Iklan

Rabu, Februari 14, 2007

Valentine

Kebiasaannya setiap 14 Februari saya akan menerima berpuluh-puluh email berantai tentang hukum meraikan Hari Valentine. Berbeza dengan tahun ini, saya hanya menerima dua saja email berkenaan isu tersebut. Barangkali masyrakat kita (baca: umat Islam) kini sudah bosan melatah dan membicarakan hal yang sama setiap tahun. Atau mungkin mereka lebih terbuka dan rasional setelah hampir empat tahun didoktrin dengan fahaman Islam Hadhari.
Bercakap tentang Valentine, di bawah saya titipkan sebuah artikel berkenaan dengan sejarah Valentine yang saya petik dari laman web Harakhdaily. Fathi Aris Omar juga secara kebetulan mengulas hal yang sama.
Berdasarkan catatan sejarah 'Hari Kekasih' dipercayai bermula dari kisah seorang pendeta Kristian bernama Valentine yang hidup di Rom pada abad ketiga.
Beliau hidup dalam kerajaan yang dipimpin oleh Kaisar Claudius yang terkenal dengan sifat kejam. Claudius memiliki bala tentera yang besar, dia mengerahkan pemuda di bawah pemerintahannya menjadi tentera.
Namun hasrat Claudius tidak mendapat sambutan. Para pemuda enggan terlibat dalam perang kerana mereka tidak ingin meninggalkan keluarga dan kekasih-kekasih mereka. Hal ini membuat Claudius sangat marah.
Claudius berfikir jika pemuda tidak berkahwin atau mempunyai pasangan, mereka mudah untuk dikerah menjadi pasukan tentera. Lalu Claudius melarang perkahwinan.
Para pasangan muda menganggap keputusan ini sangat tidak perikemanusiaan dan ini adalah idea yang tidak boleh diterima, maka St Valentine menolak untuk melaksanakannya.
Valentine tetap melaksanakan tugasnya sebagai pendeta, iaitu berkahwin dengan kekasihnya secara rahsia.
Perkahwinan itu diketahui Kaisar yang segera memberinya amaran, bagaimanapun perkahwinan itu tetap diteruskan dalam suasana di dalam sebuah kapal kecil yang hanya diterangi cahaya lilin, tanpa bunga, tanpa cincin pernikahan.
Namun malangnya pasangan Velentine ditangkap dan dihumban kedalam penjara sehingga beliau mati di situ.
Beliau bukan dihina, malah dikunjungi penyokongnya, orang ramai menghadiahkan bunga ketika beliau dipenjara.
Pada 14 Februari, beliau sempat menulis tentang dirinya di dalam diari dan memesan kepada semua gadis dengan ungkapan "Dengan Cinta dari Valentinemu."
Kini setiap tanggal 14 Febuari orang serata akan dunia merayakannya sebagai hari kasih sayang. Orang-orang yang merayakan hari itu mengingat St. Valentine sebagai pejuang cinta.
Benar kata Fathi, PAS kini mengiktiraf St. Valentine sebagai seorang pejuang keadilan dan sekali gus hak asasi berdepan dengan pemerintah yang sangat zalim !

9 ulasan:

jimbo berkata...

wah menarik...pekabar lu skang najwan?

aiman berkata...

tentang menyambut valentine's day ini:

http://harakahdaily.net/v061/index.php?option=com_content&task=view&id=6432&Itemid=28

http://harakahdaily.net/v061/index.php?option=com_content&task=view&id=6419&Itemid=28

ini pendirian PAS. Macam-macam mane pun, sambutan ini di luar batas syara'. Berikut pula dari PUM:

http://www.e-ulama.org/Tanya/Default.asp?mode=0&ID=1150

http://www.e-ulama.org/Berita/Default.asp?mode=0&ID=171

Ke bagaimana?

Jamil berkata...

hakelah..kalau PAS, PAS jugak.. balik-balik harakah..kolot!

tolong la keluar sikit dr kepompong minda yg tertutup korg tuh...

najwan halimi berkata...

jimbo:
alhamdulillah jimbo, aku sihat2 je..bila nak balik? jgn lupa souvenir..baju sehelai dua..hehe

aiman:
ana agak condong bersetuju dengan artikel yg pertama..berhubung dgn kegagalan kerajaan sendiri menerapkan nilai-nilai islami kepada umat. seperkara lagi..mohon pendapat anta tentang polemik yg melanda antara ustaz asri dan pimpinan pemuda..beliau kini dihentam dari segenap segi..apa pandangan saudara?

jamil:
lihat dunia dari mata burung jamil oii..hehe =)

aiman berkata...

najwan, berkenaan dengan tu, ana sertakan satu artikel:

http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/2007/01/berjuang-biar-ikhlas-menegur-biar.html

baca sampai habis.ini perbincangan tentang para ulama'. pada pendapat aku, ada pihak2 yang cuba melagakan sebenarnya.

kepada jamil.
terima kasih atas teguran. cuma, saya sertakan harakah itu, utk menyatakan bagaimana stand PAS dalam hal valentine.

yang haram, tetap haram. hal ni, Dr MAZA pn setuju. baca BH.

ke macam mana?

Tanpa Nama berkata...

jamil..
ko ni ke yang suke kucing tu?
ahli reformasi?tolong tengok-tengokkan..
www.jamilkucingpondan.blogspot.com

najwan halimi berkata...

anonymous,

rasa-rasanya bukan. dan harap-harap bukanlah..hehe

terima kasih atas ingatan. akan sentiasa waspada dengan pencinta kucing sorang tu.. :p

Tanpa Nama berkata...

ada kisah 'sebalik malam' rupanya dengan pencinta binatang bernama jamil kucing tu, pencinta binatang atau pencinta batang ..

terdedah di http://jamilkucingpondan.blogspot.com

Baca semua baru nampak dan faham .. mcm tengok dari mata burung !!!

najwan halimi berkata...

woit,

jangan promote jamil kucing kat sini..jatuh standard weh! hehe