Bogel
Umat Melayu di Pantai Timur terutama di Kuantan dan Kota Bharu gemar mencari perkataan-perkataan berikut: bogel, Melayu bogel, gambar bogel dan seks Melayu. Ini menurut apa yang dilaporkan oleh mSTAR Online dan akhbar The Star hari ini. Fathi Aris Omar juga turut berkomentar tentang isu yang sama di blog beliau.Dua bandar ini, Kuantan dan Kota Bharu berada di tangga teratas dalam senarai 10 bandar utama yang mencari perkataan-perkataan "bogel", "gambar bogel", "Melayu bogel", "seks Melayu" dan "cerita seks" di enjin carian terkenal Google.com. Untuk melihat statistik laporan ini dengan lebih jelas, sila klik pada gambar di atas.
Sementara Kota Baru hanya mengatasi Kuantan dalam carian perkataan "sex" (seks) atau "porn" (pornografi). Mengikut statistik, bandar ketiga yang paling suka mencari perkataan "bogel" ialah Alor Star, dan diikuti Kota Kinabalu, Batu Pahat, Johor Bahru dan Petaling Jaya.
Batu Pahat menduduki tempat ketiga dan diikuti bandar-bandar Johor Bahru, Petaling Jaya, Klang dan Shah Alam untuk carian perkataan "Melayu bogel".
Data ini dikumpul oleh Google Trends, salah satu daripada aplikasi syarikat Internet terkemuka Google.com.
Menurut Prof Madya Dr. Jas Laile Suzana Jaafar dari Universiti Malaya, perkembangan ini sebagai suatu yang "biasa", lebih-lebih lagi di Kelantan yang mengamalkan dasar lebih konservatif dalam hal-hal sensitif seperti seksualiti.
Tambah beliau:
"Kalau remaja yang cari, itu biasa kerana pada peringkat inilah mereka akil baligh dan mereka perlu mencari maklumat mengenai seksualiti untuk memahami perubahan yang berlaku ke atas diri mereka."
"Kalau dia tanya ibu bapa atau kawan-kawan, berapa banyak sangat dia boleh dapat? Dalam konteks Kelantan pula, ibu bapa tidak mengambil pendekatan terbuka apabila membincangkan soal seksualiti dengan anak-anak."
Menurut beliau lagi, sikap ibu bapa telah membudaya di kalangan masyarakat negara ini yang menganggap seks sebagai perkara terlarang.
Saya hanya tersenyum membaca laporan ini. Mungkin anda juga begitu. Agaknya bandar manakah yang gemar mencari perkataan "kelentit" dan "masturbasi"?



4 Ulasan:
aku tau siapa yang selalu search kelentit..orang Sarawak. :p
salam kepada penulis & pembaca..
tidak perlu terkejut dengan statistik tersebut. kisah semacam ini ada di mana-mana. baik di parlimen, di pejabat, di institusi pengajian tinggi, di sekolah dan sebagainya. kita lihat saja bagaimana majalah Playboy yang laris dijual di salah sebuah negeri pantai timur sedikit masa dahulu.
isu pendidikan seks telah disalah erti oleh sesetengah pihak seterusnya memberi peluang kepada pihak yang tidak mempunyai kesedaran sivik untuk menyalahgunakan isu tersebut. saya berpendapat budaya keterbukaan kita semakin melampaui had batasannya.
tidak salah untuk belajar, tetapi di dalam isu sesensitif begini, saya percaya terdapat banyak lagi pilihan yang ada. saya tertanya-tanya, apa tindakan yang telah diambil kerajaan setakat ini?
atau ia mungkin salah satu "masalah biasa" yang di lepas pandang tatkala sibuk menggagaskan komponen islam hadharinya. wallahu'alam.
nafsu ini dlm "diam".hehe
anonymous: kelentit tu di sarawak bukan ke sejenis serangga?
a.azreen: pendidikan seks itu penting. tapi tak sewajarnya diajar di sekolah rendah.
me,myself n all around da world: masa mula2 bernafsu dulu aku mcm tu jugak...tambah2 first time pakai internet..itu yg paling suka nak search tu.. :p
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
Pautan pada catatan ini:
Buat Pautan
<< Laman utama