Saddam
Riwayat beliau tamat pagi tadi.Saddam Hussein ditakdirkan menemui ajalnya di tali gantung. Hanya sejarah yang akan menilai beliau; sebagai bapa pemodenan Iraq atau diktator zalim yang dibenci rakyatnya.
"Sekarang beliau hanyalah sampah dalam sejarah."
Demikian kata Jawad Abdul-Aziz yang kehilangan bapa, tiga orang saudaranya serta 22 orang sepupunya dalam peristiwa pembunuhan di bandar Dujail pada 1982.
Berbeza pula dengan Sheik Yahya al-Attawi, seorang ulama di Masjid Besar Saddam. Kata beliau:
"Saddam seorang syahid dan Tuhan akan menempatkan beliau kelak di sisi para syuhada. Usahlah bersedih atau merungut kerana kematian beliau ialah kematian seorang pejuang yang mulia."
Kematian Saddam disambut baik oleh Barat. Tony Blair, Perdana Menteri Britain, sebuah negara yang mengharamkan hukuman mati juga turut menyatakan kegembiraannya atas kematian Saddam.
Pemimpin Libya, Muammar Gadaffi pula mengumumkan perkabungan selama tiga hari sempena menghormati kematian Saddam.
Pelbagai reaksi ditunjukkan oleh dunia. Dengan matinya Saddam, apakah wujud lagi pemimpin Arab yang secara terbuka berani menyanggah keangkuhan Barat dan mengorbankan diri demi mempertahankan kedaulatan tanah air beliau?
Label: Agama, Antarabangsa, Politik, Semasa, Tokoh










