Iklan

Sabtu, Januari 13, 2007

Lupa

Saya mohon maaf kerana entri terdahulu terpaksa saya lupuskan atas sebab-sebab keselamatan.
Saya terlupa yang saya berada di sebuah negara yang bernama Malaysia; negara yang menjunjung demokrasi sebagai asas pentadbirannya.
Saya terlupa yang negara ini membelenggu mahasiswanya dengan sebuah akta yang bernama AUKU; akta yang melarang mereka berbicara dan merayakan kebebasan bersuara.
Saya terlupa yang negara ini punya akta yang bisa menahan seseorang tanpa bicara.
Saya terlupa yang negara ini mengangkat perasuah dan penindas sebagai pemimpin paling agung.
Saya terlupa yang negara ini menganggap rakyatnya sekadar lembu-lembu bodoh yang bisa ditidurkan dengan berita-berita tentang Mawi dan Siti Nurhaliza.
Saya terlupa yang negara ini menjulang Islam secara hadhari yang mana ulama-ulama dimusuhi.
Saya terlupa barangkali, yang dahuluya pernah ada seorang pejuang yang cuba mengubah dan membaiki negara ini tetapi akhirnya dia sendiri terhumban dikurung dan diaib dengan kejam sekali.
Saya terlupa yang saya berada di sebuah negara yang bernama Malaysia.
Ya..saya terlupa.

17 ulasan:

bo berkata...

now you know why i really want to get the hell out of this place and dun minding you and your legions change the damned system.

blackprncs berkata...

salam najwan.

sedinyer!negara kita ditubuhkan atas dasar demokrasi, atas dasar kebebasan rakyat untuk memilih tp mcm nih plak jd nyer.demokrasi apa nama nyer ni!kalau mcm nih smp biler pn rakyat Malaysia akan tetap berada di tahap yg sama.
mana pegi kebebasan bersuara rakyat?yang tinggal sekarang hanyalah kebebasan untuk mengelentong rakyat!teruklah macam nih.kalau mcm ni rakyat tetap akan terus ditindas.

ateng berkata...

saya pun terlupa..

http://ateng_batigol.blogs.friendster.com/ateng_batigol/

penyu berkata...

sakitnya kenyataan :(

Tanpa Nama berkata...

aku pon terlupa... melayu mudah lupa... aku MELAYU

pesot

najwan halimi berkata...

bo:
yup, you are so right bro..but still, we cant give up..anything for a new malaysia my fren! =)

blackprncs:
teruskan berjuang sahabatku..

ateng:
jangan lupa yg anda berada di US..di sana lain ateng oi..kat depan white house bila-bila nak demo pun boleh..media nak "bogel" kan bush takde hal punya..hehe

penyu:
inilah hakikatnya..kita warga sebuah negara demokrasi, jaguh dunia ketiga kata mereka! ah!

anonymous:
pesot yang terlupa nak mendaftar sebelum tulis komen! :p

ILynn berkata...

ko kan nak jd politician
kene la berdemokrasi gak
ngehngehngeh

Jiwa Rasa berkata...

Tengok foto di atas, teringat zaman DSAI di dalam ABIM. Dia jadi idola semua. Ceramah dan ucapannya memukau.

me,myself n all around da world berkata...

ckp shj yg kau ingatkan bukan rapat umum,hanya pesta sambutan tahun baru...lantas kau menjual goreng pisang di tepi atas niat mencari rezeki...

tertarik dgn poster-poster yg cantik(yg tidak pernah dijulang semasa temasya mlm keraian), maka kau pun post kan ia di blog...

ckp shj tak tau..

me,myself n all around da world berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
i_chronic@yahoo.com berkata...

Malaysia negara penuh masalah...
Rakyat berdiam diri penuh hipokrasi...
Jika bersuara, sekadar mencari yang salah...
Apakata kita bersatu mencari solusi..?

amar berkata...

jangan terlampau mudah menyalahkan pemimpin kerana pemimpin datang dari kalangan kita, dan kita yang memilih pemimpin kita sendiri.

tanpa 'demokrasi' malaysia, sudah lama cina meragut jawatan perdana menteri malaysia. tanpa 'demokrasi' malaysia, PATI terdiri kaum melayu sendiri. tanpa 'demokrasi' malaysia, Lim Kok Wing mungkin menjadi kolej no satu asia. tanpa 'demokrasi' malaysia, mungkin aku atau kau tidak berada di mana kita berada sekarang.

kalau tanak salahkan sendiri, salahkan nenek moyang kita, tanak salahkan mereka, apa lagi, salahkan MELAYU.

amar berkata...

oh ye, aku terlepas entri kau yang perlu dihapuskan tu. mesti kontroversi abes. kalo ko leh send kat aku, wld appreciate it.

sanitoria@gmail.com

thanks.

fathi aris omar berkata...

Dah, aku dah update dah blog aku. Dgn story banjir. Kenapa jalan merekah? Apakah air terpancut dari perut bumi?

Keng Kian Hin berkata...

saudara amar,

saya dapat melihat anda ini seorang yang bersifat perkauman.saya orang cina dan saya berpendapat bahawa perlembagaan malaysia tidak menghalang sesiapa yang berbangsa bukan melayu menjadi PM.apa salahnya Lim Kok Wing menjadi kolej no 1 asia?sedangkan sekarang ini yang sering naik ke pentas membolot anugerah adalah kalangan mahasiswa cina.lihat saja di universiti MALAYA(boleh saja panggil MELAYU)di mana kebanyakan pelajar yang cemerlang terdiri daripada kaum saya!saya mahu universiti ini dipanggil universiti Hong Kong(bak kata Tun Dr.M).haha~itu pun jika saya berfikiran seperti saudara yang berfikiran cetek..


-Keng Kian Hin aka TEIN

amar berkata...

wahai Keng Kian Hin,

dengan lantang lagi dada terlapang saya mengatakan bahawa komen saya memang bersifat perkauman. namun malangnya anak panah tersebut bukanlah ke arah kaum saudara, tetapi kaum saya sendiri. malah saudara patut bangga kerana saya menggunakan kaum saudara sebagai pesaing hebat di negara ini. dan kaum saudara telah mngambil kesempatan atas kelekaan kaum saya sendiri. jika tien terasa, maaf. realiti menggigit(reality bites).

dalam peniagaan, aku tabik cina. tapi atas jalan, aku hina cina.
(satu lagi komen kontroversi)

Tanpa Nama berkata...

takde maknanya sume ni