Iklan

Sabtu, Disember 30, 2006

Saddam

Riwayat beliau tamat pagi tadi.

Saddam Hussein ditakdirkan menemui ajalnya di tali gantung. Hanya sejarah yang akan menilai beliau; sebagai bapa pemodenan Iraq atau diktator zalim yang dibenci rakyatnya.

"Sekarang beliau hanyalah sampah dalam sejarah."

Demikian kata Jawad Abdul-Aziz yang kehilangan bapa, tiga orang saudaranya serta 22 orang sepupunya dalam peristiwa pembunuhan di bandar Dujail pada 1982.

Berbeza pula dengan Sheik Yahya al-Attawi, seorang ulama di Masjid Besar Saddam. Kata beliau:

"Saddam seorang syahid dan Tuhan akan menempatkan beliau kelak di sisi para syuhada. Usahlah bersedih atau merungut kerana kematian beliau ialah kematian seorang pejuang yang mulia."

Kematian Saddam disambut baik oleh Barat. Tony Blair, Perdana Menteri Britain, sebuah negara yang mengharamkan hukuman mati juga turut menyatakan kegembiraannya atas kematian Saddam.

Pemimpin Libya, Muammar Gadaffi pula mengumumkan perkabungan selama tiga hari sempena menghormati kematian Saddam.

Pelbagai reaksi ditunjukkan oleh dunia. Dengan matinya Saddam, apakah wujud lagi pemimpin Arab yang secara terbuka berani menyanggah keangkuhan Barat dan mengorbankan diri demi mempertahankan kedaulatan tanah air beliau?
___________________________________________________________
Untuk menyaksikan rakaman hukuman gantung beliau, klik sini.

19 ulasan:

me,myself n all around da world berkata...

dgr citer beliau "syahid" sambil memegang Al-Quran,betul ke??

tapi qisas ttp qisas, saddam ni dah byk bunuh org,so padan la dgnnya.

semoga beliau di ampunkan Allah.

salam raya kurban~

Muslim Knight berkata...

I remember when US forces first blundered into Baghdad and the supposed "liberated" Iraqis pulled down a 10-feet tall statue of Saddam. Could it be that Saddam the shuhada, have once ordered a statue of himself be built and erected in the middle of Baghdad? Inikah contoh shuhada yang berjuang di jalan Allah?

While I agree that he's a despot, it's saddening that we Muslims wait for the kuffar to do the job for us; the job of pulling down tyrants and giving cause for them to humiliate our Ummah.

May Allah forgive him. May Allah make our Ummah learn from this lesson not to repeat it.

Tanpa Nama berkata...

Hey its me Syahir! Bagi aku Saddam Hussein adalah hero orang Islam..Jika ramai kata beliau kejam dan zalim...ramai juga berkata dia adalah hero umat islam kerana berani menetang imperialis barat yag kafir tu serta golongan2 yang bersekongkol dgn musuh islam spt Kurdis dan Syiah di negara Iraq.Saddam memang bunuh ramai orang maybe 200,000 aku rasa di negara nya sendiri tetapi jika kita kembali melihat sejarah yang lalu,Syiah dan kurdis adalah merupakan pengkhianat besar di negara nya serta mengancam keselamatan negeri...sejak itu Sadam buat genocide. Pada 19080an, USA sendiri yang menyokong Iraq utk menetang kebangkitan Ayotallah di Iran. Ayotallah ini mempunyai ramai pengikut Syiah di Iraq,mereka ini turut sama menyahut seruan Iran utk lawan Saddam Hussein. Kurdis juga berusaha bersama2 Syiah utk menjatuhkan Saddam Hussein.Ok,memang dilihat kejam di mata orang barat ttg cara pembunuhan itu tetapi itulah yang biasa dilakukan di timur tgh sejak zaman berzaman,nak ajar orang Arab nie,mesti kena dgn mata pedang ataupun makan peluru.apa pendapat kamu Najwan,plz post a comment to me. ASAP! happy new year my friend!blog kau mmg best!

DefMafia berkata...

Saddam mati sbb die bunuh satu kampung...sbb ape? sbb org kampung tu lwn die...sampai die kene tembak...tapi twin tower kene langgar...bukti x jelas...US dh serang almost all negara islam...satu peluru masuk israel...ratus2 org palestin kene bunuh...now dh dlm 26000 org kot dh kene bunuh...tp xpe...US n israel are "against terrorism"...ngeheheh

najwan halimi berkata...

me,myself n all around da world:
Persoalan qisas itu saya tak mampu nak mengulas. Masalahnya ialah bukan tidak bersetuju dgn hukuman bunuh ke atas Saddam itu, tetapi cara dan masa perlaksanaannya bagi saya sungguh tidak kena. Sebagai umat Islam, saya masih punya sentimen dan menganggap seolah-olah ini merupakan satu penghinaan terhadap umat Islam. Penundaan hukuman terhadap beliau setidak-tidaknya boleh ditunda sehingga berlalu aidiladha. Kerajaan Iraq seolah-olah bertindak terburu-buru dan punya agenda tersembunyi sehingga sanggup mengenepikan perasaan dan sensitiviti orang Arab dan umat Islam keseluruhannya.

muslim knight:
Iraq dahulunya merupakan satu tamadun yang gagah dan digeruni. Mungkinkah ada hikmah di sebalik apa yang berlaku hari ini? Legenda Saddam Hussein ini sewajarnya dijadikan iktibar oleh semua. Bagaimana Allah mencaturi kuasa dan politik manusia. Bagaimana Allah dengan mudah mencabut kuasa dan memindahkannya kepada mereka yang lain. Berdoalah moga-moga sinar gemilang akan kembali menerangi Iraq.

syahir:
Apa yang Saddam buat terhadap penduduk Syiah dan Kurdis tidak dapat diterima atas apa alasan sekalipun. Apa yang beliau lakukan (genocide) bukan saja dilihat kejam di mata orang barat sahaja, bahkan ianya tidak dapat diterima oleh sesiapa saja yang berfikiran waras. Matlamat tidak menghalalkan cara! Beliau sebagai pemimpin seharusnya melindungi semua rakyatnya tidak kira Sunni, Syiah atau Kurdis. Berkenaan dengan isu pengkhianatan, kenapa hanya dilihat pada pemberontakan puak Kurdis sahaja? Saddam sendiri melakukan pencerobohan..perang Iran-Iraq 1980 dan pencerobohan Kuwait pada 1991 adalah contoh jenayah Saddam terhadap kemanusiaan. Lagi satu, apa salahnya dengan puak Syiah? Siapa kita untuk menghakimi mereka? Tuhan mereka tetap Allah dan Nabi mereka tetap Muhammad.

defmafia:
Umat Islam sekarang ini sedang merasa apa yang Barat rasa pada zaman gelap dulu. Yahudi merancang selama 2000 tahun untuk menakluk semula Palestin, kejatuhan khilafah belum sampai pun satu abad. Dulu Islam yang memerintah, tapi sekarang Islam diperintah.

Tanpa Nama berkata...

Replied by Syahir!

HI Najwan!apa kabar?
ok,mmg benar syiah itu tuhan yang sama dan nabi muhammad adalah junjungan yang sama seperti sunnah wal jamaah.Apa yang berlaku di iraq perlu dilihat dari context sejarah yang berlaku sejak beribu tahun yang lalu since Zaman Saidina ali.Syiah tidak sesat sehingga selepas 3rd generation kematian Ali. Fahaman Syiah berlaku kerana politik bukan kerana perbezaan agama. Golongan Ali waktu itu amat memuja ALi sedangkan Saidina Ali tidak pernah golongan2 nya memuja nya spt apa yang berlaku sampai sekarang. Tentang Syiah ini...mmg terdapat di dalam sejarah dunia,Syiah menjadi pengkhianat kepada mana2 negara yang dihuni penduduk SUnnah. Sunnah tidak pernah menyistihar perang terhadap Syiah kerna Syiah yang mulakan dahulu.Berbalik kpd genocide yang dilakukan Saddam,aku tak nafikan mmg ia sgt kejam dan pandangan aku ini tidka bermakna aku menyokong perbuatan Saddam.Aku hanya nak mengatakan,sejarah sebenar Saddam buat genocide itu adalah kerana SYiah dan Kurdis cuba nak jatuhkan kerajaan pada ketika itu...jika saddam tidak lakukan apa2,sudah lama Baath tidak berkuasa.Ditambah pula perang dgn Iran yang amat merugikan kedua2 pihak.yang menang adalah agenda zionist yang ingin melihat 2 kuasa ini lemah dan akhirnya islam makin berpecah belah. Ttg perang Iraq-iran,kedua2 pihak telah dicucuk oleh agenda zionists pada waktu itu,yang kedua atas faktor perbezaan fahaman. Pada waktu itu,ahli2 sunnah takut jika Syiah mendapat kuasa dan seterusnya akan menyebabkan konflik dlm agama sedangkan menyembah ajaran yang satu.Syiah dan sunni sudah berdendam sejak zaman saidina ali lagi...hingga sekarang,Syiah menganggap darah sunni itu halal. Jika kedua2 golongan ini dpt mencari persefahaman,sudah tentu peperangan antara mazhab tidak berlaku.lebih senang dikatakan,ahli2 sunnah takut jika Syiah dpt power,Islam pegangan sunnah wal jamaah akan hancur sedikit demi sedikit.Yang ketiga,di iraq itu sunni ada 40% itupun berpecah antara kurdis dan Sunni Arab. Kurdis mahukan negara sejak dahulu lagi tetapi Saddam taknak territory Kurdis berpecah dari Iraq.di waktu Saddam,Kurdis amat menentang kerajaan iraq.Mereka ada 2 parti,1 parti yang menyokong Saddam dan satu lagi pati komunis. Parti komunis ini lah yang cuba hendak keluarkan Kurdis dari negara Iraq.Sbb itu,Saddam melihat perkara ini sbg pengkhianatan terhadap negara Iraq.Beliau tidak mahu Iraq berpecah.tentang Kurdis,mereka sebenarnya tersepit akibat dasar pecah dan perintah oleh kuasa asing pada awal abad ke 20.mereka dinafikan negara kerana orang2 kristian masih berdendam dngn Kurdis sejak perang salib sbb Salahuddin Al ayyubi lahir dari golongan Kurdis.maka dgn itu,Kurdis merata2 di negara iraq,turki dan bahagian2 lain.TTg,Syiah...mereka ini mmg menentang Sunni since Sunni under parti BAath menguasai negara sejak iraq ditubuhkan.Dan sbb itu,mereka melakukan kegiatan underground utk jatuhkan Saddam dan bunuh dia skali.Saddam ini,sudah berpuluh2 kali orang irq sendiri mahu bunuh dia..ttpi beliau masih selamat. Saddam melihat orang2 yang nak bunuh dia ni sbg ancaman.sbb itu dia bunuh orang tu balik dgn kejam. Saddam tidak memusuhi fahaman Syiah,dia hanya memusuhi orang2 yang cuba nak buat kacau terhadap kestabilan iraq dan ada juga yang benci dia dari golongan Sunni.Semasa pemerintahan Saddam,beliau mmg memajukan seluruh negara sehingga menjadi saingan terhadap ISrael pada 1970-1980an. Dari kesimpulan, politik orang arab amat kompleks dan tidak sama spt politik orang melayu atau orang putih,kerana orang arab ini penuh dgn perasaan dendam sejak ribuan tahun dan lebih mementingkan maruah individu atau kaum berbanding bersatu di bawah 1 payung. Itu lah arab,bangsa yang pandai tapi bodoh dari segi perpaduan. Aku bukan nak kata saddam itu perfect,kerana ada juga perkara yang tak baik dilakukan beliau ini...tapi,banyak juga perkara baik yang beliau lakukan juga. ttng kuwait,iraq invade kuwait kerana Kuwait curik dan sedut minyak iraq di sempadan iraq dan kuwait.peperangan ini berlaku hanya kerana faktor minyak,dtambah pula Kuwait ini pro barat.Saddam mmg anti Kuwait sbb mereka pro barat.Zionist letak pressure terhaddap Iraq melalui Kuwait.Pada pendapat aku,sepatutnya ,jika kecurian itu berlaku..mereka perlu berbincang di meja rundingan dan mungkin peperangan dpt dielakkan.kita boleh cakap sahaja itu dan ini tetapi agak susah diterjemahkan kerana orang arab nie berpuak2 dan susah nak bersefahaman.MMg salah disegi undang2 antarabangsa iraq invade kuwait ttpi ia keadaan yang terpaksa.Jika Saddam biar shj,Kuwait ini akan jadi ancaman juga.Afterall,ini semua adalah agenda Zionists yang nak memecah arab kpd berpuak2..mari kita berdoa agar Imam Mahdi turun secepat mungkin!takbir!!

Tanpa Nama berkata...

correction:

sedangkan Saidina Ali tidak pernah suruh golongan2 nya memuja nya spt apa yang berlaku sampai sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Syahir:

Ttng Syiah..adalah baik jika mereka dan Sunnah tidak berperang lagi.Syiah hanayalah fahaman politik yang tak puasa hati dgn sahabat nabi2 lain spt abu bakar,osman dan umar akibat perebutan jawatan kalifah.sedangkan pada ketika itu,Ali tak pun gila kuasa,cuma penyokong2 nya shj yang taksub..Syiah yang tak sesat ialah Syiah Zaidiyah dan fahaman mereka sama dgn Golongan sunni. Syiah ini,kita takleh hukum mereka kafir,kerana byk juga amalan yg sama dgn sunnah.,.cuma terdapat perbezaan tetentu spt:kawim mutaah,semayang 3 kali sehari,anggap sumer sahabat nabi sbg pengkhianat,kata isi al quran tak cukup dan banyak lagi.Rukun islam mereka tak silap aku ada 8,tapi kita 5 aje.Najwan,aku nak minta tlg ko tulis artikel atau paste banyak artikel ttg Syiah agar kita dpt faham apa ia syiah.aku percaya,bukan sumer syiah itu jahat,ramai yang baik! sama juga,bukan sumer orag sunni itu baik,ada juga jahat.oleh itu,sbg rasional..tidak wajar kita persoalkan fahaman atau amalan seseorang..kerana itu antara diri dan tuhannya..yang penting kita bersatu!takbir!!
Aku suka orang syiah yang tak extreme dan dpt berbaik2 dan lupakan perbezaan fahaman!
P/S;moga2 perjuangan Hizbollah dan Ahmadinejad berjaya melawan Zionists!Takbir.!

Tanpa Nama berkata...

najwan & syahir:

lawat blog ni..

tehranifaisal.blogspot.com

mungkin kau boleh berdiskusi tentang isu syiah dgn dia.

salam~

najwan halimi berkata...

syahir,

terima kasih atas respon yang terperinci dan menarik. panjang dan sungguh menguja!

insyaallah, nanti ada masa aku akan cuba ketengahkan perihal syiah ni. aku bukanlah pakar sangat dalam hal ni tp tengoklah..sekadar mana tahap dan pembacaan aku, sekadar tu je la kot..hehe

apapun thanx atas respon kau. sangat menghargainya!

p/s: link ke blog faisal tehrani ada di hujung bawah blog aku.

Tanpa Nama berkata...

Aku dah bosan nengok Sunnah vs Syiah nie..jomla bersatu balik..lupakan perbezaan..yahudi yang ader 72 sects pun boleh bersatu bawah 1 payung,kenapa islam yang ader 73 sects tak boleh,kengkadang,mazhab2 maliki,syafii,hambali dan hanafi pun kekadang tak bersependapat.Jika mahu lihat situasi ini,dekat mekah dan madinah mcm2 mazhab..haiyoo.!ok,kalu ader apa2 info pasal syiah,tell me..aku pun tau skt2..apa yang aku baca itulah.kalu ader xtra silakan..oi,ader crita pasal anti hadith vs Pro hadith kat malaysia today la!pi bacer..lagi poning aku hehe!~tajuknya Rahman Celcom! si anti hadith tu mmg power,sampai Rahman Celcom takleh jwb!oh man..aku confuse!
-syahir

blackprncs berkata...

er...salam najwan.
aku tkdelah terror gler dalam bab agama ni. tp setau aku, ajaran syiah ni mmg sesat.sbb kalau tak silap aku,Nabi S.A.W pernah kata diakhir zaman nnt umat islam akan berpecah kepada 73 fahaman dan satu-satu nyer fahaman yang btol ialah Sunnah. syiah yg sekarang nih cara mengucap dua kalimah shahadah pn dh tk btol so bukan ker terbukti yg ajaran ni tk boleh di ikut?
dan lagi satu pasal saddam perangi puak syiah, bukan ker dalam zaman empat khalifah, ada seorang khalifah yang time jd khalifah dia perangi orang yg murtad.zaman tu sgt2 rmi org murtad. dan hukuman utk org yg murtad tu dia pancung.sorielah aku tk ingat zaman khalifah yg mana satu.
so, klu drenung balik apa yg saddam buat pada puak syiah dan kalau btol lah puak syiah yg dia bunuh tu sesat,maka apa yg saddam buat tu tk salah.

faizal berkata...

wahai jiwa2 yg tenang jangan sekali2 kamu..mencuba jadi Tuhan dengan mengadili dan menghakimi

bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya serta kekuatan utk menentukan kebenaran yang sejati

bukankah kita memang tercipta laki2 dan wanita dari suku2 dan bangsa2 yang pasti berbeza

bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati
bukan untuk saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata!

Tanpa Nama berkata...

hi, i'm from jakarta..

Sudahlah,sadam sudah mati, kejahatan dia tak jauh beda ama hitler, lagian sadam bukan icon islam, dia hanya seorang loser. syahid ? ha... bagaimana mungkin seorang pembunuh saudaranya sendiri bisa dibilang syahid.

Tanpa Nama berkata...

koran ni memang best la

Tanpa Nama berkata...

I apologise, but, in my opinion, you are not right. I am assured. I can defend the position. Write to me in PM. levitra Bad taste what that

Tanpa Nama berkata...

Today it's more enigmatical to consign divergent medical companies http://ipod-playlist.com/ cheap Cialis now, outstandingly those who present their meds online.

Tanpa Nama berkata...

It is not what you know, but who you know.

Tanpa Nama berkata...

salam..utk pengetahuan semua Iraq,Iran & Afganistan dulunya adalah Parsi..Nabi SAW prnah memberitahu para sahabat beliau,bahawa suatu hari Pemerintahan Parsi akan tumbang dan tak akan wujud lagi Pemerintah bagi kerajaan Parsi sampi bila2..sekarang apa yang berlaku di Iraq & Afganistan adalah bukti apa yang Nabi pernah beritahu 1400 tahun dahulu..maknanya andai ada kerajaan yang wujud pun memang tak akan kekal..senantiasa bergolak..Iran pun kita tunggu dan lihat nasib dia..Wallahhu"alam