Iklan

Sabtu, Mac 24, 2007

Filem

Seorang teman menyapa saya di laman sembang Yahoo Messenger semalam.

Tanya beliau,"Wan, dah tengok Mukhsin?"

"Belum. Best ke? Atau karut macam Gubra?", tanya saya.

"Gubra karut ke? Ok je aku rasa", balas beliau.

"Apa mesej yang kau dapat tengok Gubra?", tanya saya lagi.

Jawab beliau,"Entahlah. Aku tengok pun sekadar suka-suka je."

Saya tertanya, apakah agaknya yang dinikmati oleh rakyat Malaysia ketika menonton filem?

Sekadar suka-suka?

Barangkali disebabkan inilah Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen mampu menghasilkan lebih dari tiga buah filem setahun !

6 ulasan:

zam berkata...

Aku ingat kau pendokong Liberal..
Tapi bila kata Gubra karut, aku jadi keliru plak. Karut dari segi ape? kalau dari segi seni filem, sinematografi atau naratif filem tu misal contoh, mngkin aku bleh terima kalau ada asas. Bagi aku Gubra bukan saja menonjolkan faham liberal, tapi MENGANGKAT Pluralisme.SETUJU?
satu lagi kenapa siar gambar Pak lah tu? ape motif? Dah jadi macam ke arah Pas je nih..hehe.

najwan halimi berkata...

Zam,
Secara peribadi, aku tak jumpa apa yg cuba disampaikan. Macam kosong je filem tu. Beda dengan Sepet: cerita cinta antara dua bangsa.

Betul. Gubra menonjolkan pluralisme. Tapi pluralisme yang macam mana? Cerita tu bergerak dengan penuh kecelaruan.

Liberal. Aku tanya kau, apa definisi kau tentang Liberal ni?

Tentang gambar tu, terpulang pada tafsiran masing-masing.

me,myself n all around da world berkata...

gubra,karut???pelik la...macam mana kau boleh kata karut.

sbnarnya byk yg yasmin pukul sinis dlm filem trsebut cuma trpulang kpd sama ada penonton perasan atau tidak.sesetengah filem tak membawa mesej atau tema secara kolektif.

p/s:tapi aku tak lah pandai macam faisaltehrani yg kononnya lebih pandai dr pengkritik filem.

"apakah agaknya yang dinikmati oleh rakyat Malaysia ketika menonton filem?"

popcorn sambil mendengar hengusan dan rembesan couple2 di sekeliling,hehe

najwan halimi berkata...

me,myself n all around da world,

Banyak yg pukul sinis itu aku setuju. Tapi apa signifikannya mesej pluralisme dengan babak isteri seorang Muslim main tarik-tarik bulu tetek lelaki bukan Muslim?

Dan perlu ke dipersembahkan adegan bergomolan di ranjang bagi sebuah filem yang diklasifikasikan untuk tontonan umum?

Tentang Faisal Tehrani, aku tak nak komen. Mungkin dia lebih keras. Jauh lebih keras dari Wahabi barangkali..hehe!

Oh ya, kalau kau suka popcorn, jangan ke TGV, kerana popcorn kat situ kedekut gula. Aku lebih senang di GSC..hehe!

perosak berkata...

aku penah keje kat tgv mines.mmg manager kedekut gula dalam pop corn. :p

ILynn berkata...

aku tgk filem bermotif hehe
dan ye, aku pon rs gubra tu mengarut

mukhsin? ok je. xde la best sgt.
lebih baik tgk filem chermin.