Semalam saya berdebat dengan seorang teman tentang kewajaran berkahwin dalam usia muda yang seolah-olah telah jadi trend masa kini bagi segelintir anak muda. Kata beliau, kalau setakat tidak mampu mengawal nafsu dijadikan hujah untuk berkahwin awal tapi secara mental dan kewangan masih belum bersedia lebih baik dia onani sahaja!
Benar. Hujah beliau ada kewajarannya. Perkahwinan melibatkan komitmen, tanggungjawab dan keterlibatan ramai orang sedangkan onani (baca: masturbasi) hanya melibatkan sang pelaku dengan medium ransangannya sahaja.
Ramai yang berkhutbah menggalakkan anak-anak muda agar berkahwin cepat. Alasan mereka: untuk mengelakkan maksiat. Apakah seteruk itu nafsu anak-anak muda zaman ini? Perkahwinan (meski pun calon tidak cukup syarat) hanya dijadikan medium untuk melampiaskan nafsu semata-mata?
Kebanyakan laporan tentang faktor-faktor penceraian ialah kerana kurangnya persediaan dari segi mental dan kewangan pada pasangan yang berkahwin.
Beritahu dan tunjukkan pada saya, adakah dalil dari Al-Quran mahupun Al-Hadis yang menyuruh umat Islam berkahwin semata-mata (baca: sekadar) untuk memuaskan nafsu (baca: syahwat). Sepanjang pengetahuan saya, Nabi Muhammad S.A.W. menyeru umatnya berpuasa seandainya mereka tidak mampu menahan syahwat dan memerintahkan mereka berkahwin sekiranya telah cukup syarat yang melayakkan mereka untuk berbuat demikian.
Kecelaruan timbul dalam masyarakat kita hari ini bila mana hujah untuk mengelakkan maksiat, mengawal nafsu dan mengurangkan masalah sosial dijadikan senjata untuk memangsakan konsep perkahwinan yang sememangnya suci di sisi Islam. Apakah Nabi S.A.W. berpoligami disebabkan nafsu? Nah! Tanyalah ulama mana sekalipun nescaya mereka akan memberikan jawapan:
"Kes Nabi lain, baginda berkahwin atas dasar dakwah dan ketaqwaan kepada Allah."
Jelas, Nabi sendiri berkahwin bukan sekadar untuk melampiaskan nafsu manusiawinya semata-mata, tetapi atas dasar ketaqwaannya kepada Allah. Maka siapa kita untuk berhujah agar perkahwinan dalam usia muda digalakkan (baca: dikomersialkan) sebagai suatu kemegahan?

Apalah guna perkahwinan andai statistik perceraian terus meningkat tahun demi tahun? Dan rata-rata yang memeriahkan peningkatan statistik perceraian ini adalah pasangan suami isteri yang beragama Islam.
Dan saya merenung semula kata-kata teman saya semalam:
"...lebih baik aku onani sahaja!"

Awas!