Iklan

Sabtu, Januari 27, 2007

Latah

Kelmarin saya menerima satu lagi mesej berantai dari seorang pendakwah "separuh masak" yang begitu gemar mengforwardkan berita-berita dan mesej-mesej yang menurutnya (baca: kononnya) menggugat akidah dan pegangan umat Islam. Berikut adalah petikan mesej latah yang saya terima dalam inbox laman friendster.com:


Sila klik petikan di atas untuk imej yang lebih besar.

Suatu ketika dahulu mungkin ramai antara pengguna internet pernah menerima mesej berantai tentang pesanan seorang "syeikh" yang kononnya merupakan penjaga makam Rasulullah s.a.w. Beliau memesan supaya umat Islam insaf dan berubah memandangkan hari kiamat semakin hampir dan turut menggesa (baca: mengugut) pembacanya supaya menyebarkan pesanan itu kepada sekurang-kurangnya 20 orang atau musibah bakal menimpa mereka.
Golongan ini yang kita ketahui, tidak akan puas dan takkan pernah berputus asa "berdakwah" tanpa usul periksa sama ada secara online ataupun SMS. Selagi mana masih ada spesies umat Islam yang semangat dakwahnya tinggi tapi bertaklid secara buta tuli, selagi itulah kita akan terus menerima mesej-mesej dan email berantai sebagaimana yang saya terima kelmarin.
Bersiap-sedialah kerana bulan Februari bakal menjelma tidak lama lagi. Dan jangan terkejut seandainya pada 14 Februari ini, ketika anda memeriksa peti mesej email, terdapat satu mesej latah yang mengatakan bahawa CINTA itu haram untuk diraikan!

11 ulasan:

afifi berkata...

sebarkan kpd 20 orang. barang siapa tidak mengedarkannya selepas membacanya bakal mati dalam keadaan yg sungguh dasyat~
duhh!

aiman berkata...

salam.

sy setuju dgn pendapat penyebaran ni. yang mana kadang2 mampu dipersoal kesahihannya.
berkenaan dgn cinta dan merai cinta, ingin berkongsi artikel dari PUM

http://www.e-ulama.org/Tanya/Default.asp?mode=0&ID=1061

http://www.e-ulama.org/Berita/Default.asp?mode=0&ID=171

http://www.e-ulama.org/Tanya/Default.asp?mode=0&ID=1150

semoga kita tidak hanyut dalam cinta berdasarkan nafsu.wallahu ta'ala a'lam.

amar berkata...

setuju.

mungkin benar orang kafir sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan islam, tetapi bukanlah SEMUA dari mereka itu bertujuan sama. kadang-kadang orang Islam sendiri suka PERASAN, dan terlalu taksub.

ada sekali itu aku menulis "Amar Comel - foward this in 30 seconds or you'll die in an car accident" di bulletin Friendster, dan aku terkejut kerana ada orang yang buat. *sigh... dunia semakin canggih, tapi malang manusia semakin bodoh.

hayad berkata...

aha, saya ada terbaca juga pasal lagu iklan digi tu diambil dr christian gospel. tapi saya tak faham pula ape yg najmi nak maksudkan di sini.

Maksudnya kita usah terlalu percaya ke macam mana?

najwan halimi berkata...

hayad,

kupasannya bukan sama ada kita ingin percaya atau tidak.yang saya maksudkan ialah apa motif penyebaran mesej2 sebegini dan kenapa perlu dibesar2kan isu lagu dlm iklan tu?

iklan sekadar wacana utk mempromosikan produk. bagi saya tak timbul langsung soal dakyah kristian dlm iklan tu..masalahnya (spt kata amar) ialah umat Islam ni suka perasan dan terlalu taksub sehinggakan perkara2 remeh mcm ni pun nak dibesar2kan..kononnya menggugat Islam.

Saya sendiri mendalami Bible dan semakin saya membacanya, semakin saya percaya bahawasanya hanya Al-Quran adalah yg mutlak langsung dari Allah.

Seperti isu penyebaran SMS-SMS tentang kebesaran Allah..tak salah mengingatkan orang akan kebesaran Allah tapi apakah perlu kita meletakkan mesej "sila sebarkan kepada 10 orang kenalan anda dan anda akan beroleh keajaiban pada malam ini" di hujung SMS itu?

hayad berkata...

Yer, tentang sms tu saya setuju, tak perlu nak 4ward2. Sesetengah org buat sbb takut akan ugutan yg disertakan sekali. Emel pun byk yg mcm tu.

Dan mmg betul umat islam sekarang selalu membesarkan perkara yg remeh tapi tak sedar meremehkan perkara yg besar.

Waalahualam...

soulof99 berkata...

Spamming. Mungkin itu yang ditentang dan dibenci saudara. Saya pun kurang setuju penyebaran yang tak berasas. Kekadang tu yg menyebarkan tu terasa semangatnya untuk memperjuangkan Islam tu tinggi, tapi malangnya selalu tak dapat menapis mana yg benar atau tidak.

Tanpa Nama berkata...

berkenaan dgn cinta 14hb feb mungkin ade la nanti msg2 berantainya. cinta itu tak salah, krn Allah mengajar kite mencintaiNya, mencintai RasulNya. tp cinta 14hb Feb tidak pernah Allah mengajarnya.

najwan halimi berkata...

soulof99:
oh..spamming ye istilahnya..hehe. rimas rasanya kerana inbox email selalu dipenuhi oleh berita2 begini..yg terkini saya terima ialah yang bertajuk "Surat dari Syaitan"

anonymous:
dan makan menggunakan sudu dan garfu juga tidak pernah diajar oleh Allah dan baginda Nabi saw.

Tanpa Nama berkata...

memang lagu gereja, org melayu suke nyanyi, bagus la tu??

najwan halimi berkata...

anonymous,
apa poin anda sebenarnya?