Iklan

Ahad, April 01, 2007

Baru

Pagi tadi tidur saya direncat dengan SMS dari Pak Khalid. Kisah rombongan peminangan Puteri Felda Gunung Besout jadi entri terbaru blog beliau hari ini. Setelah lama blog beliau beku, hari ini ia kembali aktif. Barangkali musim spring telah bermula.
Saya tumpang gembira. Akhirnya Fathi Aris Omar bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang dara Felda. Kata Pak Khalid, orang Felda juga kini sudah punya citarasa selebriti. Insya-Allah, 7 Julai tahun ini Abang Fathi kita bakal melayari bahtera asmara. 070707--setanding tarikh 030303 Erra-Yusry.
Dan entah kenapa Faisal Tehrani juga mengirim SMS pagi tadi. Sebelum ini cukup sukar untuk beliau membalas SMS.
Wah, nampaknya pagi ini jadi pagi untuk mempromosikan blog agaknya. Faisal minta dimanfaatkan entri terbaru beliau berkenaan dengan pertemuan bekas Presiden Iran, Mohammed Khatami dengan Sheikh Mohammed Sayyed Tantawi, Imam Besar Masjid Al-Azhar beberapa hari lepas.
Kata Sheikh Tantawi, "Sunnah dan Syiah tidak berbeda dalam prinsip akidah, perbezaan antara keduanya hanya berkisar pada masalah furu' sebagaimana perbezaan antara mazhab Hanafi dan Hanbali."
Beliau turut mengecam jama'ah takfiriah, iaitu kelompok kecil Muslim yang ekstrim dan gemar mengkafirkan orang-orang Islam yang tak sefahaman dengan mereka.
Berat kepala saya merenung kenyataan Sheikh Tantawi ini. Dan secara kebetulan saya sedang mendengar lagu Tanya Sama Hud Hud sewaktu membacanya.
73 pintu, 73 jalan. Yang sampai hanya satu jalan!

5 ulasan:

sheikhryz berkata...

perbezaan pendapat tu perkara biasa dlm dunia.tapi persoalan nya bagaimana kita hendak menyatukan semua didalam satu pasukan.inilah yg kita panggil sebagai UMMAH CENTRIC.Tapi sekarang org lebih selesa dgn Jemaah centric.hahahaha..mcna kita nak menuju ke arah pencerahan minda wan?..kalau still ada perpecahan dlm ummah kita...yup aku stuju 73 pintu,73 jalan yg sampai hanya 1 jalan.harap2 sampai KESANA sebagai satu ummah.hahaha.insyaallah..

Aqil Fithri berkata...

salaam~

najwan, bentuk bahasa kamu semakin cantik... bagus sekali, teruskan!

saya percaya, masalah sunni-shi'ah adalah masalah yang tidak mungkin dapat diselesaikan. ia perlu sosok manusia perkasa untuk menamatkannya.

maka, tentunya saya tidak akan melakukan kerja yang takkan dapat diselesaikan. namun, saya memang pingin untuk menyaksikan penamatnya; wehdah abadi!

Jiwa Rasa berkata...

Salam,
Ummah centric memang sedap bunyinya dan rasa macam murni konsepnya. Namun, perlu juga berhati-hati takut akhirnya akan jadi sebuah jamaah juga.

Setuju dengan Aqil. Sunni dan Syiah itu sangat panjang sejarahnya. Saya belum nampak tokoh yang boleh menyatukan keduanya. Harap ada, tapi rasanya, mungkin bukan zaman saya.

Kalau dapat dikendurkan permusuhan pun sudah cukup baik..

afifi berkata...

ya, bak kata faisal tehrani, saudara seIslam mungkin, semazhab, mungkin tidak.

Syafiq berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.