Iklan

Rabu, April 25, 2007

Hadhari

Maaf kerana entri kali ini agak berlainan dari yang dahulu. Entah kenapa saya tiba-tiba merasa rindu kepada watak hero zaman saya anak-anak dahulu---Ultraman.

Yang menariknya, mereka menari-nari riang, penuh dengan semangat kehadharian sambil diiringi lagu latar yang memukau.

Semoga terhibur !

Hadhari, Hadhari ! Ayuh, ayuh !

Hadhari, Hadhari ! Kita maju !

8 ulasan:

fathi aris omar berkata...

Tak payah kembali lagilah kepada usrah atau membaca buku-buku Ikhwan (seperti yang saya sebut). Habis waktu sahaja.

Kau tak akan perasan di mana kelemahannya sehingga kau keluar daripada kepompongnya dan setelah sebahagian usia muda kau telah disia-siakan.

Aku tulis: "Dan tentunya sewaktu kita berada di tengah-tengah khayalannya kita tidak mungkin menyedari betapa buruknya ia berkembang dan betapa kejinya ia diizinkan berkembang."

Yang penting, terus belajar Islam, berfikir, membaca dan berdiskusi.

Aku setuju kalau kau dan kawan2 terus kekalkan semangat berdiskusi. Tetapi bukan mengikut usrah ala gerakan Islam --- apatah lagi membaca teks2 Ikhwan atau terlalu ghairah dengan politik berparti.

Ada risikonya. Yakni, risiko menyempitkan fikiran.

Elok jadikan buku Patah Balek (dan beberapa buku lagi era Reformasi) sebagai teks usrah.

Baru kau faham maksud aku ....

Kalau kau tak percaya, kita bertaruh, lima tahun lagi kita menilai sama ada kata2 aku ini relevan atau tidak.

Tanpa Nama berkata...

Hohoho

fathi aris omar berkata...

[sebagai menjawab ulasan kau di blog aku http://usrah2007.blogspot.com/ hari ini, 25 April]

Najwan & kawan2,

Aku nasihatkan kau untuk tidak mengikuti usrah dan membaca buku-buku Ikhwan. Tetapi aku nasihatkan juga kau orang supaya mendalami Islam (termasuk kitab-kitab klasik), kebudayaan Melayu, falsafah moden, teori budaya pop dan lain-lain yang relevan.

Senarai buku yang aku paparkan dalam artikel aku [di blog itu] itu meliputi bidang Islam, falsafah, sastera, dakwah, pemikiran Barat, ketamadunan Barat & Islam, teori sains moden, teori ilmu (Barat dan Islam) -- sekadar menyebut contoh.

Usrah tidak akan membekalkan kau orang dengan bidang-bidang ini. Sama ada 10 atau 15 tahun kau orang terlibat dengan usrah setiap minggu sekali.

Mungkin usrah menjadikan kau orang "baik" tetapi pasif dan dormant. Tidak kreatif, tidak kritis.

Gerakan Islam tidak nampak apa yang kawan2 Jalan Telawi dan "Patah Balek" nampak. Jadi fokus usrah & jemaah Islam berbeza. Dan mungkin juga mereka ini "mundur". Hehehe ... menuduh lagi!

Aku tak katakan geng2 Jalan Telawi itu tidak "berusrah" langsung. Kami berdiskusi, membaca, mengkaji dan terlibat dalam dunia nyata [aktivisme/kerjaya]. Bukan bergelumang dengan teori-teori ilmiah sahaja.

Dan jangan lupa, selain aku, Pak Khalid, MR Mustaqeem dan beberapa teman dekat dan jauh KsJT ini semuanya mempunyai latar belakang usrah [ABIM, PAS, JIM dan lain2], gerakan pelajar dakwah, gerakan pelajar era Reformasi dan aktivis NGO hak asasi @ seni budaya.

Kami juga mempunyai jaringan yang luas dengan bermacam-macam jenis manusia (yang memungkinkan interaksi/sintesis idea yang lebih kreatif) walau bilangan kami kecil & terbatas sekali.

Tentunya, ... kami sendiri menyimpan kelemahan & keterbatasan masing-masing... tetapi niat kami "Pencerahan"

najwan halimi berkata...

Fathi,

Aku harap kau hadir di Hotel Armada malam esok.

Aku mohon dicerahkan! Hehehe..!

syeikhryz berkata...

wah!....team gagasan pencerahan berdiskusi...hahahhaha...aku kena slow sikit la week ni,psl DEMAM EXAM MELANDA KAWASAN PERBUKITAN BANGI...HIHIHIHIHIH....

fathi aris omar berkata...

Najwan,

Syeikhul Kant menulis begini:

Enlightenment is man's emergence from his self-imposed immaturity. Immaturity is the inability to use one's understanding without guidance from another.

This immaturity is self-imposed when its cause lies not in lack of understanding, but in lack of resolve and courage to use it without guidance from another.

Sapere Aude! [dare to know] "Have courage to use your own understanding!"--that is the motto of enlightenment.

Di atas tadi ayat-ayat dalam perenggan pertama "Apa itu Pencerahan?" yang dikarang oleh Immanuel Kant.

Orang yang mendukung Pencerahan tidak percaya pada "petunjuk" atau "garis panduan" orang lain tetapi mesti berfikir sendiri, berfikir independen (mandiri) untuk mencapai tingkat kefahaman masing-masing.

Ayat berikutnya Kant menyebut begini:

Laziness and cowardice are the reasons why so great a proportion of men, long after nature has released them from alien guidance (natura-liter maiorennes), nonetheless gladly remain in lifelong immaturity, and why it is so easy for others to establish themselves as their guardians.

Pak turut, "aku budak baru belajar, mana yang salah tolong tunjukkan", atau "aku mohon dicerahkan" tidak ada dalam kamus dan sikap manusia tercerahkan.

Hanya si pemalas dan si bacul sahaja rela berada dalam kegelapan, keanak-anakan atau kementahan (immaturity).

najwan halimi berkata...

Aduh! Terasa pedas sekali cili yang ku kunyah!

azad berkata...

fathi,

aku bersetuju dengan kau tentang membaca tulisan2 seperti yg telah disebutkan.
tetapi aku tidak dapat untuk bersetuju dengan kau untuk tidak membaca teks2 ikhwan.

bahkan, didalam kebanyakan teks ikhwan juga pergerakan2 lain yg digerakkan oleh tokoh2 seperti al-maududi telah lama membincangkan tentang perkara2 yg masih menjadi perdebatan pada hari ini (cth: liberisation of the market, social responsibility etc)