Iklan

Selasa, Disember 05, 2006

Haram

Semalam akhbar The Sun melaporkan berita berkenaan pengharaman beberapa tajuk buku yang didakwa oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri sebagai "menyinggung" dan "tidak kondusif".
Kata mereka, selaku penjaga moral masyarakat, adalah menjadi tanggungjawab kementerian untuk memastikan yang buku-buku seumpama ini tidak dijual di Malaysia.
Antara buku-buku yang tersenarai sebagai yang diharamkan itu adalah daripada Kahlil Gibran dan Salman Rushdie (pengarang The Satanic Verse, buku beliau yang terkini bertajuk Shalimar The Clown). Menurut laporan akhbar The Sun itu juga, buku-buku bacaan kanak-kanak seperti Read-Aloud Children's Classics dan SpongeBob and Squarepants juga turut termasuk dalam senarai yang diharamkan. Untuk senarai lengkap tajuk-tajuk buku yang diharamkan, klik sini.
Dan hari ini, tindakan jumud kementerian berkenaan dibidas oleh ahli akademik, Prof Lim Chee Seng, pensyarah kesusasteraan Inggeris di Universiti Malaya.
Hujah beliau:
"In a democracy, you should be training people to be able to deal with these books -- that is if they are pernicious - to argue, to resist error and to stand up, and not try to keep the books away as if they [society] are children."
Dan saya sangat bersetuju dengan beliau. Jika sekiranya kerajaan ingin terus menyaksikan masyarakat Malaysia menjadi masyarakat yang hanya membaca dua helai muka surat buku dalam setahun, maka perbanyakkanlah lagi tajuk-tajuk buku untuk diharamkan.
Haramkanlah juga pencetakan dan penjualan Al-Quran itu sendiri andai kalian khuatir rakyat akan membaca ayat-ayat yang menyatakan rasuah itu haram, Islam tidak mengiktiraf ideologi perkauman dan kezaliman itu wajib ditentang! Haramkan!
Atau mungkin kalian tidak beriman dengan ayat pertama yang diturunkan oleh Tuhan yang berbunyi IQRA' itu?


----------------------------------------------------------------------------------
*Menteri Keselamatan Dalam Negeri merangkap Perdana Menteri Malaysia ialah YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, seorang pemimpin berlatarkan keluarga ULAMA' dan merupakan pencetus fahaman Islam Hadhari.

8 ulasan:

faizal berkata...

Haa... Byk bunyi la.. Smpikan Spongebob Squarepants pon dah tak boleh nak jual. Apa sebenarnya motif kerajaan ni? Tak faham la. Filem nak banned, ni buku pulak. Susah la.. Kata negara demokrasi! Buku lucah versi bahasa melayu yang belambak2 sekarang ni kat kedai buku taknak pantau pulak?

azad berkata...

Rasanya kita perlu melihat & menafsir sesuatu perkara mengikut konteks.

Janganlah kita bersikap 'mengumumkan' semua perkara. 'Lancarkan segala buku'. 'Semua manusia hakikatnya sama'. tak semudah itu, kawan....

Buku2 mana yg tidak sesuai, kerana lari daripada batasan & tuntutan agama serta nilai2 moral & etika umum, maka difikirkan wajar utk diharamkan.

Buku2 mana yg mencetuskan kontroversi, perlu dilihat halatuju & objektif buku tersebut.

Pendek kata, diri sendiri, masyarakat & negara perlu ada agenda & halatuju, ke mana arah yg hendak kita pergi & apa yg hendak kita capai. Dari situ, mudah kita untuk menentukan yg lain2.

Kalau halatuju pun sudah celaru....

najwan halimi berkata...

faizal: apa lagi yang boleh diharap dengan mereka ni faizal..ibarat meneropong seberang lautan..kuman di seberang nampak jelas, tapi gajah depan mata tak dihirau langsung!

azad: akal merupakan anugerah Tuhan yang tertinggi kepada umat manusia. ianya membezakan kita dengan haiwan.

dengan akal kita mampu menyoal dan menilai yang mana baik dan yang mana buruk.semuanya terpulang pada individu itu sendiri. sekadar mengharamkan buku seolah-olah menunjukkan yang pihak kerajaan cuba menafikan hak rakyatnya untuk mencari ilmu.

renungi semula wahyu pertama Tuhan.."bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan."

mudah2an amal kita yang kita niatkan atas nama Tuhan itu kelak akan memberi keberkatan buat kita. wallahu'alam.

RiMa berkata...

komik sin-chan juga harusnya di banned... lucah ituh.... =P

azad berkata...

Najwan,

agreed, manusia mmg berakal.

Ni sekadar pendapat, mungkin betul, mungkin salah. Pendapat aku, masyarakat umum kat Malaysia masih lagi 'mentah akal fikirannya' utk bersikap waspada kat sekeliling. Undoubtedly, memang ada sebahagian yg peka, rajin, kritis etc. Tapi kita look at facts n figures.

University,
Kat dalam Times Higher Edu Magz, Uni malaysia yg top ada 2, UKM & USM. Ranking? 180 ke bawah. Apa cerita? Banyak cerita.

Cuba kita tgk mcm mana Uni di luar negara bergerak.

"Renung sejenak kata2 DSAI ketika beliau bg lecture kat salah satu Uni di US...
Kuliah akhir saya minggu depan insya Allah akan mengimbau isu arah pemerintahan dan kebebasan di Asia Tenggara. Bahan bacaan yang saya minta mereka telaah sebelum kuliah termasuk Benedict Anderson Imagined Communities, Robert Hefner Civil Islam, Lucian Pye Asian Power and Politics, Susan Henders (ed) Democracy and Identity dll. Dan yang mengagumkan saya ialah mereka benar-benar membaca sebagai persiapan sabelum kuliah. Dan ini termasuk rencana terbaru saya seperti pidato di Bank Dunia dan rencana terbaru terbitan FEER.

Apabila prestasi pelajar begitu baik, profesor tentunya terpaksa bekerja lebih keras. Kita dapat mengerti bagaimana universiti saperti Georgetown University dapat bertahan di kalangan 10 universiti terbaik di Amerika.

Malaysia bagaimana? "

Itu baru isu pendidikan, belum lagi isu kebebasan beragama dan yg lain2.

Salah siapa?!
Aku tidak menyalahkan siapa2 sebab negara2 di barat dah menjejakkan kaki di alam perindustrian & pemodenan seawal hujung kurun ke 18. waktu tu, kita di mana? Aku bersyukur yg sekarang ni kita sudah kehadapan, however, bnyk benda yg boleh diperbaiki.

apapepun, utk membuka ruang kepada masyarakat umum utk berbuat apa sahaja, termasuk membaca sebarang sumber ilmu, pada masa ini, aku rasa adalah kurang wajar sebab banyak benda yg perlu kita consider. Masalah sosial, status politik tanah air, halatuju negara, kestabilan ekonomi, kemajuan agama, nilai moral, sivik & budaya, keprihatinan terhadap tanggungjawab sosial....d list could go on n on endlessly.

Sebab tu telah aku katakan awal2, adalah bahaya utk kita 'mengumumkan' segalanya.

Tindakan?!
We start on our own capacity & capability. Dari dalam, kita tanamkan sikap utk bnyk membaca, bnyk menafsir, bnyk melihat. Also, at the same time, bnyk bersolat, bnyk berzikir etc. Get a good circle of friends that has the same shared interest. "birds with the same colours flock together". Then, bila ada a group of friends, have them to be committed in one stand, prinsip yg perlu dijuangkan. Kemudian baru kita mendapat kekuatan.

Inilah tepung & gula kepada perjuangan!

Maaf sebab panjang. Sekadar pendapat dari seorg yg banyak memerhati dari luar negara.

Dan Allah lebih mengetahui.

Saudagar Mimpi ... berkata...

Agak ironik bila buku yang berapa kerat saja yang membacanya di Malaysia ini diharamkan sedangkan DVD dan VCD haram bersepah diluar sana.
Masalah ini juga tak akan selesai dgn adanya internet yang mana tidak mustahil kandungan buku-buku sebegitu lebih mudah diperolehi.

najwan halimi berkata...

rima: apa yg aku dgr, watak si sin chan mmg dah timbulkan kebimbangan di kalangan para ibu bapa di jepun. pasal budaya kelucahan yg ditonjolkan tu kelak mungkin akan mempengaruhi anak-anak kecil di sana. kat malaysia ni pun budak-budak kecil dah pandai dah ikut-ikut perangai si sin chan ni!

azad: berkenaan dengan isu ranking universiti ini, lebih elok dirujuk pendapat prof diraja ungku aziz. baru ni dalam mingguan malaysia ada wawancara dgn beliau berkenaan isu-isu melayu. termasuklah isu ranking universiti ni..bagi beliau isu ni tak sepenting mana dan tak perlu di beri perhatian yang terlalu besar. nnt insyaallah aku carikan link wawancara ni..kau baca.

berkenaan dgn "bahaya utk kita mengumumkan segalanya", aku rasa tak timbul isu banyak benda yg perlu kita consider macam yg kau cakap masalah sosial, status politik tanah air, halatuju negara, kestabilan ekonomi, kemajuan agama, nilai moral, sivik & budaya, keprihatinan terhadap tanggungjawab sosial. benda2 mcm ni benda yg terus berkembang, bergerak dan sebab benda2 macam ni la kita kena dedahkan rakyat dan masyarakat dgn keterbukaan supaya mereka lebih bijak dan rasional menilai sesuatu. lebih kritis dan matang. indonesia selepas zaman reformasi, rakyatnya lebih aktif, kreatif dan produktif dalam semua hal. kebebasan politik, berkarya dan bersuara jelas meningkatkan kualiti rakyat mereka.

pernah kita terfikir kenapa muzik dan filem aliran indonesia lebih digemari oleh anak muda kita berbanding dgn muzik dan filem tempatan?

suara rakyat lebih kedengaran dan pemimpin jadi lebih matang dan peka bila rakyat mereka semakin faham dengan apa yg berlaku di sekeliling mereka. kalau nak disebut soal ekonomi, pelabur2 asing lebih ingin mendekati indonesia hari ini berbanding dengan malaysia!

Tindakan? yes! aku setuju dengan semua usul, cadangan dan idea kau tp sejauh mana kerajaan kita jalankan semua tu? macam mana nak tanamkan sikap suka membaca kalau bahan bacaan (termasuk bahan bacaan kanak-kanak)pun diharamkan?

nak galakkan solat, zikir? secara individu insyaallah boleh dipupuk, tapi untuk masyarakat bagaimana?dengan hiburan dan budaya hedonis yang disemai secara melampau hari ini, apa solusinya?

saudagar mimpi: "dalam kalut ada peraturan, peraturan cipta kekalutan. di mana pula kau berdiri?" =)

i_chronic@yahoo.com berkata...

Assalamualaikum..
berkenaan isu pengharaman buku2, pendapat saya ade pro n kontra di sini. Umumnya, pengharaman sesetengah buku yg dibuat oleh kerajaan adalah wajar. Pengharaman sesuatu perkara adalah perlu. Even Islam ade mengharamkan beberapa perkara, dan ini menegaskan 'total freedom doesnt exist'. Tiada kesilapan di situ.
Tetapi yang ingin saya persoalkan ialah adakah buku2 yg telah diharamkan itu mengandungi isi kandungan yg tidak wajar 'dihalalkan' kepada pembaca..
Saya tidak arif mengenai kandungan buku2 yg telah diharamkan ini...
Tapi, melihatkan di kedai buku pelbagai buku2 berbentuk seks lucah tanpa ilmu dijual, timbul persoalan bagaimana kerajaan mendefinisikan perkara yang halal atau yang haram??
Al-Quran menjelaskan perkara yang membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan itu sebagai halal dan haram pula sebaliknya...
Jadi saya tak rasa kerajaan kita menggunakan definisi yang sama..
Atau...
Buku2 lucah di pasaran itu membawa lebih kebaikan daripada keburukan!!??