Iklan

Rabu, Mac 28, 2007

Tunda

Konsert mingguan ketiga Akademi Fantasia 5 (AF5) yang sepatutnya diadakan pada 31 Mac ini ditunda ke keesokan harinya bagi menghormati sambutan Maulidur Rasul yang jatuh pada tarikh tersebut.
Demikian menurut laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Khairul Mizan Shagul, Pengurus Saluran Astro Ria berkata, pertukaran tarikh siaran itu diputuskan selepas pihaknya mengambil kira sensitiviti para penonton yang beragama Islam.
Sebaik membaca laporan ini, lantas terfikir apakah agaknya aktiviti yang bakal saya lakukan pada malam 31 Mac nanti.
Ah! Mungkin saya antara umat Islam Hadhari yang kurang sensitif tentang sambutan Maulidur Rasul yang jatuh Sabtu ini.
Atau mungkin pihak Astro menunda konsert ini bagi membolehkan pelajar-pelajar AF5 yang beragama Islam Hadhari mengambil bahagian dalam acara perarakan sambutan Maulidur Rasul di Bukit Jalil pada pagi 31 Mac nanti.
Atau mungkin pihak Astro bimbang sekiranya jumlah undian SMS yang diterima pada malam konsert merosot kerana umat Islam Hadhari sibuk memforwardkan SMS "Selamat Menyambut Maulidur Rasul" sesama rakan dan taulan.
Mungkin.

Tiada ulasan: