Iklan

Sabtu, Disember 23, 2006

Taksub

Saya mulai sedar yang blog saya turut dikunjungi oleh golongan-golongan yang taksub dan obses serta buta hatinya. Antaranya komen oleh seorang pengunjung yang secara membabi-buta menyerang entri saya bertajuk Soros.
Seperti penganut fahaman Syiah di Iran (seperti dalam gambar di atas), golongan yang taksub ini memang sukar untuk difahami. Kebiasaannya mereka tidak akan menerima pendapat atau penjelasan yang bertentangan dengan fahaman mereka.
Islam sendiri melarang seseorang itu taksub kepada makhluk. Bahkan di dalam riwayat sirah, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq pernah berpesan di kala kewafatan Nabi SAW:
"Saudara-saudara! Barangsiapa mahu menyembah Muhammad, maka Muhammad sudah pun meninggal. Tetapi barangsiapa mahu menyembah Allah, Allah hidup selamanya dan takkan pernah mati."
Kemudian beliau membacakan firman Allah:
"Muhammad itu hanyalah seorang rasul. Sebelum dia pun telah banyak rasul-rasul yang sudah lampau. Apabila dia mati atau terbunuh, apakah kamu akan berbalik ke belakang? Barangsiapa berbalik ke belakang, ia tidak akan merugikan Tuhan sedikit pun. Dan Tuhan akan memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur."
('Ali Imran: 144)
Kerana taksub, rebahnya Al-Arqam. Kerana taksub, penganut Syiah sanggup memukul dan mencederakan diri mereka setiap kali menjelang hari Assyura. Dan kerana taksub, rakyat Malaysia masih kekal terbelenggu di dalam kebodohan dan emosi singkat setiap kali berlakunya kenaikan kos hidup.
Kata M. Nasir:
"Lihat dunia dari mata burung atau lihat dari dalam tempurung, yang mana satu engkau pilih?"

13 ulasan:

RiMa berkata...

"Lihat dunia dari dalam tempurung atau lihat dari dalam tempurung, yang mana satu engkau pilih?"


yg satu harusnya "dari luar tempurung" kan? *bingung*

DefMafia berkata...

"Lihat dunia dari mata burung, atau lihat dari dalam tempurung...yang mana satu engkau pilih?"

mcm tu laaa

RiMa berkata...

oohh... yah maap saya ngga tau.. tapi analogi gue bener kan, melihat dunia dari luar tempurung?
hahahaha....

najwan halimi berkata...

rima, hareez...thanx.

aku dah betulkan dah..:)

INDERA KENCANA berkata...

Salam Perkenalan,
Saya sepatutnya meninggalkan komen di blogmu selepas membaca entrimu berkenaan dengan Soros itu. Juga berkenaan dengan kata-kata rejaman si Anonymous itu.

Apa yang boleh saya katakan ialah Bro, Blog ini adalah blogmu sendiri. Engkau bebas dan berkuasa penuh ke atasnya. Di dalam blog ini adalah lontaran ideamu dan itu pendapatmu terhadap sesuatu.

Sekiranya si Anony itu tidak sependapat denganmu, dia seharusnya tidak menghentammu hanya kerana engkau tidak sependapat dengan.

Tetapi apa yang saya lihat, dia seolah-olah memaksa orang lain menerima pendapatnya dan sudah tentu ianya sesuatu yang keanak-anakkan dan sangat tidak matang.

Tanpa Nama berkata...

Taksub membunuh diri dan bangsa.
Keep up the good work!!.

Lead Me Straight

NJB berkata...

braderr, gua singgah bace sket.

burung tak dpt melihat ape yg dalam tempurung dan ape yg dlm tempurung tak dpt menikmati pemandangan mata burung tersebut.

just a thought. best writings ko. keep it up!

hanisumayyah berkata...

Jangan dilayan sangat tulisan orang yang dangkal fikirannya seperti itu...teruskan tulisan anda.

KRiE_nAj berkata...

Aduhai Rima..meh sini aku jelaskan rangkap lagu tu ikut pemahaman aku..
"lihat dunia dari mata burung, atau lihat dari dalam tempurung"..it means here, ko nak berfikir sepertimane ko tengok dunia sebagai satu pemandangan yg luas ke, ataupun ko nak berfikir macam tengok dunia dari sudut yg gelap dan sempit?

macam si anony yg aku rase dia dok dalam tombong, bukan tempurung lagi dah..

memang la kite kene dok luar tempurung tu utk lihat dunia, tapi rangkap tu mintak kite pilih antare yg pro dengan kontra, rite? adakah saudari paham skarang? hehe..

Anyway, aku rase najwan mmg ade point kat situ..dia sekadar menjelaskan ape yg sbenarnye berlaku, bukan mereka2 cerita..dan aku setuju dengan indera kencana, yg mamat/minah tu sangat kebudak2an..bukan bermaksud takde sesape pon boleh kritik/komen pape dalam blog orang lain..cume kalo nak buat camtu pon, bace betul2 ape isi dia..ade najwan kutuk Tun terang2 ke?

Ke ngko yg bebal?

Oh ye..satu lagi aku nak 'hentam'..Najwan at least berani mengutarakan pendapat, menulis artikel, dengan menggunakan name sendiri..dan kepade mamat/minah yg terlalu mengikut kepale 'tut!' tu, adekah ko berani bgtau sape diri ko?mungkin di lain mase kite boleh berkenal2an dan 'berbincang' tentang pendapat masing2.. >=)

p/s: bace la kisah ketam dalam blog sahabat aku --> http://kicaulebah.blogspot.com/2006/11/ketam.html

aku rase ko same la macam ketam tu..haha!

najwan halimi berkata...

indera kencana: kamu puitis sekali. terima kasih atas dorongan dan sokongan.

anonymous: terima kasih. insyaallah, mudah-mudahan bermanfaat.

njb: terima kasih. tulisan kau juga bagus. nanti aku link kan di sini. biar ramai yang dapat berkongsi idea2 kau.

hanisumayyah: terima kasih saudari. sangat menghargai sokongan anda.

krie_naj: pasal komen-komen rima tu, aku sebenarnya silap taip mula2..dia yg tegur.

pasal hentaman anonymous tu..biarkan je..kita hormati je hak dia memberi kritikan. apapun, terima kasih atas sokongan moral yg begitu hebat! =)

me,myself n all around da world berkata...

bagaimana pula jika kita taksub dlm beragama??

sekadar pertanyaan.

Sabri berkata...

haha..

Najwan, orang yang taksub ni ada di mana-mana sahaja hatta dalam tempat-tempat yang kita tak jangka. (eg: keusahawanan)

Aku pun saban minggu (nasib baik bukan tiap-tiap hari) terpaksa berdepan dengan cabaran dengan pendokong-pendokong skim cepat kaya yang belum tersedar.

Hmm...

Teruskan dengan pandangan membuka minda, pembaca nak terima atau tidak, itu hal lain. Yang penting, mesej sampai.

Keep up the good work! :)

najwan halimi berkata...

me,myself n all around da world: maka akan lahirlah puak-puak pendukung agama seperti syiah, khawarij dan al-qaeda.

sabri: terima kasih kawan! semoga terus maju dalam bidang keusahawananmu itu..tumpang gembira sekali =)