Iklan

Isnin, Mei 28, 2007

Liberal

Pagi tadi saya sempat meneliti sebuah artikel yang tersiar dalam akhbar Mingguan Malaysia, bertajuk 'Hindari liberalisme moden', tulisan Happis Basha.
Masih, tak habis-habis lagi isu liberal.
Cukup mengejutkan kerana artikel sebegini bisa tersiar didalam akhbar seperti Mingguan Malaysia (yang mana ramai membelinya semata-mata untuk membaca sisipan Pancaindera sahaja barangkali!). Bukan kerana mesejnya yang jelas mencurigai liberalisme yang dikatakan menjadi punca "mengalirnya sifat-sifat negatif ke dunia Islam", tetapi kerana artikel ini bagi saya seakan-akan punya nilai akademik dan ciri-ciri intelek.
Penulis turut menyenaraikan pelbagai istilah 'liberal' yang saya sendiri tidak pernah dengar!
"...Disebabkan perpecahan itu, maka lahir beberapa aliran dan pergerakan liberalisme seperti neoliberalisme, liberalisme budaya, liberalisme klasikal, ordoliberalisme, liberalisme konservatif, paleoliberalisme, liberalisme sosial dan liberalisme ekonomi."
Dan wajah Khalid Jaafar tiba-tiba muncul dalam kotak fikiran saya.
Barangkali blognya akan kembali bersawang lagi kerana beliau kini ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat.
Selamat berkhidmat Pak Khalid !

8 ulasan:

fathi aris omar berkata...

Jangan takutlah, Najwan. Dia "gempak" sahaja.

Sebut istilah2 canggih, kemudian tidak boleh menghuraikan DENGAN BERIMBANG baik buruknya, kemudian gempar2 lagi mara bahayanya! Jadi artikel ini masuk kategori "propaganda sampah" sahaja, bukan secara jujur dan penuh tanggungjawab.

Penulis itu, dan ramai lagi termasuk SM Zakir dan lain2, sedang kelam-labut diserang perasaan cemas, rimas, resah pada "kebebasan".

Mereka tidak ada falsafah jelas tentang kebebasan, atau hujah untuk menolaknya, maka melimpahlah rasa bimbang di celah-celah ayat dalam artikel mereka.

Macam juga mereka tidak boleh merumuskan konsep dan sikap, serta tanggungjawab, tentang "moral" dan "moraliti". Bagi orang macam ini, rasuah itu salah apabila PM kata rasuah itu salah.

Jika suatu hari nanti PM atau KJ (bukan Pak Khalid) kata kebebasan itu penting, maka mereka mencari hujah ke situ pula.

Tiada kejujuran dan tanggungjawab ilmiah. Dan tidak boleh jujur pada akal dan teori sendiri.

Tiada sikap tekal dalam pencarian kebenaran, dan tidak dapat menerapkan (mencari jambatan) antara teori, praxis dan realiti.

Mingguan Malaysia, atau Berita Harian, sejak dulu lagi Najwan, aku nak beritahu kat hang, memang mudah terpukau dengan istilah2 gempar macam dalam artikel itu.

Sebab itu SM Zakir, sama ada faham atau tidak, suka tempelkan hal-hal seumpama itu.

Dan ramai penulis muda, macam kau juga mungkin, suka timbulkan ungkapan2 pelik dan impresif untuk menakut-nakutkan teman sembang! Hehehe ... Just kidding!

http://usrah2007.blogspot.com/

Aqil Fithri berkata...

salaam,
Fathi, aku baru nak tulis macam hang tulis. mereka ni pandai sebut jer, tapi tak berani pun nak menembus kedalaman wacana! hahaha

Tanpa Nama berkata...

Saya pon malas lah nak menghentam Jalan Telawi dengan menyingkap setiap isu satu per satu - takda niat macam tu. Perbincangan utama ialah masalah free thinker dekat Malaysia yang semakin berkembang (sungguh merisaukan). KsJT pulak sokong orang-orang macam Dr Farish A Noor, apa lagi nak dikata. Itu sahajalah hendak dicakapkan. Kalau 'anonymous' sebahagian drpd gerakan free thinker, maka mmg lah saya musuh anda.

http://al-azel.blogspot.com/

syeikhryz berkata...

hahahahhahahahhhaha.....benda ni xpyh layan.semua tu dok mengarut je depa tu.ada ka,antara term LIBERTINE dengan LIBERALISME xboleh beza.....xpe,anta tengok blog ana.ada baru punya....psl liberal&konservatisme.

afifi berkata...

salam,

najwan, kau pergi ke forum on civil service excellence tuh?

ILynn berkata...

najwan
u ade cita2 nk jd PM ke?

najwan halimi berkata...

afifi,

aku tak pergi pun. kalau KJ turun nak juga tengok. nak dengar dia merapu apa pulak pasni.

najwan halimi berkata...

ilynn,

i nak jadi PM yang tak tidur masa mesyuarat. =)