubahan bakal berlaku, buat diri saudara, saya mahupun kawan-kawan lain di kampus tercinta kita.

perubahan terbesar adalah pada diri sendiri, suka saya ingatkan diri saya dan kalian semua. dan yang pasti..perubahan bermula dari bawah..ingat BAWAH.

insyallah bertemu lagi di lain coretan hina saya.

p/s : " saya juga ingin membayangkan pilihan raya kampus saudara akan datang...seorang idealist muda bersama-sama memimpin diri dan teman sekuliahan saudara. Saya ingin melihat saudra berdiri memberi pidato umu...menyuarakan suara hati, nukilan jiwa, gelora rasa saudara untuk memacu kampus saudara. mungkin bersama-sama saudari Ainis membawa gelombang perubahan! Mulakan, buktikan, baru anda akan puas hati kerna idea-idea anda berjaya dilaksanakan, bukan hanya sekadar potret yg tergantung di dinding." -InsyaAllah..Tuhan bersama mereka yang ikhlas memakmurkan bumiNya-

Tanpa Nama berkata...

Najwan & teman2, tolong fahami penjelasan saya di sini:

http://patahbalek.blogspot.com/2007/06/siapa-mahu-ke-mana.html

dan juga reaksi awal saya di blog

http://evaluasireformasi.blogspot.com/

faomar@yahoo.com

MakcikAhjuma berkata...

"Ketika itu barangkali Faisal Tehrani telah bergelar pemenang Hadiah Nobel dalam bidang kesusasteraan. Nama beliau sudah jadi setaraf dengan Orhan Pamuk dan Naguib Mahfouz."

-- saya amat menantikan saat2 ini!

LadyMariah berkata...

Ketika itu saya sudah 74 tahun.
Rasanya saya tidak akan sampai ke umur itu...

Impian saya cuma satu, agar rakyat Malaysia ini menjadi rakyat bangsa merdeka.

fathi aris omar berkata...

Najwan, aku dah beri reaksi (bukan jawab, tetapi REAKSI) atas persoalan yang kau bangkitkan di blog Di Bawah Mendung Usrah (http://usrah2007.blogspot.com/):

Seruan saya ini, Najwan & kawan2, sama juga dengan gesaan saya sebelumnya (dalam artikel Siswa perlu 'bahasa baru').

Yakni mencari punca-punca halus dan seni yang mengawal atau melatari tenaga fikiran siswa (yang sedar dan separa sedar) sehingga melahirkan strategi bergerak, analisis politik, analisis masyarakat & budaya yang sedemikian rupa.

Dalam pemikiran kiri atau orang Jerman, ada konsep praxis yang menggabungkan antara teori, ilmu atau fikiran dengan amal, tingkah laku dan sikap.

Dalam konteks usrah, maksud saya: Bolehkah kita jelas pernyataan (statement) yang popular "iman itu letaknya di hati dan ia datang bersama hidayah"?

Sebab itu saya menulis selanjutnya (dalam artikel di atas):

Misalnya, apakah benar membaca buku itu sekadar menajamkan akal, atau "kepuasan berteori", tetapi tidak menambahkan iman atau tidak menolong membaiki akhlak, sakhsiyyah ahli-ahli usrah?

Dengan kata lain, "kesedaran diri" manusia dan "rasa tanggungjawab diri" yang mendalam itu datangnya daripada mana?

Dari hatikah? Dari imankah? Dari hidayah yang dicampak Tuhankah?

Atau dari mana, sebenar-benarnya, tenaga atau motivasi manusia untuk beriltizam (committed) dengan sesuatu ajaran?


Maksud saya: Kenapa hati (iman, ruh) dipertentangkan, dipisahkan atau dilihat secara terasing, daripada akal (ilmu, buku dan hujah)?

Sewaktu kita (anggota-anggota usrah) membaca hadis & ayat al-Quran tentang "iman", qalb (hati), hidayah dan hubungannya dengan orang2 berilmu (misalnya konsep ulul albab, desakan agar menggunakan akal), teori apakah yang mereka rujuk?

Mereka rujuk "ulama mana" yang "menjelaskan apa" tentang hubungan akal-hati-ruh-nafs?

Apakah pula penjelasan2 terkini (teori kontemporari & perspektif ulama semasa) tentang persoalan itu semua (hubungan antara hidayah, akal, iman, buku, amalan diri, teori, tubuh dan masyarakat)?

Jangan2, agakan saya, mereka tidak tahu tetapi mereka-reka sahaja!

Orang buta ditarik ke gaung oleh naqib/naqibah yang celik sebelah (macam dajjal)?

fathi aris omar berkata...

Najwan, sebagai mahasiswa kejuruteraan, elok sangatlah kau terjemah dan memahami pokok persoalan ini --- yang pastinya, bila kau dah besar nanti (5 atau 10 tahun depan) akan menghargai kerana sudah memahami awal persoalan ini:

Rujuk artikel "Doktor: Apa itu Pencerahan" di blog aku:

Entahlah Aria Pertama, aku tidak menduga pengarang esei (ucapan) ini bermaksudkan kata-kata Kant dalam "Apa itu Pencerahan?".

Aku fikir ungkapan Kant di sini tidaklah penting atau central kepada persoalan kita.

Esei ahli falsafah dari Boston University ini cuba mengulas dilema/ketegangan antara dakwaan agama (Kristian) dengan sains dalam isu "Reka Bentuk Pintar" dengan biologi evolusi Darwinisme.

Lalu, Alfred Tauber, mencari asal-usul persolan ini pada Era Pencerahan, khususnya idea Kant tentang "akal asli" (pure reason) dengan "akal amali" (practical reason).

Tauber juga mengulas kerisauan yang ditimbulkan oleh C.P. Snow -- tentang pengasingan, kerenggangan, dan saling kebutaan (mutual ignorance) antara dua cabang keilmuan yang pokok, yakni [1] sains (dan semua cabang ilmunya) dengan [2] ilmu kemanusiaan dan sastera-seni.

Muzik termasuk dalam cabang ke [2], kejahilan orang muzik tentang debat sains, asas filsafat yang melatari sains, teori-teori asas/pokok tentang sains sama juga (saya perhatikan) kedunguan orang sains terhadap muzik, sastera, seni halus, filsafat dan sains sosial/kemanusiaan (sosiologi dan sebagainya).

Sistem pendidikan moden kita -- kononnya warisan Barat -- tidak sedar wujudnya kritik panjang/serius yang dibawa oleh C.P. Snow kira-kira 50 tahun lepas lagi.

Kritikan yang dibawa oleh, kemudiannya, Thomas S. Kuhn dan juga M. Polanyi -- kedua-duanya cuba menunjukkan mazhab positivisme dan aliran saintisme itu bermasalah dan tambah memburukkan tamadun Barat, khususnya dalam bidang keilmuan, termasuk sains moden.

Kritikan ini tidak difahami orang di negara kita. Tidak difahami di kalangan penggiat agama, oleh ahli akademik sendiri, oleh aktivis politik, oleh orang seni dan orang sastera.

Hanya segelintir manusia terpilih sahaja memahami pokok persoalan ini. Maka, saya membawa artikel pendek ini (20 halaman) untuk bacaan asas kita bersama.

Daripada idea Kant, tentang "akal asli" dengan "akal amali" itulah yang seharusnya membina masyarakat terbuka dan jamak untuk memastikan hujah agama & hujah sains saling sokong-menyokong, saling perlu-memerlukan, dan dapat pula saling meraikan kepelbagaian/perbezaan.

Tauber mengulas persoalan ini dalam sikap Pencerahan dan dalam budaya liberal-humanis, yang baginya, model terbaik berdepan dengan persoalan rumit debat/dakwaan agama tentang "Reka Bentuk Pintar" dan teori evolusi Darwinisme.

Saya cadangkan semua pembaca menelaah perlahan-lahan teks ini.

Tanpa Nama berkata...

Najwan, ada artikel baru di blog usrah

http://usrah2007.blogspot.com/

Moga ada manfaatnya.

Tanpa Nama berkata...

2057, Aku cuma mimpi basah je....hahahahha

Tanpa Nama berkata...

Wah! kenapa kamu selalu pesimis tentang kebaikan pemimpin agong yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Malaysia Dato Seri Abdullah Ahamd Badawi seolah-olah kamu melihat beliau bermimpi siang hari tentang Wawasan 2057?? Cmon give our beloved PM the finest support for the sake of this country!

Tujuan utama Wawasan 2057 hendak ditubuhkan ialah kerana Dato Seri Abdullah melihat Wawasan 2020 mimpi siang hari Mahathir itu tidak akan tercapai kerana terlalu cepat dan tidak realisitik. Kita perlu at least 70-80 tahun untok mencipta Malaysia sebagai negara terbilang..Mahathir pernah kata nak 70 juta polulasi negara,..makanya pada 2057, hasrat itu akan tercapai.

PKR pada masa itu mungkin sudah ada tarikh kemampusan atau wafat (bahasa ilmiahnya) dan dinukilkan di batu nisan serta disimpan di muzium negara..kerana parti sampah masyarakat seperti ini akan terkubur dalam 5 tahun lagi. Anda tunggui saja..buang masa menyokong perjuangan penipu dan mengarut yang didokongi olih Dato Seri Anwar hanya kerana sebab beliau tidak dapat menyertai UMNO lepas keluar dari penjara Kamunting yang dicampak oleh Dr Mahathir Mohamad. Cuba lihat..satu persatu pemimpin kebal PKR seperti Rahman Othman, Ezam, Ruslan kassim, dan lain sudah istihar keluar PKR..PKR apa ada? nak bagi upah kepada orang yang berjuang dengan perjuangan palsu pon takda duit..lebih baik masok UMNO, ada gaji at least serta habuan-habuan lumayan setelah menabur titik peluh memperjuangkan UMNO kepada bangsa kita :-)..

Anda akan lihat..akhirnya Dato Seri Anwar mungkin akan masuk UMNO dalam 5-10 tahun lagi kerana jika beliau mahu menjadi PM, beliau tidak seharusnya berperang dengan tokoh terkenal UMNO yang lain seperti Dato Seri Najib dan Tun Dr.Mahathir..

Saya rasa, sepertinya anda ini kenal dengan orang-orang PKR, syorkan saja kepada Dato Seri ANwar, berbaik lah dengan Dr.Mahathir dan anak-pinaknya..secara otomatisnya, Anwar akan diterima besar-besaran di dalam UMNO..anda lihat, Melayu ini sentiasa follow pemimpin masing-masing, malah jika pemimpin itu nak pergi ke jalan neraka pun semua akan ikut.ini kerana, melayu ini ada herd mentality..,ikut pemimpin. Lihat saja kejatuhan Melaka, bila Sultan durjana anak celak Sultan Mahmud itu mengalah, semua pendekar2 Melayu turut menyerah kalah kepada Portogis..sedangkan orang-orang Melayu pada ketika itu kebal dan boleh berjuang...

saya percaya, bila Dato Seri Anwar masuk UMNO,..anda turut sama akan masukkan? tunggulah...ini kerana, saya dengar Anwar boleh mereformasikan UMNO dari dalam jika kali ini beliau diterima dan beliau tidak berperang dengan penyokong Mahathir dan KUli. Tetapi, jika Anwar itu masih dengan tindak tanduknya yang diktator...maka susah orang hendak menyokong nya. tengok saja Encik Ezam..sudah tinggalkan PKR dan memberi wasiat kepada semua PKR loyalists...Anwar Diktator.

Olih itu, saya menyeru supaya anda berfikir...biar kita gaduh persefahaman, janji perjuangan Melayu diutamakan dan kita sentiasa menyokong UMNO. Bukankah PKR parti sepihan UMNO? saya rasa anda dahulu mesti pernah menyokong UMNO bukan sehinggalah Anwar dipecat dari singa Melayu..Dr.Mahathir.

Hidop UMNO! Hidop Khairy! Hidop PM ke 6 Khairy!!!

-Zai, UMNO Rembau

Tanpa Nama berkata...

Encik Zai..anda adalah seorang pencacai dan merosakkan nama baik parti UMNO itu sendiri dengan meyokong Khairy yang terang-terang menjual negara ini..anda memang anak Rembau bodoh lagi bahalol! Jangan ingat orang Rembau suka kat Khairy lahanat itu!

Anda juga sebenarnya menyokong Khairy yang tidak pernah berjasa kepada UMNo tiba-tiba naik kerusi Naib Pemuda kerana dia menantu PM Paklah!

Anda tidak perlu menyuruh Saudara Najwan menyokong UMNO dan buat telahan dangkal tentang PKR..ini kerana Najwan seperti orang-orang lain ada sebab untuk kecewa dengan UMNO yang dulu pernah disokonginya itu..hanya kerana perbezaan ideologis, anda ingat PKR parti sampah..

Walaupun saya UMNO...saya sangat malu dapat tahu yang UMNO kini terdiri dari orang-orang yang macam anda.

Saya mengakui PKR tidak popular serta hidup segan mati tak mahu..tetapi sekurang-kurangnya, pendokong PKR ingin berjuang untuk keadilan untuk semua dan mempunyai ideologi yang murni..PKR itu parti..tetapi orang-orang PKR itu orang Malaysia juga yang menrauh harapan agar Malaysia ini bersih dari rasuah, korupsi dan kronisme.

Kepada saudara Najwan, anda jangan mengalah! Teruskan perjuangan ideologis mu itu walaupun ia berbeza dengan perjuangan UMNO. Yang penting anda menunaikan hak demokrasi untuk menyokong sesiapa yang diminati. :-)!

- KMU Forumer yang rasional

Tanpa Nama berkata...

Yang sebenarnye kau nie banyak berangan atau pun terlalu Imagine kan sesuatu yang belum terjadi.
Pemikiran kau masih lagi keanak-anak kan dan kebudak budakan,tapi bagus kau banyak idea yang kau bole sumbang kan.(bayangkan pula kalau tak sampai tahun yang kau ceritakan ini KIAMAT DUNIA INI PUN SAMPAI) atau pun tak sampai tahun 2010 ajal kau dah sampai,siapa sangka betul tak ....cau sin ci