Iklan

Sabtu, Disember 16, 2006

Soros

Kata Tun Dr. Mahathir:
Tambah beliau lagi:
"Soros kata dia tidak terlibat dengan penurunan nilai mata wang Malaysia, yang terlibat adalah orang lain. Itu saya terimalah."
Dan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah bersumpah yang beliau tidak pernah meliwat tetapi sehingga kini Tun Dr. Mahathir masih menuduh beliau sebagai seorang homoseks.
Sepuluh tahun yang lalu, saya masih ingat bagaimana Tun menyalahkan George Soros sebagai penyangak matawang yang menyebabkan nilai ringgit jatuh teruk sehingga memaksa dasar tambatan ringgit diperkenalkan. Di setiap forum-forum ekonomi yang beliau hadiri juga, beliau tidak henti-henti mengulangi tuduhannya dan mencela Soros.
Semalam, bertempat di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur, Tun Dr. Mahathir akhirnya berjabat tangan dengan musuh ketatnya selama 10 tahun, George Soros yang kini berada di Malaysia untuk mempromosikan buku terbarunya bertajuk, "The Age of Fallibility: Consequence of the War on Terror". Soros seterusnya akan menyampaikan ucapan pada majlis makan malam ulang tahun ke-20 Persatuan Alumni London School of Economics Malaysia malam ini.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku rasa soros mmg ada niat jahat

Tanpa Nama berkata...

kalau setakat ambik sumber daripada keratan akhbar arus perdana seperti Utusan, baik tak payahhhhh....

Lepas tu nak tunjuk pandai kutuk manusia yang banyak berjasa kpd diri engkau tanpa engkau sendiri sedar.

Inilah anak2 Dasar Ekonomi Baru....tak tahu dek untung! Pandai2lah berterima kasih jgn asyik nak jadi burung kakak tua jer.

Ko paham tak kenapa Tun Mahathir nak berjumpa Soros? Atas dasar apa dia keluarkan statement muluk begitu? Apa engkau ingat Dr. Mahathir tu bebal sangat macam yg ko sangka? Silap2 ko tu yg bebal. Kalau Tun tu bodoh maka takderlah antaranya Proton yg berjuta2 rakyat Malaysia pakai. Kerana jasa beliaulah maka kerani cabuk pun dapat merasa pakai Perodua kancil.

Engkau tu? Apa jasa ko? Kutuk org pandailah. Lepas tu berlagak serba tahu. Macam bagus2....

Ko ingat org tua tu kecik anak ke? Mungkin akal ko tak sampai lagi macam apa yang Tun Mahathir fikirkan.

Tanpa Nama berkata...

ini orang keadialan/reformasi kah?

http://jamilkucingpondan.blogspot.com

tolong tengok tengokkan

najwan halimi berkata...

anonymous 1: niat manusia sukar dibaca..

anonymous 2: cuba baca balik tulisan saya, tak ada satu ayat pun yang saya tulis mengutuk atau mencerca Tun. Kalau taksub sekali pun, janganlah menulis membabi-buta. Saya tak nafikan jasa-jasa beliau, dan saya juga ucap terima kasih kepada beliau kerana beliaulah, wujudnya golongan-golongan yang taksub macam saudara. Sekali lagi, baca semula tulisan saya dan cari mana ayat yang saya guna untuk mengutuk atau mencerca beliau!!

anonymous 3: terima kasih.

fastellar berkata...

dia terlupa kot.. :p

najwan halimi berkata...

saudara fastellar,
betul, mungkin dia terlupa la tu..=)

penyu berkata...

macam bagus je anonymous 2 tuh ..
tun Dr M pon tk terasa kalo baca entry nih aku rasa...die plak yg tolong rasa panas~
chill sudah!!

khairul fadzli azmi berkata...

apa la anonymous..terus terbelenggu dengan dakyah golongan elit yang terus mengikis kekayaan kita yang tak seberapa. Memang la kerani dapat pakai kereta kancil,tapi cuba bayangkan kalau tol n minyak tak naik ? aku rase bleh pakai wira tuh..

Tanpa Nama berkata...

Bahasa melambangkan bangsa.

Anonymous 2, mungkinkah kamu berbangsa melayu? kalau ia,maka malulah bangsa kamu.Menggunakan bahasa yang tidak melambangkan professional anak melayu.Yang sering menggunakan emosi.

Mungkin ada perlu kamu baca article di atas berulang kali dan cuba fahamkan.Jangan tabsub samgat,kerana tabsublah orang melayu tidak berganjak.Cuba fikirkan.

Lee Kon Heng.

najwan halimi berkata...

penyu: chill! thanx dude ;)

khairul fadzli azmi: semua naik, hujan dgn tahi je yg turun fadzli ooi..hehe =)

lee kon heng: saya salut anda! bahasa melambangkan bangsa. tp hari ini bangsa saya kebanyakannya tidak tahu berbahasa.

Blue Chicken berkata...

Lecturer Malaysian Study aku cakap Soros, seorang Humanitarian. Die mementingkan hak asasi dan seseorang yg tidak suke akan keganasan. Tapi krisis kewangan Asia tenggaraa atas kerana ketidak puasan hati Soros atas tindakan ASEAN menerima angota baru yg merupakan negara pemerintahan KOMUNIS, yg juga telah melangar hak asasi manusia

najwan halimi berkata...

blue chicken,

yg aku dengar, Soros tak senang hati dgn ASEAN sebab terima Myanmar jadi ahli. Myanmar tak praktikkan demokrasi dan sampai sekarang di bawah pemerintahan kerajaan tentera.

Tanpa Nama berkata...

Orang itu tak patut kata kat ko macam itu..Najwan ini setau yang aku konal,tidak pernah extreme dan hanya mengatakan pendapat beliau.Tidak salah nyatakan pendapat.Biar berbeza,yang penting kita dapat persafahaman. Ttg Soros,aku tak tau juga apa firasat dia mai Malaysia nie...tapi apa yang aku tau,dia nie bekas Chief Council On Foreign Relation (CFR) dan CFR ini mengatur politik dan ekonomi dunia.Dia mmg ada sejarah menjatuhkan ekonomi britain dgn untung 1 billion pound sterling through speculation..hari itu dinamakan "black Wednseday"..Jika dia tak buat jatuh ekonomi kita,tapi rakan2 nya tu yang buat..mereka ini boleh dinamakan sb "the spears to conquest". Kalu aku jumpa Soros aku pun nak salam ngan dia pasal dia antara top 100 punya orang kat dunia ni hehe!pastu tanya dia "hye apa khabaq?"..!

--SYahir Expecto

Tanpa Nama berkata...

DI dunia ini,kita kena baik dgn sumer orang termasuk musuh2 kita tak kira agama apalah.Bukankah itu telah diwarisi oleh Rasulullah SAW?jika Nabi Muhammad bermusuh dgn musuh2 yang tak terima islam,aku rase takda islam sekarang,yang ader maybe kita nie berfahaman agama lain kan! Spt mahathir,dia nie baik2 dgn sumer orang tak kira la musuh ka apa.Spt kata najwan,jangan taksub kerana taksub memakan diri sendiri..biar berbeza pendapat yg penting kita ini rasional..apa yang penting,NAbi Muhammad adalah contoh terbaik...ikut sunnah nya,berjayalah kamu di dunia ini.Biarlah sederhana dlm semua perkara,berkawan dgn musuh boleh tapi biar berpada-pada.hehe!

+Syahir Expecto+