Isnin, Disember 04, 2006

Seks

Wanita dalam gambar di atas ialah Dr. Heba Gamal Kotb, pakar perubatan berbangsa Mesir yang kini menjadi perantara rancangan Big Talk, sebuah rancangan televisyen di Timur Tengah yang membincangkan topik-topik berkaitan seks secara ilmiah dan dikupas secara rasional menurut pendekatan Islam.

Beliau menolak pendapat yang mengatakan seks hanyalah untuk lelaki dan merupakan sesuatu yang kotor.

Menurut beliau lagi:

"My studies revealed to me more and more how Islam was ahead in all sexual matters ... I discovered that Islam understood sex long before the rest of the world."

Untuk komentar selanjutnya mengenai beliau, klik sini.

Label: , ,

3 Ulasan:

Blogger azad berkata...

Intipati Dr Heba amat mengenai sasarannya, iaitu menerangkan tentang isu seks bertunjangkan agama.

walaubagaimanapun, kaedah penyampaiannya mungkin tidak difikirkan sesuai bagi masyarakat sekitarnya.

barangkali penerimaan masyarakat mungkin lebih baik sekiranya cara & kaedahnya tepat mengenai minda & paradigma umum

allahu'alam

Disember 06, 2006 1:20 AM  
Blogger najwan halimi berkata...

azad,
masyarakat islam dalam era kini seharusnya lebih bersifat terbuka.

perbezaan pendapat dan pendekatan seharusnya diraikan secara matang dan rasional.

mungkin sebab kurangnya perbahasan dan diskusi dalam sesuatu perkara menyebabkan masyarakat Islam mudah melatah dan memberontak terhadap perkara yang remeh-temeh.

Disember 06, 2006 12:24 PM  
Blogger azad berkata...

Setuju, yg masyarakat Muslim hari ini harus bersikap lebih matang.

Sekarang kita perlu lihat dari 2 aspek. Pemberi & Penerima.

Pemberi mempunyai strategi yg tersendiri utk menyampaikan ideanya kepada masyarakat.

Penerima mempunyai citarasa sendiri utk menerima & menolak apa2 yg diberikan oleh unsur luar. Andai ianya tidak selari dengan citarasanya, maka datanglah protes, bantahan, cemuhan etc.

Kedua2nya tidak harus dipersalahkan, kerana essentially, both parties are needed in order for a message to be conveyed successfully.

Dunia sekarang adalah dunia "Demand Controls Supply". Sebab itu kekuatan UMNO yg hanya ditongkatkan kepada media yg dikawalnya tidak akan membawa manfaat dalam jangka masa panjang. Dunia zaman sekarang adalah dunia YOUTUBE, dunia BLOG, dunia WEB TV. Masyarakat akan lihat apa yg mereka mahu.

Berbalik pada topic tadi, pemahaman Muslim kini, generally, memang masih dogmatik terhadap seks. Janganlah dicemuh mereka, kerana cemuhan tidak akan kemana. instead, kepada pemberi info, adalah wajar utk memberikan info dalam nada yg sesuai dengan citarasa masyarakat, agar mesejnya lebih mudah sampai dan dicerna akal. Keputusan?! WIN-WIN

Nabi Muhammad SAW pun pernah berkata2 kepada para sahabat bahawa kita perlulah berkata2 (dlm hal ini, berdakwah) kepada masyarakat dgn bahasa yg mereka fahami. Dalam kata lain, perlu berhikmah. again, dengan harapan agar ianya menjadi WIN-WIN kepada kedua2 pihak.

Dan Allah lebih mengetahui

Disember 06, 2006 5:44 PM  

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

Pautan pada catatan ini:

Buat Pautan

<< Laman utama