Masalah peribadi, komitmen akademik dan tuntutan organisasi merupakan antara faktor-faktor utama kepincangan kepimpinan beliau.
Meski pun dihimpit dengan pelbagai masalah peribadi dan keluarga, beliau masih berani mengambil risiko tanggungjawab dan komitmen dengan melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan serta organisasi.
Ibarat yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran; begitulah yang boleh saya simpulkan selepas membaca kenyataan beliau.
Penjelasan penuh saudara
Saiful Bukhari Azlan berhubung kritikan terhadap kepimpinan beliau dalam Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tenaga Nasional (MPPUNITEN) boleh diikuti di
sini. Juga komentar penuh saya berhubung dengan kenyataan beliau ini telah saya kirim melalui ruangan
ulasan di bawah.
Kini, terpulang kepada kalian untuk menilainya. Mahu terus beliau memimpin mahasiswa Uniten atau melepaskan jawatan secara terhormat.
Label: Diari, Kampus, Melayu
54 Ulasan:
Salam.
Buat saudara Saiful Bukhari,
Pertamanya saya puji sikap saudara kerana berani berdepan dengan kritikan yang dicetuskan di blog saya berhubung dengan kepincangan kepimpinan saudara dalam MPP.
Meskipun saudara cuma membela diri melalui coretan di blog (yang sepatutnya saudara manfaatkan penggunaannya dari awal semasa mula-mula menjadi wakil MPP), tetap saya terima penjelasan ini dengan terbuka dan rasional.
Mungkin ada yang melihat saya sebagai mewakili golongan pelajar Uniten, pun begitu ulasan saya mengenai kenyataan balas saudara ini bersifat individu dan terpulang kepada mahasiswa dan pembaca untuk menilainya.
Bermula dengan pengakuan bersalah saudara kerana telah mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin mahasiswa, pengakuan itu jelas nampak jujur dan ikhlas. Pun begitu ini tidak bermakna saya bersetuju 100% dengan penjelasan saudara.
Membaca luahan saudara tentang keperitan hidup tanpa ibu dan memikul beban menyara keluarga, sebagai manusia, saya turut bersimpati dengan masalah saudara ini. Kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Terus terang saya katakan saya mengagumi kecekalan saudara meneruskan hidup meskipun tanpa kehadiran seorang ibu di sisi. Semoga Allah memberkati hidup saudara.
Cukup sampai di situ ulasan saya tentang masalah saudara.
Merujuk kepada kenyataan saudara tentang komitmen yang bertambah bermula Mei 2006, dengan izin saya merujuk kepada program Baksis Sedili 2006.
Pada saya, hujah saudara untuk melibatkan nama pelajar senior (baca: Nadzim @ Nico) dalam masalah yang melibatkan kepimpinan saudara adalah sangat tidak profesional. Masalah beliau mendesak saudara bertanding sebagai calon dan konspirasi beliau dengan seorang lagi calon senior (baca: Nizam @Boss) dalam merebut jawatan tertinggi MPP adalah tidak relevan dan tiada kena mengena langsung dengan kelemahan kepimpinan saudara.
Apa yang saya nampak saudara lebih terdorong untuk melepaskan diri dan meletakkan punca segala masalah adalah disebabkan oleh tawaran oleh pelajar-pelajar senior ini untuk memujuk saudara bertanding dalam pilihanraya kampus.
Dan sifat saudara sebagai seorang pendendam dan rakus kuasa terlihat melalui kenyataan saudara sendiri:
”Tetapi saya adalah seorang yang pantang menyerah kalah. Alhamdulilah, sememangnya calon yang beliau taja itu tidak mendapat sokongan dari calon lain. Ini terbukti kerana saya berjaya memenangi undi 10 bebalas 1 dalam pemilihan pucuk kepimpinan MPP kampus Bangi oleh calon-calon yang menang. Selepas pemilihan dan saya dinobatkan sebagai ketua pelajar di bangi, beliau dan rakan-rakan beliau tidak berpuas hati dengan menuduh saya berpaling tadah. Tetapi anda rasa siapa yang berpaling tadah?”
Apa relevannya kisah di sebalik pemilihan saudara dengan kepincangan kepimpinan yang melanda saudara? Kenapa perlu mengungkit dan mencari kambing hitam? Hakikatnya saudara sudah jadi pemimpin dan di saat itu tergalas amanah dan tanggungjawab untuk memimpin mahasiswa yang telah memilih wakil-wakil mereka.
Saudara bercakap seolah-olah saudara bangga menjadi Timbalan Presiden 1 dengan menewaskan saudara Nizam dan berjaya membuktikan saudara ini bukan calang-calang lawan buat mereka. Apa ini? Saudara mahu jadi pemimpin untuk memimpin mahasiswa atau sekadar persaingan peribadi untuk membuktikan siapa lebih hebat?
Dan merujuk kepada kenyataan saudara:
”Oleh kerana dendam dan sifat tidak professional beliau, beliau membantah dan berkempen untuk memburuk-burukkan imej saya dikalangan kakitangan dan pelajar uniten. Sehingga sekarang beliau masih berdendam dan calon yang ditaja beliau sering tidak mahu bekerjasama dalam menjayakan aktiviti-aktiviti MPP. Program dan projek-projek MPP seperti Website, Buletin yang telah dijanjikan dalam manifesto pilihanrayadan sebagainya dilengah-lengahkan oleh beliau yang sehingga kini tidak siap. Ini juga merupakan faktor yang menyebabkan MPP dipandang serong.”
Sekali lagi, kedangkalan saudara membuat kenyataan sebegini memerangkap diri saudara sendiri. Jelas, betapa lemahnya saudara menghadapi seorang exco yang hanya punya satu sokongan berbanding saudara yang disokong 10 ! Mana kredibiliti saudara sebagai seorang pemimpin. Jika sudah terhidu yang exco ”pengacau” ini menjadi duri dalam daging MPP, kenapa tidak disingkir sahaja? Saudara punya kuasa dan otoriti, kenapa tidak digunakan demi kebaikan organisasi. Sebaliknya saudara menuding jari menyalahkan orang itu dan orang ini sebagai punca masalah. Sejarah membuktikan yang seseorang exco MPP boleh disingkirkan jika mendatangkan masalah kepada organisasi MPP. Ini, kalau tak silap saya berlaku dalam MPP sesi 05/06 bila mana mereka menyingkirkan dua orang exco yangg didapati mendatangkan masalah dan menjejaskan imej MPP. Saudara seharusnya tahu ini semua!
Merujuk kepada tugas saudara sebagai Timbalan Presiden 1, saudara menyebut yang tugas saudara sebenarnya adalah untuk menghadiri mensyuarat-mensyuarat penting dan mempromosikan Uniten didalam dan diluar negara.
Saya ingin bertanya, apakah sebenarnya fungsi JABATAN PEMASARAN (Marketing Department) Uniten?
Apakah sudah jadi tugas saudara untuk mempromosikan Uniten ke persada dunia? Berapa bayaran elaun yang saudara terima untuk tugas ini?
Saudara dipilih menjadi wakil dan suara MAHASISWA UNITEN. Mahasiswa bukan mengundi pemimpin mereka untuk pergi mempromosikan Uniten sehingga ke ceruk dunia, tetapi mengundi untuk pemimpin itu menyuarakan keluhan dan suara mereka ke pada pihak atasan Uniten!
Saya kukuhkan lagi hujah saya dengan merujuk kepada kenyataan saudara yg berikut:
”Untuk makluman anda semua, saya telah dipertanggungjawabkan dan diamanahkan oleh kementerian sebagai pemimpin kepada kesemua pemimpin pelajar IPTS. Ia sememangnya satu tugas yang berat tetapi ia perlu dilaksanakan kerana ia adalah arahan kementerian. Akan tetapi, saya tidak menganggapnya sebagai satu beban malah ia sebenarnya satu penghormatan kepada UNITEN kerana telah diberi pengiktirafan tersebut. Selain itu, saya juga telah dipertanggungjawabkan oleh kementerian untuk menjadi spokesman bagi mewakili IPTS Malaysia diperingkat antarabangsa.”
Saya mahu persoalkan, apakah saudara memikul amanah ini untuk mewakili mahasiswa Uniten atau mewakili kesemua pelajar IPTS. Memimpin mahasiswa di Universiti sendiri pun saudara sudah pincang, inikan pula mahu mengambil beban tambahan memimpin pemimpin pelajar institusi lain!
Arahan kementerian? Apakah benar ia satu arahan, atau tawaran? Tawaran yang saudara mampu tolak tapi saudara tidak tolak kerana merasakan mungkin (saya ulang MUNGKIN) ini peluang untuk melonjakkan imej dan reputasi saudara. Sila justifikasikan hal ini! Dan kenapa pelajar tidak pernah mengetahui hal ini? Kenapa Uniten tak berkongsi berita dan maklumat ini dengan pelajar? Dan kenapa tiada sebarang berita dalam Buletin Uniten?
Saudara juga menyatakan yang saudara diberi tanggungjawab menjadi spokesman (jurucakap) bagi mewakili IPTS Malaysia diperingkat antarabangsa. Hakikatnya inilah yang saudara mahukan barangkali. Urusan rumah tangga sendiri terabai, tetapi sibuk melibatkan diri dengan kegiatan luar bersifat INTERNASIONAL (kononnya!).
Dan jelas saudara bangga dengan pencapaian ini:
”Tidak cukup dengan itu, saya juga telah dipilih menjadi salah satu panel yang termuda dalam perangkaan Pelan Strategik Halatuju Pendidikan Tinggi Negara yang sememangnya dianggotai oleh Menteri, Cendekawan, Ilmuan, Ketua-Ketua Industri dan pihak tertinggi kementerian. Hanya saya dan juga 2 orang pemimpin pelajar IPTA sahaja yang buat pertama kalinya di jemput dan seterusnya menyampaikan suara dan aspirasi pelajar dalam merangka Pelan Strategik 20 tahun tersebut. Insyaallah dalam bulan Jun atau Julai YAB Perdana Menteri akan melancarkanya dan lihatlah nama saya dan UNITEN didalam nya.”
Saudara, apa signifikannya ini semua dengan kelemahan kepimpinan saudara. Apa yang kami dapat dengan semua pencapaian-pencapaian saudara ini? Apakah kebajikan kami terjamin? Apakah program-program untuk pelajar giat berjalan? Desas-desus tentang ketidakhadiran saudara selama hampir dua bulan ke kampus sudah cukup membuktikan yang saudara seolah-olah lari dari tanggungjawab. Sekadar menjadikan MPP sebagai platform dan para exco sebagai tunggangan untuk menjamin reputasi saudara.
Saya syorkan, saudara lepaskan jawatan dalam MPP, serahkan kepada mereka yang lebih layak dan saudara boleh teruskan mempromosikan Uniten dan semua IPTS di Malaysia ini ke segenap ceruk alam. Saudara juga boleh terus menjadi panel dalam berbagai seminar dan berkongsi idea serta buah fikiran saudara dengan Kementerian Pengajian Tinggi secara lebih meluas lagi!
Saya tertarik untuk mengambil contoh dan sikap salah seorang bekas pemimpin negara kita, Tun Dr. Mahathir. Beliau tidak pernah bertanya kepada rakyat Malaysia sama ada mereka masih memerlukan khidmat beliau lagi atau tidak. Bilamana beliau merasakan yang beliau sudah tidak mampu dan gagal menjalankan tugas dengan baik, maka beliau dengan rela mengundurkan diri. Tak perlu memberi tawaran kepada rakyat sama ada masih perlukan kepimpinannya atau tidak.
Seharusnya seorang pemimpin itu punya naluri kesedaran sendiri sama ada beliau mampu menjalankan tugas atau sebaliknya. Beliau harus tahu menilai sama ada orang masih perlukan beliau atau tidak. Pemimpin yang punya integriti sedar tentang hal ini. Dan ini sesuatu yang sangat dibanggakan oleh pemimpin tersebut.
Lebih baik turun dengan cara terhormat atau lebih teruk diturunkan dengan penuh aib oleh rakyat sendiri. Bacalah sejarah saudara. Tak perlu pergi jauh. Sejarah INDONESIA saja sudah memadai. Ingatkah saudara akan kejatuhan Suharto? Isyarat telah diberi oleh rakyat namun beliau mengabaikannya. Dan lihat apa kesudahan beliau selepas itu.
Seandainya saudara punya INTEGRITI (yang selama ini jadi slogan muluk di bibir saudara), maka saudara seharusnya ada naluri itu. Isyarat sudah diberi. Dan isu ini sudah jadi nanah dalam organisasi MPP.
Tak perlu tawar menawar . Apakah saudara merasakan yang saudara masih layak untuk memimpin MPP Uniten? Tepuk dada, tanya selera!
haha standard orang wawasan, prs, same aje! komplot, kroni, kuno dan kayu.
tulah aku tanak masuk mpp awal2 lagi. walaupun dioffer bende2 sekalian macam nih. ha.
peraturan hidup: selamatkan diri. kemudian selamatkan orang lain.
tabiat manusia: jaga tepi kain orang; anak kera disuap, anak sendiri dibiar mati.
go figure.
najwan,
yok... coup de etat?
We dont need u anymore!!!
Get lost Saiful!!
saiful,
kami menunggu surat perletakan jawatan anda!
Prs disalahkan didal hal ini??
ermm...saya tanya balik adakah PRS masih bersalah sekarang??
saya sangsi....
berdasarkan penjelasan saudara saiful....PRS dipersalahkan?
adakah beliau menggunakkan nama PRS?
individu yang disebut bukan kelab,
saudara yang mengkritik...
adakah saudara pasti PRS akan kekal begitu dari dulu sampai sekarang??
saudara sudah berpeluang berkenalan dengan PRS sekarang??
jangan menunding jari....
itu naib presiden yg bangang,bodo bahlol,tolol dan lain2 lagi la..byk sgt nk tulis
kenyataan saudara saiful:
Definasi promosi yang saya maksudkan adalah memperbanyakkan penglibatan pelajar diluar kampus yang semangnya saudara sendiri tahu memang kurang. Jika kita lihat Aktiviti pelajar UNITEN banyak menumpukan aktiviti dalaman dan bukannya luaran. Ia penting bagi memberi pendedahan kepada pelajar dan secara tidak langsung memberi tahu masyarakat bahawa UNITEN ini bukan gah dengan namanya sahaja tetapi ia dibuktikan dengan penglibatan dan pencapaian pelajar kita di luar sana. Bak kata Prof Ibrahim Hussein (TNC(A)), beliau tidak mahu kita menjadi “jaguh kampung” sebaliknya berdepan dengan dunia luar yang sememangnya lebih kompetitif baru lah kita sedar siapa kita sebenarnya.
Yang dimaksudkan oleh tnca kita adalah penglibatan semua pelajar,bukan seorang pelajar.
Kat sini masih ramai peratusan pelajar2 yg kurang berpersatuan dan berprogram,
sesetengah pelajar tamau join program persatuan,kebanyakan ingin join program MPP,kalo program luar lagi baik,tapi hanya saiful sorang jer pergi mana aci....
jangan sampai persatuan2 yang wat program utk pelajar2 uniten,lagi grand lagi hebat...
bebuda persatuan nie bukannya dendam2 hormat gak kat MPP,sebab anda ialah induk....
at least zaman nico,ada baksis ramai yang gi...promote uniten,TNB pun suka,mmg arr saiful yg wat,yg initiate saper?? nico nad the gang kan??
Karnival Mahasiswa,ada lebih 150 org urusetia dan penglibatan pelajar dlm acara dan gerai etc....semua dah capai lebih 2000 org,
tahun nie...ader baksis tak??
jangan sampai kelab2 wat program besar UTK PELAJAR2 UNITEN,kelab2 skang bukan main2 resources tinggi...diorang ada team yg hebat kan kepakaran masing2...ada team yg power wat penajaan,ader team yg pandai motivasi....
jangan sampai saiful
kita sambung sikit dari yg atas:
jangan sampai kami buat saiful,jangan sampai kami buat mender tue...hormat masih ada dlm diri bebudak persatuan...
Saya setuju dengan ulasan anonymous di atas.
Masalahnya penglibatan di luar adalah utk Saiful seorang dan pelajar2 lain tiada aktiviti.
Mengenai Baksis 2006, realitinya, tanpa bantuan dan tunjuk ajar Nico dan lain2, Saiful MUNGKIN takkan mampu menjadi pengarah yang baik.
Sekali lagi kami demand saudara Saiful supaya letakkan jawatan.
Jangan buang masa menuding2 jari kepada orang lain. Dan tak perlu menuduh moderator blog ini, terlibat dalam politik dan sebagainya.
Seharusnya Saiful berterima kasih dengan beliau kerana berjaya mencetuskan arus kesedaran terhadap apa sebenarnya yang berlaku kepada saudara sehingga saudara akhirnya bersuara.
Tentang gambar beliau di friendster dgn seorang tokoh politik pembangkang yg saudara jadikan modal utk menghentamnya, saya sarankan saudara lihat semua gambar2 dalam list beliau.
Banyak lagi gambar tokoh2 lain termasuk gambar beliau berdua dgn Dr Khir Toyo, MB selangor yang mana saudara Saiful terhegeh-hegeh nak payungkan suatu masa dulu.
Saiful oh Saiful..
hentikanlah sandiwaramu..
Letak jawatan dan berundurlah dengan terhormat.
benar kata anonymous di atas...kalo nak berundur,undurlar dengan cara terhormat...kalo undur seperti suharto naya...nak undur2 mcm tun,
undur saiful undur
undur saiful undur
huhu....promosi ehh???
kalo nak tau...yg dpt bayak masuk sok kaba ialah sife,ari nie ada lagi berita diorang,pasnie...ada byk kelab2 dan persatuan yang program nya akn masuk TV dan berita,takyah gi persidangan just wat program....promo gak,pelajar dpt pengalaman,uniten dpt nama,easy equation ,saiful jer wat jadi terbelit
UNDUR SAIFUL UNDUR!!!!
UNDUR SAIFUL UNDUR!!!!
UNDUR SAIFUL UNDUR!!!!
kepada anonymous yg paling atas sekali..
tolong, saya ulang, tolong jangan generalisekan mpp, wawasan, dan prs..apakah rasionalnya saudara berkata begitu? tak kenal maka tak cinta..
kepada saiful..selagi ada ruang untuk berundur, undurlah secara terhormat..dan buat sedikit nota minda, look before you leap..kalau diri sendiri dah terikat dgn komitmen sebagai pelajar dan juga sebagai ketua keluarga, kejadah apa yg kamu buat dengan bertanding menjadi perwakilan pelajar..anda bukannya superman..tak guna menuding jari sana sini, menyalahkan pihak itu dan ini..kenapa anda harus salahkan senior yg 'menyuruh' anda bertanding? kenapa tak salahkan diri anda yang tidak menolak tawaran tersebut? adekah kerana rasa hormat? dan dengan itu anda dengan rela hati menjadi pak sanggup?
sendiri mau ingat la..
dah dah...ckp byk x gune...tunggu je la die resign...kitorang arap ko bahagia ngan kehidupan baru ko tuh epul...tgk2 la balik ape yg ko dh tinggalkan utk kejar cita2 ko tuh...sian kat member2 MPP lain dok risau pasal ko menghilang...so lagi baik berundur la cepat2
dedikasi khas untuk saudara najwan:
jangan terlampau taksub menuding jari kepada orang lain tanpa usul periksa terlebih dahulu. satu jari menuding orang, empat yang lain menuding diri. saya kira saudara sudah cukup matang untuk memahami setiap tuduhan yang saudara telah lemparkan terhadap saudara saiful, organisasi MPP, dan setiap keaiban yang saudara "buka" untuk tatapan umum.
bukan niat saya disini untuk mendirikan benang yang basah, bukan juga untuk mengatakan bahawa saya di pihak yang benar. yang Maha Benar bukan kita. saudara tahu itu bukan? saya memuji tindakan saudara untuk tampil ke depan melontarkan suara, tetapi saya berpendapat tindakan saudara telah melepasi garisan yang sedia ada. cara saudara meletakkan 'label' kepada semua pihak yang terbabit saya kira, ia amat tidak menunjukkan kredibiliti saudara sebagai seorang ilmuan yang bakal menjadi pewaris negara kelak.
melihat kepada ulasan-ulasan di awal diskusi, nyata saudara hanya berpaksikan kepada andaian semata. akhirnya, kata-kata tersebut lahir sebagai fitnah. tanpa sedar, setiap ayat tersebut membuka keaiban individu lain. konteks diskusi ini terlampau luas; melibatkan kepimpinan organisasi, kepimpinan individu, kredibiliti, peribadi, paksaan, simpati dan sebagainya.
saudara,
sepedih mana perasaan saudara rasa terabai, sentiasa ingat ada perasaan mereka yang berganda-ganda kepedihannya dari saudara. mereka yang bangkit bersama-sama saudara saiful dalam arus perjuangan Uniten. pendapat saya, mungkin kita patut membuka ruang kepada mereka untuk mencapai satu kesepakatan kata dalam hal ini. mereka berjuang bersama-sama saudara saiful, maka mereka mungkin lebih memahami. mereka yang kita angkat menjadi pemimpin, perlu diberi hak yang sewajarnya. saudara tidak tahu, mungkin suara mereka berbeda dengan kita.
tugas saudara mungkin tidak cukup sekadar ini. saudara telah meledakkan satu fenomena di mana pelajar-pelajar bangkit bersuara tetapi sayang, kebanyakan cuba berselindung. mungkin ada di antara pemberi komentar terdiri daripada teman-teman rapat saudara saiful sendiri, mungkin juga tidak. mungkin saudara sendiri merupakan teman baik kepada saudara saiful satu ketika dahulu, mungkin juga sehingga sekarang. sebagai teman, doakan yang terbaik untuk saudara saiful. andai saudara merasakan saiful perlu membuat sesuatu, mohonlah. andai usaha kita tidak memadai untuk mengubah seseorang, doa kita mampu mengubahnya. insyaallah.
kepada pembaca yang lain khasnya warga Uniten;
semua manusia diuji dengan corak ujian masing-masing. saudara saiful dengan ujian tersendiri, exco-exco MPP dengan ujian mereka, tidak mustahil kita yang lain akan menerima ujian yang lebih berat dari yang mereka alami. semoga dipermudahkan kelak.
ainis.
tak gune tunggu2!
kiter kene pressure die turun!. aku expect by start special sem ADE AKTIVITI PELAJAR UNITEN YANG DIPROMO KUAT OLEH MPP....
kalo tak, adelah kene mpp nih. lagi2 sorang mamat nih. life kat uniten rasenye dah tinggalkan.
saya dah jemu dengan ketidakstabilan mpp sekarang. ade aktiviti tetapi kurang promosi, kurang aturan. tiada aktiviti alasan berbagai
kepada anonymous kat atas skali, ya betul ape sume org cakap, tak baik menuding jari. salahkan orang. mungkin ade segilintir yang berbuat demikian, tapi takkanlah semua. kalau ya pun, kasi lah bukti.
-puppetmaster
Ainis,
Terima kasih atas respon.
Saya seru saudari teliti dan baca balik apa yang saya tulis dan ulas dalam entri Celaru, Cemuh dan Hujah.
Buktikan sama ada benar saya memfitnah. Saya minta saudari bezakan istilah kritik, sindir dan cemuh.
Teliti juga jawapan dan respon saudara Saiful. Nilailah sendiri. Moga terbuka hati saudari.
Saya sekadar menulis apa yg benar. Apa yg berlaku dan mahasiswa patut tahu apa yg berlaku.
Biar mereka nilai sendiri apa jawapan dan penjelasan Timbalan Presiden 1 mereka.Kenapa dia menghilang dan mengapa sekarang baru nak bersuara.
Tempoh yang diberi dah cukup lama. Tapi kenapa sekarang?
Melatahkah dia? Kepada siapa dia menuding jari? Atau dia benar-benar ikhlas mengambil tanggungjawab untuk merubah keadaan.
Saudari nilailah sendiri.
Salam.
saudara najwan,
mohon maaf seandainya saya silap mentafsir setiap pembawaan kata-kata saudara. secara individu, saya lebih tertarik untuk menilai setiap pembawaan makna saudara di ruangan ulasan berbanding di entri utama. cara saudara melabel saudara saiful sebagai seorang pendendam & seorang yang rakus kuasa lebih menjerumus kepada pengaruh emosi. saya tidak nafikan, peribadi seseorang dapat dinilai melalui kata-kata yang dilontarkannya namun saya percaya saudara lebih mengenali saudara saiful secara peribadi. adakah dia selama ini bercirikan seorang pendendam ataupun seorang yang rakus untuk berkuasa? maaf terlebih dahulu kerana saya tidak mengenali peribadi saiful maka persoalan ini saya tinggalkan untuk saudara menilai sendiri.
perlu diperjelaskan bahawa saya bukan penyokong mana-mana pihak; baik saudara mahupun saudara saiful cuma saya hadir di sini berportfolio sebagai seorang pelajar Uniten dan sebagai seorang kawan. saya suka seandainya pertikaian ini dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik. sebagai seorang pemerhati, saya kira laman ini dijadikan tempat melempiaskan kemarahan dan dendam kesumat yang terbenam dalam diri. dan jika bukan saudara sekalipun, suara-suara lain yang akan menebarkan kisah-kisah yang belum terbukti kesahihannya. perlu diingat, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. selesaikan dengan cara yang paling berhemah. sebagai seorang penulis yang bebas berfikir, saya percaya saudara pasti tahu mengukur sejauh mana yang saudara mampu pergi.
sebelum menulis ulasan pertama saya, telah saya teliti terlebih dahulu setiap balasan dari saudara saiful. saya sama sekali tidak menerima ataupun menolak setiap alasan yang diutarakan beliau kerana itu adalah di antara dia dan Tuhannya. tidak dinafikan, beliau mungkin mampu mengubah semua ini jika dia bertindak sedikit awal.
hanya sekadar teguran,
tidak perlu kita melakukan pendefinisian secara literal ke atas individu-individu yang berkait rapat dengan isu ini. at least, cuba untuk menghormati keputusan pihak saudara saiful untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.
saya yakin usaha saudara telah berjaya menzahirkan suara batin sesetengah pelajar. cukuplah setakat ini desakan-desakan kita. mungkin ini kali terakhir peluang saiful sebagai seorang pemimpin pelajar untuk mengubah keadaan dengan berundur dengan cara baik. mungkin detik ini, surat perletakan jawatan sudah siap tersampul di atas meja. siapa tahu.
nice comment from everybody...
dendam,cemuh,kritik,celaru dan berbagai lagi...
bagi saya...laman ini memberikan nafas baru kepada pelajar uniten utk sedar akan kepentingan serta tanggungawab mereka..
tidak dinafikan kdg2 komentar2 yang dipostkan agak kurang menyenangkan...
hurmm...bagi saya laman inilar laman yang dpt memberikan check and balance kepada MPP...
probably selepas ini...kita dapat melihat perubahan2 maybe bukan drastik tapi cukup untuk menenangkan hati pelajar2.
oleh itu,saya seru semua MPP dan Saiful sendiri...bangun dan geraklah,mana yang dah gerak...aggressivekan tindakan anda,Saiful pulanglah ke uniten lengkapkan tanggungjawab anda dan lead lar anak2 buah anda yang saya rasakan hauskan pimpinan dan arah...
MPP yang lain saya puji..anda sanggup meneruskan perjuangan w/pun ketua kamu tiada,teruskan lah...buatlar apa yang termampu dan pastikan ia dapat memuaskan hati mungkin tidak semua tapi sebahagian sahaja,
tidakkah anda rasa begitu??
Salam Ainis,
Saya senang sekali jika saudari dapat memujuk Saiful agar berhadapan dengan warga kampus dan menjelaskan situasi sebenar.
Barangkali saudari mampu memainkan peranan sebagai moderator dalam hal ini.
Saya tegaskan disini, saya mengkritik Saiful bukan atas sentimen emosi dan peribadi. Dan beliau bukan hanya "accountable" terhadap saya tetapi terhadap mahasiswa Uniten yang memilih beliau jadi pemimpin mereka.
Mungkin bahasa dan kritikan saya bernada keras dan terlalu menyindir tetapi itulah hakikatnya gaya penulisan saya dan saya yakin saya masih belum mencapai tahap yang melampau.
Sejauh mana Saiful menerima kritikan tersebut, itu urusan dia. Dan sebagai pemimpin, beliau harus terbuka kepada kritikan.
Begitu pun, urusan beliau bukan semata-mata dengan Tuhan, tetapi beliau juga punya urusan dengan beban amanah kepimpinan yang sedang beliau pikul.
Saya insaf yang saya sememangnya punya tanggungjawab penuh akan tulisan dan kritikan saya. Dan sehingga kini, saya yakin yang saya masih lagi berpegang dengan etika dan tanggungjawab itu.
Sama ada Saiful ingin meletakkan jawatannya atau tidak, itu hak beliau.
Pun begitu, saya mengalu-alukannya.
For najwan,
It is great for you voice up your disattisfaction. However, what will happen after all this? something? or just plain nothing?
for saiful,
Indeed what you are doing is what we may not be able to see. So, show to us the facts.(not regarding ur family..sorry to hear what happen) We are realistic.:)
MY opinion is this. what past is past.Instead of talking about the past, ask yourself what can u do to cahnge in future? we have half year more to go for this current board. Do something that is transparent.Show to us that you are doing what u claiming you are doing. Certain things, ppl deserve a second chance. Let him redeem himself(From the ppl's eyes that think he did something wrong).
PS: I agree wit saiful that jsut because 1 person, doesn't mean the whole group is the same.
rasamya komentar2 sebelum ini tidak menyalahkan MPP yang lain,tidak ada timbul soal pembubaran MPP di laman ini,malah laman ini secara tidak langsung membantu anak2 buah si saiful nie,laman ini mengkehendakkan agar saiful pulang dan menyambung kembali tugas yg sudah kian lama tertangguh dan kembali juga ke pangkuan pelajar2 uniten yang dahagakan kebajikan yang baik....
saiful anda tidak mahu undur,fine jangan undur,balik uniten,confront dgn semua pelajar balik,jangan balik uniten tume org ngah cuti plak...tue namanya hipokrit,
so pulanglar....bukan tak boleh wat paper skang nie...cuba tanya pada sapa yg berpengalaman dan tahu,rasanya tidak ada masalah saiful nie nak clear balik image dia...
saiful...kesian arr kat anak2 buah ko yang separuh mati tue....sian bona...kalo ko nak defend anak2 buah ko...dtg balik uniten,ASAP
bagaimana semua??
sapa sokong postkan sokong
Saudari Ainis,
Saya Perosakjalanan menyokong kata-kata Najwan.Jika saudari hendak berdakwah,sila buka blog utk saudari berdakwah.ruangan komen di sini bukan utk saudari berdakwah.sesungguhnya,apa yang berlaku adalah terang lagi nyata.Pemimpin pelajar kita(ulang: pemimpin pelajar) telah melakukan kesalahan yang agak berat.beliau meninggalkan pelajar beliau utk mengejar cita-cita yang lebih tinggi menjadi cacai kepada orang-orang kenamaan.adakah saudari telah termakan dengan cerita-cerita sedih yang diolah dengan penuh dramatik oleh saudara Saiful?berkenaan masalah keluarga yang diceritakan Saiful,saya rasa beliau sudah tahu tanggungjawab menjadi seorang pemimpin pelajar amat berat.tapi kenapa beliau sanggup menerima malah berbangga dengan apa yang dikecapi?memperkenalkan Uniten di mata dunia?bukankah tugas seorang pemimpin pelajar adalah utk menjaga kebajikan pelajar selain mewakili pelajar selaras dengan nama MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR?Saudara Najwan telah melakukan yang terbaik dalam membangkitkan isu ini.Ramai juga yang memberi respon terhadap apa yang telah berlaku dan kita dapat melihat hampir kesemua menunjukkan rasa tidak puas hati.Adakah saudari ingat dengan berdiam diri semua hal ini dapat selesai?Memang ramai yang agak emosi dalam hal ini.Tapi itulah kenyataannya.Kami mahu Saiful undur!!
UNDUR SAIFUL UNDUR!!!!
UNDUR SAIFUL UNDUR!!!!
UNDUR SAIFUL UNDUR!!!!
Saya tegaskan di sini sama ada Saiful ingin meletak jawatan atau tidak, itu urusan dia.
Sebelum itu biar saya jelaskan bahawa kita bercakap dalam konteks MPP Uniten Kampus Bangi.
Urusan mahasiswa kampus Muadzam tidak terlibat dalam isu ini. Terpulang pada mahasiswa di sana untuk menentukannya.
Saya (dan mungkin beberapa rakan siswa pengunjung blog in) hanya menyuarakan tuntutan agar beliau (Presiden MPP Kampus Bangi) mengambil tanggungjawab untuk mengembalikan semula kepercayaan pelajar terhadap kelangsungan perjuangan MPP.
Saya akui dalam entri terdahulu saya tujukan kritikan terhadap seluruh jentera MPP. Pun begitu kalau disemak semula ulasan saya dalam entri Cemuh, saya secara insaf telah menarik balik kritikan saya terhadap ke semua exco MPP. Saya hanya menegur individu yang menjadi punca permasalahan dalam isu ini.
Seandainya dia berani berdepan dengan kenyataan dan bersemuka dengan warga kampus untuk buat penjelasan, saya tiada masalah dengan itu semua. Persoalannya bila?
Jika dilihat, tempoh perkhidmatan MPP akan berakhir dalam tempoh empat atau lima bulan dari sekarang. Mampukah beliau untuk bertindak dalam jangka masa sesingkat itu untuk membuktikan kesungguhannya.
Masalahnya, tempoh yang diberi sudah cukup lama. Jika dihitung dari saat mereka mengambil alih kepimpinan tahun lalu, sudah tujuh bulan berlalu dan dalam tempoh tujuh bulan ini, di mana beliau?
Dan jika beliau merasakan beliau sudah tidak mampu dan tidak berupaya lagi untuk memimpin, saya suka untuk menyeru beliau agar melepaskan jawatannya dengan terhormat dan meminta maaf kepada semua exconya.
Jelas, mereka telah banyak berkorban dan komitmen mereka sewajarnya tidak dicemari oleh masalah yang menimpa pemimpin mereka.
Seandainya ini berlaku, kita harap jentera MPP akan dapat mengangkat pimpinan di kalangan mereka untuk memimpin dan memulihkan semula semangat serta kepercayaan warga kampus Bangi terhadap barisan MPP.
Saya seru sekali agar warga kampus Uniten Bangi berfikir dan merenung sejenak tentang apa yang selama ini telah dicapai oleh MPP dalam perjuangan membela hak dan kebajikan kita. Bandingkan hasil yang dilihat dengan retorik janji ucapan-ucapan pada sesi kempen tahun lalu.
Saya di sini sekadar melaksanakan tanggungjawab untuk membuka mata anda tentang isu yang selama ini menjadi konflik dalaman dan keresahan batin mahasiswa. Ibarat bom jangka, bia ia meledak, maka ledakannya mungkin sudah tidak dapat dikawal lagi.
Saya tidak menawarkan apa-apa saudara/i. Blog saya ini asasnya adalah mewakili pandangan peribadi saya sendiri.
Perbedaan pendapat tak kira yang rasional, sentimental dan emosional sama-sama kita raikan.
Sekali lagi saya tegaskan, saya tidak menawarkan apa-apa. Saya hanya menuntut agar dikembalikan semula kepercayaan mahasiswa terhadap MPP.
Jangan sampai satu tahap nanti di mana generasi muda di Uniten sudah tidak mahu ambil peduli lagi tentang pilihanraya kampus, atau lebih buruk menjadi meluat dan jijik mendengar nama Majlis Perwakilan Pelajar.
Dan jangan sampai sejarah mencatatkan bahawa barisan MPP sesi 2006/07 ini adalah barisan MPP yang paling teruk dan bejat dalam sejarah MPP Uniten!
-Najwan Halimi
Coup de tat, UNitenians!! kite gulingkan MPP.Perjuangkan hak anda.Mandat yang diberi telah dipersiakan, power to the people! power to the people!!!
Saudara Najwan, cetusan pendapat anda telah melahirkan bibit2 gerakan reformis terhadap pemimpin MPP sekaligus melahirkan ombak kesedaran di kalangan pelajar-pelajar Uniten. Sudah tiba masanya pelajar bersatu dan bertindak supaya suara anda didengari oleh pihak pentadbir universiti. the power of your words have come to a point where all around you must join together and take action.Bangkitlah pelajar Uniten, tiba masanya UNITEN mendengar anda.
To quote V from 'V from Vendetta':
"People should not be afraid of their governments. Governments should be afraid of their people."
Coup de tat, UNitenians!! kite gulingkan MPP.Perjuangkan hak anda.Mandat yang diberi telah dipersiakan, power to the people! power to the people!!!
Saudara Najwan, cetusan pendapat anda telah melahirkan bibit2 gerakan reformis terhadap pemimpin MPP sekaligus melahirkan ombak kesedaran di kalangan pelajar-pelajar Uniten. Sudah tiba masanya pelajar bersatu dan bertindak supaya suara anda didengari oleh pihak pentadbir universiti. the power of your words have come to a point where all around you must join together and take action.Bangkitlah pelajar Uniten, tiba masanya UNITEN mendengar anda.
To quote V from 'V from Vendetta':
"People should not be afraid of their governments. Governments should be afraid of their people."
coupe d'etat..
itu mungkin pilihan terakhir kerana risikonya terlalu tinggi..sebolehnya biarlah kita selesaikan secara diplomatik..bak kata pepatah melayu 'ibarat menarik rambut dari tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak'..
cadangan saya adalah agar pihak MPP, diketuai saudara saiful mengadakan satu rapat umum..di sana biar semua luahan hati dan perasaan, baik dari pihak pelajar mahupun pihak MPP dapat didengari dan dinilai..jemput sekali pihak HEP datang supaya mereka dapat dengar pandangan kedua2 belah pihak..dan kemudian biar mereka yg membuat keputusan samada saiful resign, mpp dibubarkan dan diganti dgn jawatankuasa khas atau pun tak ambil apa2 tindakan..
jika tindakan terakhir itu yang dipilih, maka bagi saya bendera reformasi telah tertegak dengan sendirinya..
apa yg najwan lakukan dah cukup baik..cetus kesedaran.
tp saya bimbang MPP dan yang lain tak serius. maknanya pastu semua senyap je dan si perosak saiful tu terlepas macam tu.
kawan2 semua kena terus konsisten. semalam saya chat dgn najwan dan dia cukup bimbang gelombang kesedaran ni akan mati begitu sahaja. tambah2 pula dia sendiri bakal menjalani praktikal utk 3 bulan mendatang ni. maknanya hal2 di kampus mungkin tiada siapa yg nak ambil tahu.lebih2 lagi special semester ni mesti kampus agak sunyi.
harapnya akan ada rakan2 siswa yang maintain dan berulang2 membawa mesej utk MPP kita lebih peka dan alert dgn tuntutan2 ini.
benar apa yang dibincangkan,kita tidak mahu gelombang reformis yang telah diwujudkan hilang begitu sahaja....
inisiatif saudara najwan ini amat2 diperlukan dikala saat pelajar2 mengharapkan pemimpin mereka berjuang demi mereka...
kalo beginilah MPP kita,alamatlah kita pelajar akan mengikut sahaja kehenda management uniten,adakah anda sekalian mahu,yuran,sewa apartment dan semua akan naik???
adakah anada mahu menjadi siswa yang mebe mempunyai CGPA yang melantun2 tetapi soft skills yang buruk?
tugas MPP amat diperlukan,tidak dinafikan ada sesetangah MPP yang masih bekerja dan cuba merealisasikan manifesto2 mereka,weel done good job,but not good enough,mereka perlu bersatu,jikalau tonggak utama boleh dikirakan incapable utk memerintah,gantikan dengan yang lain,lebih berpengalaman,lebih memahami rintihan2 pelajar.
Rakan2 saat sekarang adalah peringkat awal reformis kita bagi menaikkan kembali jiwa pelajar yang menginginkan keselesaan dn kesejahteraan di kampus,marilah kita teruskan usaha ini sampai ke penamatnya
Lawan tetap Lawan
Undur Saiful undur...
buat MPP-MPP yang lain..jikalau anda inginkan pembaharuan,jikalau anda inginkan organisasi MPP menjadi gah dan dihormati lagi,maka sertailah kami dalam perjuangan ini...kamu kesihankan anda,kamu sanggup bergolok gadai melaksanakan tanggungjawab utk dia watpa?? ingat..saiful hanyalar seorang manusia di kerusi tertinggi sahaja,tetapi tugas kamu sebenarnya utk pelajar2 uniten bukan dia,saya tegaskan UNTUK PELAJAR UNITEN BUKAN SAIFUL,oleh itu,jangan cover dia lagi,sama2 MPP-MPP yang lain sertai kami,jikalau kamu ikhlas hendak melakukan pembaharuan dan pembaikpulih,rasanya kami akan membantu...lebih mudah anda sekalian MPP menyingkirkan saiful kerana jika kami yang menyingkirkannya,maka secara tidak langsung,kamu juga akan disingkirkan,
-V-
assalamualaikum,
pertama kali saya ingin memperkenalkan diri saya sebagai salah seorang pelajar baru di UNITEN. saya juga telah banyak menyertai program-program yang dianjurkan mahupun dari persatuan ataupun pihak MPP sendiri.sebenarnya saya tidak bersetuju dengan apa yang telah dikatakan oleh anda seperti di bawah;
"Kini setelah hampir lapan bulan, golongan glamourist (saya tak pasti sama ada perkataan ini wujud atau tidak) kampus ini semakin hilang arah tuju. Program-program sudah jauh berkurangan. Agenda memperjuangkan kebajikan pelajar juga sekadar pemanis kempen. Apa yang pasti, janji-janji dan retorik kosong yang pernah mereka laung-laungkan dulu kini menjadi kahak hijau yang jatuh cair di atas wajah-wajah glamor mereka sendiri."
Mungkin ini sesuai ditujukan khas kepada pelajar yang tidak aktif. setahu saya banyak program yang telah dianjurkan oleh pihak MPP. mungkin anda tidak menyedarinya atau hanya memang suka untuk memaniskan cerita. saya pelajar baru di sini dan setakat ini saya telah mneyertai 4 program yang telah dianjurkan. jangan lah hanya menuduh nanti orang kata fitnah anda kata saya pulak x tahu nak beza antara fitnah atau tidak.pada pendapat saya, anda perlu berada di situasi mereka dan anda perlu menilai. berfikir secara RASIONAL. bukan hanya pandai bercakap itu ini sahaja. ada juga antara program mereka yang tidak mendapat sambutan. tetapi itukan kelemahan mereka sebagai seorang manusia biasa.tidakkah anda punyai kelemahan diri atau pernah melakukan kesalahan? kata-kata anda seperti anda seorang yang perfectionist. adakah anda tidak pernah melakukan kesalahan sepanjang hidup anda?selain itu, saya sbagai pelajar baru dan akan lama lagi berada di UNITEN ingin lihat anda menjadi presiden MPP pada tahun hadapan. itupun jika anda berani.bagi pihak saya, anda tidak mencetuskan kesedaran malahan menimbulkan banyak masalah.mungkin ada sedikit kebaikan dari 'cetusan' anda ini, tapi apakah ini cara yang paling baik???saya BUKAN hendak menyebelahi mana-mana pihak tetapi pada pendapat saya anda telah membuat ramai orang benci dan tidak percaya lagi pada MPP. malahan bukan semua di antara mereka yang tidak menjalankan tugas.secara keseluruhannya, saya amat tidak bersetuju dengan cara anda. sekian terima kasih.
anonymous,
Saya sangat berbesar hati andai saudara/i sudi menyenaraikan program-program MPP yang saudara/i telah sertai sepanjang sesi MPP 06/07 ini.
Sejauh mana program-program ini mampu menggalakkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar. Atau hanya sekadar program yang disertai oleh muka-muka yang sama.
Kritik saya tidak ditujukan kepada kelab-kelab dan persatuan kerana saya faham keterbatasan mereka dalam urusan pengendalian program. Harap anda jelas dalam isu ini.
assalamualaikum.
aku still tapaham knape ramai yg name die anonymous byk btul nk lontar mcm2 komen negatif.
neway, aku tadela nk kate aku rapat ngn dgn mane2 pihak. aku knal 2-2 pun gitu2 jek. aku knal najwan sbb sbb awal2 foundation dulu die baek ngn aiman. aku knal sepol sbb die klas power ngn aku sem lpas.
kpd najwan, aku rase ade baek nye ko gi jumpe direct ngn die. ko bkan nye tak puas ati smpai nk gado kan? so kalo ko btol2 prihatin, ko call die, miss call ke..anta msg ke ape ke..bwk berbincang.
frankly aku pun rase die ptt ltak jwtan, melihatkan kepada situasi die yg dilanda mcm2 masala skg ni. bkan soal die reti ke tak buat keje. aku tau die bule wat keje. tapi aku just tnak die self destruct plak. org2 dlm tekanan ni kadang2 bhaye jugak..maunye silap ari bulan die bunuh diri ke ape..tade k korang rase bsalah?
aku suke tindakan die ceritakan kat sume org ape bende sbenanye yg tjadi kat die tuh. mmg lumrah manusia, kene luahkan kat org len. at least bile die wat camtu, aku tau tekanan kat ati die tu mesti da kurang sket.
tapi aku terkilan sket kat najwan coz ko mcm provoke2 die lagi. i mean cut the guys some slack la wey...i know die pemimpin n all, tpi takan ko nk jadikan tu sume alasan tuk justifikasikan tindakan ko maki2 die. die pun org gak, mcm kite gak. die mgkin pemimpin, tapi wajarkah kite hukum die smpai cm tu skali? n satu lagi, knape ko suke ckp ko cam mewakili sume student uniten? sorryla tapi aku cam ralat sket kat situ.
neway, aku kat sini bkan nk cari gado. mgkin nampak gaye camtu, aku mintak maaf.
aku takesa sbenanye ko nk kritik saiful. aku pun ta knal sgt pun mamat tu. knal pun gitu2 jek. aritu pun aku vote for harun jek. n aku suke gak tmpat ni da jadi cm tmpat nk bidas MPP, tapi kalau boleh, biarlah komentar yg diberi lebih bersifat konstruktif dan tidak emosional. sbg owner blog, aku harap ko sedar kelebihan ko dlm mempengaruhi pemahaman pembaca, dan aku harap ko dpt tapis komen2 yg bercirikan negatif dan berunsur sindiran, komen2 yg mampu mencetuskan perbalahan dan pergaduhan.
all in all, kite kat dalam ni sume nk kan perubahan sbenarnye. nak kan supaya, hak kite ditegakkan, nak kan MPP mainkan peranan. btul?
tapi kite gak kenela sensitif gak bile kasi komen,..instead of maki2 tak tentu hala, if ko tau care yg lagi elok tuk wat keje,..sharela ngn dorang, kasi kritikan yg membina, jumpe dorang, bwk berbincang. dorang bkan nye hbat sgt pun, still lacking gak dlm serbe serbi. so pada sesape yg bule tlg, tlgla..i mean kalo tnak wat kerja pun,..kasi feedback kat dorang. kasi tau dorang. jgn pukul curi cm dlm blog mcm ni. maki2..tapi name sniri tnak plak tulis. awat segan ka?
papepun, najwan, gud job on criticizing. only next time,..jgnla harsh sgt. aku btul2 harap ko dpt arrangekan satu pertemuan ngn si sepol. duduk same bincang. at least nanti tade la missquotation ke ape. n snang nk bwak capai konklusi. dari dok argue dari blakang cover monitor nih. tak kemane pun. ko nk progress kan? then put some effort into it. ko wat sume ni pun pasal ko kebajikan plajar kan? so berjuanglah bagi pihak kami. tapi perjuangan sbenanye ade byk care. adekah pada ko kalau sepol turun, kite sbg warga uniten dapat lihat perubahan? dgn hanye berbekalkan 5 bulan kalo x salah aku...kan? so yg mane lagi elok? die turun n MPP kucar kacir? atau ko gi ddk smeja ngn die, kasi brainwash die sket..then hopefully die dpt wat something worth while slagi die pgg jwatan tu. its ur choice. tu pilihan korang pembaca sume.
mintak maaf sekirenye terkasar pape.
assalamualaikum.
Hafidz,
Terima kasih atas ulasan dan respon yang diberi. Dan yang paling utama, kritikan terhadap para responden yang menggunakan nama anonymous.
Tentang hal menapis komen dan kritikan, aku memang tak berminat nak menapis dan memilih-milih komen. Semua yang mengikuti isu ini seharusnya diberi peluang bersuara dan menyatakan pendapat. Sebagaimana yang aku tulis dalam ulasan sebelum ini, perbedaan pendapat tak kira yang rasional, sentimental dan emosional sama-sama kita raikan.
Tentang ulasan kau, mengatakan aku bercakap sebagai wakil mahasiswa Uniten, sila buktikan bila dan dalam ayat atau perenggan mana dalam mana-mana entri atau ulasan yang aku cakap aku mewakili mahasiswa Uniten? Aku tegaskan sekali lagi, blog ini asasnya adalah mewakili pandangan peribadi aku sendiri.
Tentang pertemuan dan duduk berbincang dengan Saiful, sekali lagi aku tegaskan, aku memang tiada masalah untuk itu. Ulasan aku terhadap respon Ainis Azreen harapnya sudah kau baca.
Mungkin kau sendiri bisa main peranan sebagai moderator dalam hal ini. Atau lebih baik lagi, bukan sekadar mempertemukan aku dengan Saiful, tetapi mempertemukan Saiful dengan warga kampus di bawah kepimpinan beliau.
Buat pengetahuan kau, aku pernah dahulu hantar mesej kepada Saiful dalam laman friendster bertanyakan tentang soal integriti tetapi sehingga kini tiada sebarang respon dari beliau.
Aku tegaskan sekali lagi, aku tidak menawarkan apa-apa, jauh sekali ingin melobi sesiapa sebagai calon MPP seterusnya. Blog ini asasnya adalah mewakili pandangan peribadi aku sendiri.
Dan seandainya pengunjung ingin berkongsi pendapat, kritikan atau apa jua cadangan, aku sangat mengalu-alukannya.
najwan,
selepas membaca hasil nukilan saudara, saya amat kagum dan tidak percaya dengan kewujudan insan seperti saudara di kampus ini yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam dunia politik yang pada setengah pihak tidak wajar untuk para pelajar.
dari kisah penggulingan suharto hinggalah potongan kata-kata kennedy, ternyata ketaksuban saudara terhadap dunia politik amat tinggi. namun, mengapa saudara memilih hanya untuk menggunakan blog atau boleh disama ertikan dengan 'surat layang' moden ini sahaja untuk menyatakan kepada dunia, bahawa saudara mampu bertindak sebagai seorang yang bergelar pemimpin? ataupun hanya ingin meraih sokongan terhadap para pelajar yang anti-saiful, untuk terus membencinya dengan mewujudkan pelbagai spekulasi dan membangkitkan segala isu-isu negatif bagi mengeruhkan lagi keadaan..?
ternyata, sifat dendam saudara terhadap saiful telah mengetuk pintu hati saudara untuk menjatuhkan beliau. dikala masalah timbul dikalangan mpp, semestinya saudara tidak akan melepaskan peluang untuk bertindak.
adakah berpunca dengan penyingkiran saudara ke sedili, saudara terus melabel saiful sebagai musuh?
pernahkah saudara terfikir sebab2 mengapa saudara disingkirkan?
kemana hilangnya sifat profesionalisme saudara sebagai seorang individu yang kononnya mampu 'memberikan sesuatu kepada negaranya'?
renungkan..
kepada pihak mpp..
saya sentiasa dibelakang anda..
alfatihah untuk arwah ibu saiful..
Pelajar Baru Menjawab:
saya ulang saya TIDAK melibatkan isu mengenai persatuan atau kelab,
saya berkata atas pendirian saya;
"saya juga telah banyak menyertai program-program yang dianjurkan
mahupun dari persatuan ataupun pihak MPP sendiri." saya pon tahu
yang persatuan ada batas tidak perlu saudara menjelaskan kepada saya.
pada pendapat saya,program MPP selalu mendapat muka-muka yang sama
disebabkan oleh masalah pelajar itu sendiri. tidak mahu melibatkan
diri."Sejauh mana program-program ini mampu menggalakkan interaksi dan
integrasi di kalangan pelajar. " pada pendapat saya, setiap program yang dianjurkan
mesti ingin mencapai objektif-obejktif positif tertentu, dan mungkin obejktif tersebut
adalah lebih daripada hanya ingin mencapai interaksi dan integrasi di kalangan pelajar.
jikalau tidak sudah tentu prog2 yg dianjurkan tidak mendapat kelulusan untuk dianjurkan.
Sejauhmana program-program yang dianjurkan bagi menggalakkan Integrasi&Interaksi itu perlulah
sendiri dinilai oleh para peserta program serta pelajar uniten itu sendiri.
Medium serta platform telah ada, cuma para pelajar sendiri sedar atau tidak sahaja.
walaupun saya tidak terlibat dalam usaha mengajurkan program,
tapi saya sedar banyak peruntukan telah dilaburkan, tapi segelintir pelajar sendiri
yang tiada inisiatif serta tidak mahu menghadirkan diri.salah siapa??adakah pihak penganjur
perlu membuat paksaan?adakah sampai begitu sekali? setakat program yang saya hadiri anjuran
MPP untuk makluman saudara (jika saya tidak silap) adalah seperti Career fair,
Minggu Bazaar Kelab & Persatuan,program volunteer di JOHOR,kursus pengurusan persatuan
yang banyak mengajar saya benda baru (sepatutnya dihadiri oleh pelajar baru seprti saya)
dan sebagainya telah memberikan saya pengalaman yang tidak saya perolehi di kelas.
Tapi tidak perlulah nak senaraikan lagi, apa yg penting sekarang saya rasa kita terus
memberikan sokongan kepada exco mpp yang lain yg saya pasti mereka sangat sedar akan situasi
yang berlaku ini. Harapan saya masih ada kapada exco mpp yang lain.
"Nila Setitik Rosak susu sebelanga" Janganlah haya seorang individu yang bersalah,
yang lain juga dipersalahkan, adalah tidak adil& tidak wajar.
Marilah kita memberikan sokongan kepada mereka yang masih menjalankan tanggungjawab mereka.
Cha Han Seol,
Terima kasih atas respon saudara.
Saya kurang bersetuju dengan saudara dalam menyamakan blog dengan surat layang. Bagi saya, perkembangan teknologi dan multimedia seharusnya diaplikasikan semaksima mungkin. Atau mungkin saudara ikut bersetuju dengan segolongan ahli politik kita yang melabelkan informasi dari blog ini semata-mata fitnah dan pembohongan. Terpulang.
Sekali lagi saya tegaskan kritikan-kritikan saya terhadap Saiful tiada kena mengena dengan sentimen emosi mahu pun peribadi. Terpulang sama ada saudara ingin terima atau tidak, saya tidak memaksa.
Seperti yang dijelaskan, saat ini, saya konsisten dalam menuntut barisan kepimpinan perwakilan pelajar agar mengembalikan semula kepercayaan dan keyakinan mahasiswa terhadap organisasi yang suatu ketika dulu cukup disegani seperti mana era Azman, Yousri dan Fairuz (sekadar menyebut beberapa nama).
Tentang pelaksanaan Baksis Sedili 2006, sehingga ke hari ini tiada seorang pun (ulang: tiada seorang pun) dari kalangan AJK pelaksana baik Ketua Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah yang datang menjelaskan kepada saya alasan "penyisihan" (saya tidak pernah menerima sebarang surat atau arahan rasmi mengenai penyingkiran)saya dari ikut terlibat dalam program Baksis.
Saya tidak berminat mengimbas kembali tentang penganjuran Baksis kerana jika mahu dikupil satu-satu, maka kelak akan lebih banyak yang bakal dipertikai tentang kepimpinan Presiden MPP Uniten Kampus Bangi ini.
Pun begitu, terima kasih kerana sudi mengikuti hasil nukilan saya.
Saya tegaskan sekali lagi, blog ini asasnya adalah mewakili pandangan peribadi saya sendiri dan saya secara total bertanggungjawab terhadap apa yang saya tulis.
Anonymous,
Saya memang bersama-sama saudara/i menyokong kepimpinan exco-exco yang sedia ada.
Dalam hal ini, saya tidak mempersalahkan kesemua exco. Atau mungkin saudara/i tidak mengikuti ulasan-ulasan yang lain secara terperinci.
Saya tegaskan, saya tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada seluruh organisasi MPP.
Seperti apa yang saudara/i sendiri sebutkan,"Nila Setitik Rosak susu sebelanga."
Dan "nila" yang setitik itulah yang kita tuntut agar lebih bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikul.
najwan,
kesian kau kena explain banyak2 kali. banyak pro-mpp yang komen ni tak baca komen2 sebelum ni agaknya.
taksub sgt depa ni.asyik menuduh kau bukan2 je,hehe. takpe,sabar bro..jelaskan baik2.biar diorang faham.mahasiswa skang ni mmg cepat emosional. yg duk kata org emosional tu depa lagi emosional.
kepada semua yg mengomen, len kali bacala sume komen kat atas tu betul2. ni tidak,taktau hujung pangkal, pakai tembak je.baca sume dulu, pikir elok2 baru la komen.
chan, kau ni bebal ke apa. apa jadahnya samakan blog dgn surat layang. aduhai,mcm nila kalau mentaliti kelas ketiga. ko ni sama bengong dgn menteri yg ckp blog ni semua bohong.
saya hanya menjawab pertanyaan anda ttg "Sejauh mana program-program ini mampu menggalakkan interaksi dan
integrasi di kalangan pelajar. " ttg mintak sama-sama sokong sy tujukan kepada semua ;)
tahniah najwan kerana blog ini makin mendapat sambutan,lantas mencetuskan semangat ingin tahu kepada msyarakat kampus.
Kepada pelajar baru...
melihatkan komen anda benar MPP telah menganjurkan banyak program,saya ingin bertanya balik...jikalau anda menyalahkan pelajar2 uniten kenapa mereka tidak berprogram, saya bangkang sangat bangkang,penyiasatan saya telah menunjukkan ramai mengatakan mereka tidak tahu ada program,wahai sahabat baru....dengan adanya booth sahaja tidak cukup,percayalah...sebenarnya aplikasi moden multimedia seperti laman inilah yang menyalurkan maklumat kepada semua,tetapi???
seharusnya pihak MPP sendiri kena turun,buat pidato umum depan palajar dekat upten,cafe coe kepentingan berprogram,mereka kena initiate bukan menunggu kelab2 dan persatuan menyalurkan peserta.
apa salahnya nak berckp,buat sembang siswa,jangan malu dengan pelajar2 sendiri,kebanyakan pelajar kita tidak tahu kepentingan berprogram,apakah benefit yang bakal diperoleh,
paling cikai wat buletin,naper payah sangat,ada satu persatuan kat uniten nie dah berjaya buat,kalo si saiful nie ckp exco dia tanak buat....patutnya dia amik alternatif suh org lain buat,bukan diam pastue menunding jari atas kesalahan org lain....
bukannya takleh sub kan kat individu yang sanggup wat,ada ramai kat uniten nie,apa tadak duit nak bayar kah....alar come onlar small matter,sangat small matter
student baru...
anda bertuah kerana anda mempunyai peluang itu,apa kata anda kongsikan peluang itu kepada yang lain,bgtau mereka...
mengenai duduk berbincang dengan saudara saiful....ermm yang paling penting suh dia balik ke uniten dulu,kalo nak bincang,bincang dengan semua pelajar bukan ngan najwan sorang jer,watper ??
dia pelajar biasa yang lebihnya keranadia telah membuatkan anda bangun bersuara da meluahkan pandangan anda....ingat senang ker nak wat mender cmtue...seharusnya najwan tidak dipersalahkan,komen2nya semua dari pandangan peribadinya,dan dia cukup telus utk memaparkankomen2 anda kepada semua supaya dpt dikongsi bersama tidak seperti seseorang itu.
so...rakan2 sekalian,sayanak tambah,laman nie mmg mengkritik MPP tapi tiada langsung perkara2 memintaz MPP turun semua berundur,tidak kami tahu MPP yang main komited dalam ugas mereka,saya puji harun kerana beliau sanggup menangguung beban kerja org lain,saya salute harun,saya admire hafiz jamil kerana usaha beliau utk kelab2 dan persatuan mmg tidak dinafikan,saya suka cara rika,kejayaan Uniten Relief Team mmg tidak dpt disangkal lagi,dan dia telah berjaya menganjurkan bersama seminar feminin dengan PPI,dan dia akan menganjurkan International Culture Night,Dayah dengan Induksi AJK MPPnya...tetapi bagi saya Career FAir tue program universiti pasal boss besar yang wat Ms Vathana dan Weng Tong,Dev,Fifi dan Arun....ermmm
yang nyata saya amat mengasihani MPP-MPP ini,masih gigih berjuang dan cuba malaksanakan manifesto2 mereka semampu yang boleh,TETAPI dimanakah Saiful????
Wahai MPP-MPP sekalian,jikalau anda inginkan pembaharuan dan imej MPP dipulihkan kembali,jangan ikut lagi ketua yang diatas nama sahaja bukan ketua yang dok pikirkan IPTS lain dari pelajar2nya sendiri,kami pelajar2 akan menyokong MPP-MPP yang lain jikalau anda sekalin sebulat suara menyingkirkan saiful,jangan takut...katakan ini adalah kehendak student2 bukan kami,kami menjalankan amanah kami terhadap pelajar....
-pelajar yang gemuk V-
Saudara-saudari sekalian,
Saya Perosakjalanan hendak memberi sedikit komen berhubung golongan "bijak pandai" ataupun "pembela" yang banyak melatah disini.Saya lihat,golongan pembela ini banyak berkata-kata dan memberi komen yang agak bodoh seperti Cha Han Seol dan pelajarbari.Anda samakan blog dengan surat layang?bodohkah anda?tidakkah anda lihat isi-isi di dalam blog ini banyak kebenarannya?golongan seperti anda inilah yang lebih suka menjilat punggung pemimpin yang tidak keruan daripada menegakkan kebenaran.kerana wujudnya golongan seperti andalah pemimpin yang tak berguna masih lagi memimpin.kerana golongan seperti andalah pelajar-pelajar menjadi seperti lembu hanya mengikut telunjuk babi.
sekian.
perosakjalanan,
Baru habis baca novel Animal Farm ke? =)
haha....
panas sungguh ayat mu perosakjalanan itu,takley nak halang,freedom of speech,freedom to give opinion...
haha...
najwan...golongan yang disebut2kan itu,bg aku tak bersalah,cuma kekurangan ilmu mengenai perkara ini...mmg dah jadi tugas kita berkongsi ilmu tersebut,
buat semua pengunjung blog ini...
keluarkan lar idea anda..kita tanak gaduh2 kat sini,cukup hanya meluaskan pandangan dan minda
-pelajar yg gemuk V-
cuba buka laman ini...sgt membuka minda
http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_2a6e1913-c0a85062-101f2870-7f235733
-pelajar yg gemuk V-
hai semua,
panas betul diskusi di sini. saya dah mengikuti semua komen dan bagi saya yg tak pandai nak berkata2 ni, saya just amik copy komen sorang mamat ni dari blog sepul bukari (ala, yg syok sendiri dan gile glemer tu!hehe).
bagi saya, komen mamat sorang ni yg paling sempoi, lawak dan menarik.pun begitu tetap tajam dan pedas!hehehe
[ pengundikesal said...
budak uitm,hang ni sebuk buatpe?
ke hang pun barua politik umno jugak?bodo,hang pi jaga uitm hang la. ini urusan dak2 uniten dgn mamat ni.hang apa kes mau sebok2?
sepul,hang resign je la. apa yg si najwan halimi ckp tu betoi pun.kalau hang dah tak mampu nak pimpin mpp hang nak gagah buatpa lagi?menyusahkan org lain ja. kesian la sikit kat exco2 mpp tu. depa buat kerja mati2, sebabkan hang, depa dapat aib skali.
hang nak pi tahap asean ka, dunia ka kami peduli apa! aku rasa menyesal sgt pasai pi undi hang hari tu! hang bercakap berjanji bkn main manis.
aku bukan tak suka kat hang sepul, tp aku rasa tmpoh 8 bulan hang duk dlm mpp tadak apa sgt kemajuan kat uniten ni. hang duk ligat pi pusing2 jalan2 makan angin ampu sana ampu sini ja.
seronok sgt ka sapu pungkok menteri pengajian tnggi tu?
siap diarah jadi presiden kepada presiden lah, spokesman apa jadah la. toksah duk membohong la sepul.
hang yang nak semua tu, bukannya depa paksa pun, hang yang gatai mengidam nak jadi tu nak jadi ni.
aku takmau dgr hang tawaq2 lagi.
letak jawatan jela.orang uniten takmau kat hang dah!
tolong la sepul.aku rayu kat hang.aku malu sgt dulu sebab duk kempen ajak kawan2 aku pakat pi undi hang.last2 tgok lagu ni..apa pun tadak.
aku simpati dgn masalah hidup hang. tapi hang kena ingat.hang ketua, mana buleh nak campur aduk antara kepimpinan dan peribadi.nampak sangat hang ni lemah.
toksah nak salah2 kan boss dgn nico pasai sume ni. hang patut dpt tau dari awai dah taktik depa dua ni. hang tu yg bodo. hat duk ikut si nico tu sgt sapa suruh?
dah la sepul, malas aku nak ckp apa dah. satu ja aku mintak, hang tolong la letak jawatan. aku anggap suara aku ni dah mewakili semua kawan2 aku yg aku ajak undi hang dulu.
sudah la sepul..berenti la jadi munafiq! letak jawatan je la..insyallah orang semua akan maafkan hang dan akan lebih hormat hang.
-pengundikesal- ]
mana si Saiful, tak jawab2 lagi tuntutan kita?
wei saiful, jawab la, apasal senyap je?
takut ke?
huhu....
ya...dimanakah beliau,sesudah komentar balas beliau terhadap saudara najwan dan tuduhan melulu mengenai saudara najwan berpolitik fanatik,sampai sekarang masih tidak ada kenyataan balas...
dah nyata...wahai MPP-MPP sekalian,ketua anda kononnya itu sudah takut dan melrikan diri lagi,saya usulkan nada ambil tindakan sekarang...singkirkan nya,gantikan dengan org lain yg lebih bertanggungjawab,saudara harun boleh,saudara hafiz jamil boleh....jangan anda sekalin cuba melindungi lagi dia,sudah nyata dan tidak perlu bersuluh lagi
ketua anda itu sedang ketakutan dan menggelabah serta melatah kerana perkara ini...wahai MPP-MPP yang lain sekalian,anda semua akan mempunyai sokongan padu dari kami utk mengembalikan imej dan reputasi MPP,kami dibelakang anda,setia membantu jikalau ingin berubah....bangkitlah
-pelajar yg gemuk V-
Pjg nye.. penat bace. (nada manje ala2 Nora Danish.)
To Saiful: Balek la uniten. buat open talk. mintak maaf ke hape ke.. merosakkan imej sendri je la Saiful.. ilang respect org wei..
To Najwan (Owner of d hottest blog in d world): Huh. bukan nak marah u. Tp u hentam lebih la. Dr seblm mengundi aritu u dah bukak topik psl MPP uniten. Mcm u ni mmg tak puas ati kat sesape yg muke dier "tersenyum kat kertas kuning" utk memancing undi. Apsal gamba u takde?. U kan suke politik. Hentam sbb tak dpt g Sedili ke?. Kamon lah Najwan. Nampak sgt u mmg tunggu mase je utk hentam MPP. Kebetulan Saiful dilanda masalah skrg. inilah mase nye. Betul x?. Sori kalau terase. i mmg lazer you...
Well ,ape2hal pun yg penting kita tunggu si saiful balik dulu n terangkan secara jelas dan nyata dimana,kemana,apakah yg telah berlaku sepanjang ketiadaan beliau di uniten...
Tak payah nak ungkit pasal hal2 peribadi si saiful ,mahupun si najwan...disebabkan hal2 peribadi ni lah boleh mempengaruhi pandangan kiter semua....be professional lah student2 semua....benda boleh jadi simple klau kita uraikan lilitan2 tali yang dah terbelit2 nie.Solve one by one....
Bagi saya,perkara yang saudara saiful boleh buat:
1stly saiful pulang lah ke UNITEN..
2ndly , jelaskan ape yg telah berlaku kepada para pelajar...
3rdly , cari jalan penyelesaian yg terbaik bagi diri saiful untuk selesaikan masalah ini dengan mendengar pandangan pelajar2 uniten
4th , pilih jalan yg terbaik bagi semua puas hati khusus student uniten , termasuklah bagi pihak anda(merangkumi komitmen+family+kebajikan student)
5th , Wait n see...
Saya sebenarnye tidak suka sangat terlibat dalam hal2 sebegini , cuma biler membaca komen2 pembaca ,masing2 membuat kesimpulan awal tersendiri yang bagi saya mereka mungkin kurang jelas dengan keadaan ini...
So , saya nak jadikan perkara nie simple...x payah nak tuding jari pada sesape...
Think of urself , be professional...
By
-InsAn KerDiL-
insan kerdil,
anda sangat rasional. hebat!
salam buat semua,
"kritik, sindir & cemuh" ungkapan yang mempunyai maksud tersendiri dan lebih bersifat subjektif.
tak salah untuk kita sama-sama berkongsi pendapat mahupun melontarkan komentar mengenai sesuatu isu yang nyata mampu merubah situasi semasa, tidak kiralah samada impaknya positif mahupun negatif. Saya lebih tertarik untuk merungkai isu ini kepada aspek yang lebih terbuka dan tidak memihak kepada mana-mana. Kalian semua cukup besar, cukup matang untuk menilai yang mana kaca yang mana permata.
Blog - riwayat hidup - merupakan medium untuk saudara najwan untuk melontarkan pandangan peribadi beliau, beliau sendiri turut menyatakan beliau bertanggungjawab dengan setiap lontaran minda beliau. Oleh itu, kita tidak berhak untuk menyalahkan beliau kerana inisiatif beliau untuk menggerakkan satu gelombang baru untuk melihat Organisasi Pelajar (MPP) memulihkan semula imej yang tercalar di sebabkan bbrp perkara yang pada dasarnya adalah perkara kecil. Jusitifikasi yang diberikan kepada INSAN-INSAN terpilih dalam isu ini hendaklah kita fikir dengan lebih rasional. saya ingin mengajak kalangan pembaca sekalian tentang beberapa point yang ingin saya utarakan di bawah. harapan saya, buat pemilik blog-saudara Najwan, INSAN_INSAN terpilih , mahupun kalangan pembaca sendiri berfikir sejenak dan lihat ia secara positif.
1- Luahan yang diutarakan , adakah ia luahan peribadi? adakah ia untuk kepentingan semua pelajar,atau ada agenda bersifat peribadi? adakah ia hanya medan untuk saling bidas-membidas di atas kecacatan orang lain? atau medan untuk membalas dendam di atas kesilapan lepas? sekiranya peribadi, saya agak terkilan kerana mengaibkan orang adalah suatu yang terang-terangan akan membawa kepada kemudaratan. kita lihat sejarah tanah air mahupun situasi politik tanah air, 'aib' hanya akan mendatangkan kepada lebih banyak keburukan dan bukannya mendatangkan kebaikan. Setiap manusia mempunyai harga diri sendiri; tidak pernah lari dari melakukan kesalahan, BUKA MINDA: MAKSUM kah kita? Maksum kah dia, beliau mahupun sesiapa sahaja yang berkaitan dalam isu ini.Saya sendiri tidak lari dari melakukan kesalahan.mungkin apa yang cuba saya sampaikan ini bakal mengundang kepada ketidakpuasan hati. Ampun dan maaf dari pihak saya yang kerdil dan tidak seberapa ini.
2-membuka keaiban orang lain, adakah ia satu solusi yang berkesan untuk kita melihat organisasi pilihan kita itu mampu berdiri teguh dan menjadi superpower untuk menyelamatkan kebajikan kita sebagai pelajar universiti?
Alkisahnya, sekiranya kita terbeli sebiji telur busuk...kita secara fizikalnya sudah dapat mampu mngesan dan menghidu kebusukan telur itu walaupun tanpa memecahkannya terlebih dahulu. Apakah reaksi kita sekiranya kita sudah nampak kulit telur itu telah menampakkan tanda kelebaman ? Adakah kita berani untuk mengambil risiko untuk memecahkan telur itu atau terus mengambil langkah penyelesaian dengan membuangnya sahaja? Apakah yang bakal kita dapat, sekiranya risiko yang kita ambil untuk memecahkan telur itu untuk melihat kebusukan mahupun kecacatan telur itu...pada akhirnya akan membawa kepada suasana yang tidak selesa ( bau busuk) yang mampu mengetuk partikel-partikel zarah udara yang pasti akan memburukkan kualiti udara yang pastinya akan merebak ke seluruh pelusuk ruang. atau akhirnya akan terpalit sedikit cairan busuk pada si pengambil risiko? lantas sedikit sebanyak menggugat keselesaan sendri. FIKIRKANLAH! Intipati yang cuba di sampaikan.
Kita mudah untuk menuding jari keatas kecacatan pihak lain. Tapi sedarkah kita, jalan penyelesaian sebnar bukan melalui cara memburuk-burukkan atau memberikan justifikasi yang kurang enak. Mungkin Saudara Najwan pernah menyalurkan rasa kebimbangannya terhadap kepimpinan saudara saiful menerusi mesej peribadi di Friendster, tetapi maklumbalas yang diharapkan saudara Najwan itu tinggal tanda tanya? Provokasi penyelesai masalah? Mungkin saudara Najwan lebih lama dan lebih kenal rapat dengan saudara Saiful..lebih banyak medium yang boleh saudara gunakan untuk berbicara tentang soal ini dengan lebih tertutup.Pertama, permasalahan dapat diselesaikan.Kedua, Kredibiliti kedua-dua belah pihak terjaga. Sekiranya resolusi pengunduran adalah jawapannya, lakukan dengan cara terhormat dan bukannya meninggalkan kesan-kesan busuk. Biarlah kesilapan yang lepas itu menjadi pengajaran dan iktibar buat org lain. ~Pengalaman mengajar manusia seribu satu perkara tentang kehidupan,sama ada salah atau betul, berhak atau tidak..bukanlah hak mutlak kita. ingatlah segala ujian dan ketentuan ini datangnya dari kuasa MUTLAK dari yang MAHA UTAMA itu. Perbetulkan niat kita, berdoalah semoga perkara ini diselesaikan dengan baik, berdoalah, berdoalah!
P/s: Sumbangkan saranan yang membina untuk menyelesaikan isu ini,bukan mencari punca keretakan mahupun membesarkan lagi keretakan itu
-PengkajiKonsepKeseimbanganUniversal-
PengkajiKonsepKeseimbanganUniversal,
Mohon untuk berkenalan dgn anda. Jika sudi, saya pohon emailkan identiti saudara. Atau barangkali kita sudah saling kenal?
Mungkin selepas ini bisa bicara lebih tentang pelbagai hal.
najwanhalimi@yahoo.com
eh... dah senyap dah?
cuti beb cuti...
hehe...tapi rasanya kita boleh rasa akan ada perubahan kot kat kepimpinan uniten nnt
hahaha
tunggu.....
-pelajar yg gemuk V-
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
Pautan pada catatan ini:
Buat Pautan
<< Laman utama