Isnin, April 30, 2007

Bosan

Semalam Ayah merungut.
Kata beliau, akhbar-akhbar di Malaysia semakin bosan.
"Tiada isi," rungut beliau sambil membaling sebuah akhbar Berita Hairan (bukan nama sebenar) edisi hujung minggu ke lantai.
Saya menyampuk:
"Bukan ke dari dulu lagi Ayah cakap macam tu. Dah tu, beli kenapa?"
Ayah hanya diam. Terkesan barangkali dengan kata-kata saya tadi. Beliau lantas mencapai sisipan hiburan dan membelek-beleknya sepintas lalu. Pun begitu, tiada apa yang menarik minatnya. Beliau lantas berbaring di sofa. Tidur.
Saya sudah lama meninggalkan tabiat membeli akhbar-akhbar arus perdana ini. Membazir. Lagi pula, sumber berita akhbar-akhbar ini boleh saja didapati secara online.
Sehari dua ini, cerita yang paling sensasi dan memberahikan ialah berita kemenangan parti pemerintah dalam pilihanraya kecil di Ijok (pilihanraya yang meninggalkan 1001 kenangan kepada saya).
Lapor mereka, KeADILan sudah tiada harapan. Hanya menunggu masa untuk ditalqinkan.
Saya hanya tersenyum. Tak mengapa, esok masih ada.

Label: , ,

10 Ulasan:

Anonymous Tanpa Nama berkata...

Dari runtuhan kota Melaka, kita bangunkan jiwa merdeka! Ada orang kecewa tetapi sumpahnya tidak mendalam, sumpahnya sumpah air mata dan kata-kata; bukan sumpah darah!

Seharusnya orang pembangkang melihat Ijok sebagai "setiap hari 28 April, setiap tempat adalah Ijok".

Macam orang reformasi wajib bersumpah darah "setiap hari 20 September, setiap medan adalah Dataran Merdeka". Fathi

Mei 01, 2007 7:20 PM  
Blogger azad berkata...

1st experience in casting vote: in Cardiff, Wales!

Socialist Equality Party is battling face-to-face with Conservative. One tough fight.

sigh

Mei 01, 2007 10:12 PM  
Anonymous Tanpa Nama berkata...

Reformasi!!!!

Mei 01, 2007 11:11 PM  
Blogger syeikhryz berkata...

xpe..esok masih ada!...perjuangan palsu akan hancur suatu hari nanti..GOD WILL GIVE US JUSTICE!.

Mei 02, 2007 1:15 AM  
Anonymous fathi aris omar berkata...

Kepada yang berminat:

Lihat wawancara panjang Fathi Aris Omar dengan The Reading Group, Singapura (15 April 2007) di sini:

http://www.thereadinggroup.sg/conversations.htm

Mei 02, 2007 3:25 PM  
Blogger azad berkata...

Pelajar2 Uk semakin kritis.

Kudos to Qurratul Ain!

You'll understand what i mean. See you around in June

Mei 03, 2007 12:02 PM  
Blogger najwan halimi berkata...

Alhamdulillah.

Aku dilingkari teman-teman yang berakal! =)

Mei 04, 2007 1:26 AM  
Anonymous Lady Mariah berkata...

luaskan empayar. cari teman-teman yang ibarat bersaudara. bersatu kita teguh!

Mei 06, 2007 4:36 PM  
Anonymous Lady Mariah berkata...

luaskan empayar. cari teman-teman yang ibarat bersaudara. bersatu kita teguh!

Mei 06, 2007 4:36 PM  
Blogger azad berkata...

in general, big-headed (read: 'with brain') people could be categorised into 2 groups.

1. Empowering one's dominion. Building his own empire. 'I rule 'em all'

2. Co-operatively build everyone around oneself. co-succeeding.

I strongly disagree with the former!!

Mei 08, 2007 3:37 AM  

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

Pautan pada catatan ini:

Buat Pautan

<< Laman utama